Assalamualaikum…
Pada hari Selasa yang lalu, aku tidur lepas Subuh gara-gara demam. Maka aku bangun dalam pukul 10 lebih gitu. Itu pun sebab ade orang call aku. Disebabkan nombor yang tertera adalah nombor office, aku pun dengan mamai-mamai nye angkat talipon.. Berikut adalah perbualan kami :
PEMANGGIL : Hai selamat pagi cik Khairunnisa! (suara ceria gila) Saya Iz*** dari Celcom. Saya ingin memberitahu anda bahawa nombor anda telah dipilih secara rawak untuk memenangi duit raya dari Celcom sebanyak RM1000 !
AKU : (buka mata luas-luas, walaupun masih mamai) Ohh? Yeke? Okay. Aaaaa (blur) Terima kasih.
PEMANGGIL : Baiklah, sebelum tu kami akan buat pengesahan dulu.. boleh bacakan nombor kad pengenalan cik Nisa?
AKU : (ragu-ragu) Aaaa… nombor ic saya.. *bla bla bla*
PEMANGGIL : Okay baiklah. Sekarang cik Nisa hanya perlu jawab dua soalan mudah ye..
AKU : (Ah sudah ni scam ke apa ni??) Err.. okay.
PEMANGGIL : Apakah warna logo Celcom?
AKU : Biru. (masih berfikir betul ke tak jawapan aku)
PEMANGGIL : Soalan kedua. Boleh cik Nisa eja CELCOM?
AKU : (dia ingat aku budak tadika ke apa ni?) Er… okay.. C.. E..L.. C.. O.. M..
PEMANGGIL : Ya baiklah. Sekarang bla.. bla.. bla.. (talking about duit raya Celcom).
And then si pemanggil mintak aku bacakan alamat rumah untuk tujuan pengesahan sekali lagi. Dalam hati aku ni dah dup dap dup dap. Ah sudah! Kalau dia mintak nombor akaun aku ni, memang aku akan letak bodoh je call nih. Sah sah lah menipu kan mintak nombor akaun bagai..
Tapi sebelum perbualan tu berakhir, si pemanggil siap cakap “cik boleh call Customer Service di talian 1111” so lepas je perbualan tu berakhir aku tanpa ragu-ragu lagi segan silu aku pun call Customer Service tu.. Dan operator yang bercakap dengan aku tu kata panggilan tu memang dari Celcom (berdasarkan nombor yang aku bagi kat dorang). So aku dah dup dap dup dap. BETUL KE AKU MENANG DUIT RAYA CELCOM RM1000???
Yelah, setiap kali aku subscribe internet kat phone mesti Celcom hantar mesej yang pasal duit seribu ringgit bla bla bla. Ohh aku tak pernah peduli pun mesej-mesej contest ke apa kan. Yang aku tahu setiap weekend aku akan topup banyak untuk subscribe internet.
Dan sekarang ni banyak pulak blogger tengah mengwar-warkan pasal duit raya Celcom ni, dan hati aku tergerak untuk check kat website Celcom sendiri.. and ini yang aku dapat..
http://www.celcom.com.my/promotions/raya-promo-winners.html
YA ALLAH! Nama aku tuuuu! Ya Allah! Rasa nak menangis sebab terharu! Haha terima kasih CELCOM!!! Nama aku tersenarai dalam senarai pemenang duit raya Celcom untuk minggu ketiga!! Tapi duit nye belum dapat lagi lah. Hik hik sebulan lagi kot!!
So.. ada satu lagi minggu untuk korang terpilih menjadi mereka yang bakal menerima duit raya Celcom tu kan! Mana tahu rezeki anda ke.. Aku pun tak pernah expect! Haha so agak-agaknya kenapa dia pilih aku ehh? Sebab ini lah :
http://www.celcom.com.my/promotions/raya-promo.html
Macam aku sebut di atas tadi… aku ni tiap-tiap minggu wajib renew internet subscription kat phone aku. Tak pernah aku tak renew tau! Tiap-tiap minggu ku korban RM18 untuk internet kat phone aku. Tapi internet memang puas hati lah kata kawww!
So aku amik Mobile Internet Plans yang weekly punya tu. Maybe sebab aku ni regularly subscribe internet, so nama aku ada dalam senarai dorang, and dengan kuasa Allah mereka tergerak untuk memilih aku sebagai salah seorang pemenang duit raya dorang kot. Heee
ALHAMDULILLAH!! ALLAH MAHA KAYA, LAGI MAHA PEMURAH! Di saat aku give up tawaran kerja untuk sambung belajar, di sebalik kerisauan aku pasal hal belanja apa semua, Allah turunkan aku bermacam rezeki Ya Allah aku tersentuh!! Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Pemurah!
Terima kasih CELCOM!
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang kurang itu datangnya dari saya sendiri..
P/S : Ini BUKAN iklan! Aku tulis dengan ikhlas sebab aku menang duit raya. Tu je..