Assalamualaikum..
https://www.facebook.com/profile.php?id=100004071650771&ref=ts
Aku rasa dah pernah sangat aku mention pasal facebook fake ni semua. Dah penat nak melayan, maka aku biarkan seketika.. Tapi ada pihak yang hilang akal agaknya, sampaikan nak buat fake profile aku, dan buat pula engaged dengan profile yang fake jugak! Kesian blogger HIZAMI RAHIM kerana namanya turut kena tempias.
Bila baru-baru ni ada lagi orang yang bertanya facebook di atas fake atau tidak, maka tahulah aku bahawa faker ini belum berhenti dari membuat kerja-kerja yang langsung takde faedah ni. Kau dapat duit kah buat benda macam ni? Heh.
Kalau fake profile yang biasa-biasa tu maybe aku boleh buat tak tahu je lah kot. Bila ada orang tanye tu facebook betul ke tak, baru aku jawab facebook tersebut fake atau tidak. Tapi kalau dah sampai nak mengaku diri dia tu sebagai aku, ada pulak yang tak betul macam ni, buat in a relationship lah, engaged bagai, ini sudah lebeyyy bhai! Sudah mencalar nama baik gua dan rakan blogger !
Maka bagi yang BAIK HATI dan memahami keadaan aku, aku mohon korang report this fake profile ya. Sesungguhnya kalau dah orang buat fake profile untuk tujuan tak baik macam ni, barulah aku update blog dan maklumkan kepada semua supaya takde yang tertipu. Sekian.