Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Jangan pernah putus berharap dan berdoa padaNYA

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Bersedialah pada yang mahu baca entry ini. Entry ini tidak bergambar. Malah entry ini mungkin entry yang lebih panjang dari kebiasaan. Setelah aku fikir-fikirkan, setelah aku dalami, aku decide nak share dengan korang kat sini. Niat aku cuma satu, nak berkongsi apa yang mungkin baik buat kita semua inshaAllah..

 

Aku bukanlah seorang manusia yang sempurna, jauh sekali yang manusia yang baik. Aku alpa dan terus menerus melakukan kesilapan. Namun ALLAH MAHA PENYAYANG, berkali-kali DIA bawa aku ke jalan yang sepatutnya. Didatangkan di depan aku manusia-manusia bertuah yang diberi peluang kedua dan masih boleh bahagia.

 

BERUBAH. Bukan satu perkara yang senang. Memerlukan keimanan yang teguh. Ya aku mencuba. Tak perlulah aku tunjuk atau mempamer sejauh mana aku mencuba untuk menjadi lebih baik. Kerana matlamat aku ialah untuk menjadi lebih baik di mataNYA, kerana yang akan menilaiku di akhirat kelak ialah YANG MAHA ESA.

 

 

*          *          *          *          *

 

 

Tak lama lagi aku akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH MAHA PEMURAH kerana diberinya aku peluang yang aku idam-idamkan. Namun, di saat aku bergembira di atas berita ini, aku didatangkan pula tawaran pekerjaan yang juga aku idamkan. Aku dilema. Kerja atau sambung belajar? Aku dilema. Kerana kedua-duanya adalah perkara yang sangat aku idamkan.

 

Keluarga aku bukan orang senang. Aku fikir mungkin aku boleh bekerja untuk memiliki pendapatan sendiri, membantu keluarga dan mengumpul duit untuk menyambung pelajaran yang akan datang. Aku jadi takut, aku fikir sekiranya aku melepaskan peluang ni, mungkinkah takkan ada peluang lagi untuk aku di masa lain?

 

Namun ALLAH jua telah menetapkan hati aku supaya kekal pada keputusan untuk menyambung pelajaran. Ini bermakna aku akan berjauhan dari keluarga, dan juga berjauhan dengan perkara-perkara yang aku suka lakukan iaitu sebarang aktiviti berkaitan dengan blog.

 

Selama beberapa bulan ni, aku telah bekerja keras untuk mencari pendapatan tambahan untuk belanja aku sehari-hari kerana aku taknak susahkan mak abah. Walaupun tak banyak, namun aku bersyukur kerana yang sedikit tu lah aku masih mampu meneruskan hidup sendiri di Shah Alam.

 

Bila aku memilih untuk slow down dalam blogging, banyak jugak jemputan ke events yang aku tolak. Aku semakin tertekan. Apakah pintu rezeki aku semakin sempit dek kerana aku dah tak boleh pergi events dan mendapat peluang-peluang untuk advertorial di blog lagi? KepadaNYA aku bersujud dan berdoa agar DIA murahkan rezeki aku.

 

ALLAH MAHA PEMURAH DAN MAHA BESAR. Walaupun aku dah tak lagi aktif pergi events, namun ada juga jemputan yang sempat aku penuhi walaupun aku terpaksa datang ke Shah Alam dari Pahang seminggu sekali. Dan di bulan yang mulia ini Allah bukakan pula pintu rezeki yang lain buat aku. Yang aku tak tersangka-sangka kan. Aku terharu ya Allah. Walau aku bukan hamba yang baik, namun Kau tetap membantu aku.

 

Di bulan yang mulia ini juga Allah sedarkan aku bahawa sumber rezeki bukan cuma satu. Ada banyak. Janji kita berusaha dan berdoa kepadaNYA, kerana segala rezeki itu dariNYA. Di bulan yang mulia ini juga Allah sedarkan aku bahawa janganlah kita takut untuk kehilangan satu sumber rezeki, kerana Allah pasti akan mengurniakan rezeki yang lain buat kita. Pokoknya, kita harus berusaha, berdoa dan bertawakal padaNYA.

 

Niat di hati bukan nak menunjuk-nunjuk kepada semua yang membaca, tapi ingin aku kongsikan pengalaman sendiri dan tekankan bahawa jangan kita berhenti berharap pada Allah yang Maha Esa. Pasti akan ada yang baik buat kita kerana ALLAH MAHA PEMURAH. Dan tetaplah kita pada jalan yang HALAL untuk mendapatkan rezeki yang diredhaiNYA. InshaAllah…

 

 

Nota penulis : Jauh lagi perjalanan aku untuk menjadi insan yang baik. Moga sama kita berusaha ke arah keredhaanNYA.. inshaAllah..

 

 

Sign PNG NisaKay


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614