Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur Ya Allah !! Syukur yang teramat sangat sangat!! Segala puji bagi Allah SWT yang mengizinkan segala yang manis berlaku ke atas ku. Segala syukur aku panjatkan kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi atas segala rezeki yang dilimpahkan kepada aku hambaMU yang hina dina ini…
Segalanya sudah selamat berlangsung. Majlis konvokesyen UNISEL Sidang ke-7. Sesi konvokesyen aku berlangsung pada 14 Oktober 2012, 2.00 petang. Di sebalik segala ujian yang Allah turunkan, terselit kemanisan yang teramat sangat, yang sungguh aku hargai.
Setelah 3 tahun diploma, akhirnya majlis konvokesyen berlangsung dan mak dan abah dapat menyaksikan aku melangkah naik ke pentas gah itu. Walaupun ia berlangsung seketika cuma, namun aku harap mak dan abah bangga dengan aku, inshaAllah :”)
Terima kasih kepada ALLAH.. Kepada mak abah.. kepada saudara mara, para pensyarah, sahabat handai dan setiap individu yang telah membantu dan menyumbang sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perjalanan aku menghabiskan diploma di UNIVERSITI SELANGOR.
Dan semoga perjalanan aku menyambung degree di universiti baru dapat aku jalani dengan baik dan penuh kemanisan hidup seorang student. InshaAllah…
-NisaKay-