Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Petua Kecantikan Rambut

$
0
0

 

Assalamualaikum semua..

 

Wah wahh lama sungguh tak share tips kecantikan dengan readers semua. Aku ni pon bukanlah jelita mana pon, tapi tetap nak share tips yang aku baca / jumpa di internet untuk kebahagiaan kita semua ye dak..

 

Baiklah, biasanya aku suka share about kecantikan kulit dan wajah kan.. Kali ni aku nak share petua menjaga kecantikan rambut. Siapa kata yang bertudung tak perlu jaga rambut? Kami yang bertudung ni lah kena jaga betul-betul rambut yang kali lindungi dengan tudung / hijab ni.

 

rambut

 

HITAMKAN RAMBUT BERUBAN DENGAN DAUN KARI

Tak semestinya yang beruban tu orang tua sahaja. Ada jugak orang muda yang mengalami masalah rambut beruban sebab akar rambutnya sakit. So jom usha petua ni.

  1. Ambil segenggam daun kari dan campur dengan satu sudu minyak kelapa
  2. Masak campuran tersebut atas api sederhana hingga daun kari hangus.
  3. Tutup api dan biarkan campuran tersebut sejuk pada suhu bilik.
  4. Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut dan amalkan selalu.

 

LEBATKAN RAMBUT

  1. Gunakan pati santan, dan lumurkan pada rambut yang lembap dan sapu rata di keseluruhan kepala hingga ke akar rambut.
  2. Ambil tuala yang bersih dan kering, bungkus kepala anda selama setengah jam.
  3. Kemudian, bila kepala dengan air suam.

 

 

petua-rambut-gugur

 

Masalah rambut gugur bukan sahaja dialami oleh mereka dari golongan yang berusia, namun hampir semua golongan usia mengalami masalah ini. Berikut adalah beberapa petua dan tips mengatasi masalah keguguran rambut.

 

PETUA MENGATASI RAMBUT GUGUR 1

  1. Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas.
  2. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga.
  3. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit.
  4. Bilas dengan air besih.
  5. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

 

PETUA MENGATASI RAMBUT GUGUR 2

  1. Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala.
  2. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit.
  3. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih.
  4. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.

 

PETUA MENGATASI RAMBUT GUGUR 3

  1. Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak.
  2. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
  3. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman.
  4. Bilas dengan air bersih.
  5. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.

 

 

So basically tips yang aku share ni berlambak kat majalah and internet. Saja nak share. Sharing is caring right? Kbai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614