Quantcast
Viewing latest article 19
Browse Latest Browse All 614

Nisakay Ke Jepun - Meneroka barat Jepun bersama JR West Railway! (PART 1)


Assalamualaikum semua!

Wahhh teruja betul Nisa nak mulakan perkongsian mengenai percutian Nisa ke Jepun baru-baru ni. Berbeza dengan perjalanan Nisa di bumi matahari terbit tahun-tahun sudah, kali ini Nisa berpeluang meneroka lebih banyak kawasan yang tak pernah Nisa bayangkan pun Nisa akan pergi ! Kita mulakan dengan perjalanan 6 jam 30 minit dari Kuala Lumpur membawa Nisa ke Kansai Airport.



Setibanya Nisa dan rakan Nisa di Kansai Airport, kami terus menuju ke bahagian membeli tiket. Dekat bahagian ni ada banyak kaunter membeli tiket layan diri, dan seperti yang kita tahu railway line di Jepun ni sangat banyak dan stesen-stesen keretapi pun banyak.. jadi nasihat Nisa, jangan lupa research betul-betul sebelum fly ke Jepun!



Untuk malam yang pertama di barat Jepun ni, kami akan stay di Wakayama, jadi untuk perjalanan kami menuju ke sana kami beli one way ticket sahaja. Untuk sampai di Wakayama, kami cuma perlu tukar stesen di Hineno Station untuk ke sana. And for the next 7 days, Nisa ada perkongsian menarik untuk pembaca semua. Haa tapi itu kena tunggu blogpost lain ya. 


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Hotel Granvia Wakayama
  • HOTEL GRANVIA WAKAYAMA

Setibanya kami di Wakayama Station, kami terus menuju ke Hotel Granvia Wakayama yang terletaknya kurang 100 meter dari pintu masuk utama stesen! Sebenarnya dari pintu masuk utama stesen keretapi dah boleh nampak papan tanda hotel. Jadi kami yang sampai agak lewat ni pun tak risau nak berjalan ke hotel kerana sangat sangat dekat dan bangunannya bersambung dengan bangunan stesen keretapi !



Image may be NSFW.
Clik here to view.
Hotel Granvia Wakayama

Terharu betul kami, kerana pihak hotel mengetahui tetamu mereka adalah Muslim, jadi mereka menyediakan sejadah yang siap dibentang mengadap kiblat. Jadi tiba sahaja di hotel, bersihkan diri, kemudian boleh terus tunaikan solat. 




Keeseokan paginya, memang Nisa sangat ternanti-nantikan sarapan pagi. Haa sebab apa? Sebab di Hotel Granvia Wakayama ini, kita boleh book Muslim Friendly Breakfast Bento set ini. Anda kena booking sekurang-kurangnya 2 hari sebelum. Punyalah senang hati sebab kenyang betul makan bento set ni! Nasi dan sup juga disediakan. Terima kasih Hotel Granvia Wakayama !



  • JR WEST RAILWAY 7 DAYS "KANSAI-HOKURIKU AREA PASS" 

Okay here's what I really want to share and will need you guys to focus even more. Untuk perjalanan kami selama 7 hari berikutnya, Nisa menggunakan railway pass ini yang sah digunakan selama 7 hari untuk unlimited train ride (lihat senarai perkhidmatan keretapi yang terlibat di sini)

Setelah anda beli tiket melalui laman web JR West Railway, anda akan menerima salinan pengesahan seperti di dalam gambar di bawah. Anda kemudiannya harus membawa salinan ini ke mana-mana kaunter tiket di stesen keretapi JR West untuk menukarkan salinan pengesahan ini kepada tiket fizikal.



Anda perlu bersedia dengan passport untuk dikemukakan bersama salinan pengesahan pembelian tiket itu tadi. Macam di dalam gambar ni, Nisa convert salinan tersebut kepada tiket fizikal di kaunter tiket di Wakayama Station sahaja. Kemudian anda perlu mengisi borang ringkas yang akan diberikan kepada anda.



Prosesnya sangat pantas kerana staff JR West Railway memang sangat efisien. Tiket fizikal berwarna hijau seperti di dalam gambar. Anda juga akan diberikan ticket pouch untuk memudahkan anda menyimpan tiket tersebut atau boleh digantungkan di leher anda. Berhati-hati untuk tidak menghilangkan tiket ini ya, sebab ini adalah tiket yang anda akan gunakan selama 7 hari !



  • WAKAYAMA DENTETSU LINE : UMEBOSHI DENSHA

Haaa dah tukar tiket, maka boleh lah kita jalan-jalan! Untuk pengetahuan anda semua, tiket tersebut bukan sahaja boleh digunakan untuk menaiki mana-mana laluan keretapi di bawah syarikat JR West, tetapi anda boleh gunakan ia untuk menaiki keretapi di laluan-laluan lain yang terpilih! Contohnya, di Wakayama Station ini anda boleh menaiki keretapi Wakayama Dentetsu Line. 



Uniknya keretapi-keretapi Wakayama Dentetsu Line ini beroperasi secara rawak. Jadi anda akan dapat menikmati pengalaman menaiki keretapi berlainan jenis ketika pergi dan kembali. Keretapi yang Nisa naik ini namanya Umeboshi Densha. Keretapi ni sangat unik dengan suasana ala vintaj untuk hiasan dalamannya. Sangat instagrammable. Sepanjang perjalanan memang rasa nak bergambar je.



Dari Wakayama Station, kami menaiki tren Wakayama Dentetsu Line untuk sampai terus ke Kishi Station. Keretapi akan berhenti di setiap stesen di pekan-pekan atau kawasan penempatan pinggir bandar dan anda akan dapat melihat pemandangan yang sangat cantik. Okay back to Kishi Station. Apa yang menariknya dekat sini? Kenapa muka happy sangat tu? Haha !



  • KISHI "TAMA" STATION

Bagi mereka yang cat-lover, boleh la singgah di Kishi Station atau dikenali sebagai Tama Station ni. Tama yang bermaksud "kucing" di dalam Bahasa Jepun ini menjadi terkenal kerana station master nya adalah seekor kucing yang sangat comelll !!! Masa kami sampai tu ramai betul nak bergambar dengan Tama Station Master ni. Geram sangat tengok dia duduk dekat dalam Station Master Room tu tau. 



Kishi "Tama" Station ini terdiri daripada Tama Museum, Tama Cafe dan juga Tama Shop. Di ruang muzium yang serba ringkas anda akan mempelajari mengenai sejarah stesen ini dan mengenai station master nya yang merupakan seekor kucing. Boleh chill dan relax di Tama Cafe yang menyediakan menu ringkas makanan dan minuman, seterusnya shopping cenderahati bertemakan kucing di Tama Shop.



  • WAKAYAMA DENTETSU LINE : ICHIGO DENSHA

Haaa macam yang Nisa sebut tadi, untuk laluan keretapi ini, keretapinya ada pelbagai jenis dan beroperasi secara rawak. Jadi anda tidak akan pernah tahu pergi naik keretapi apa, balik pula keretapi yang bagaimana. Kami menaiki Ichigo Densha atau "Strawberry Train" untuk kembali ke Wakayama Station. Comel sangat !



Bertemakan ICHIGO atau strawberry, keretapi ini dihias ringkas tetapi tetap comel dengan hiasa bertemakan warna dan gambar buah strawberry. Ada rasa macam nak tunggu train seterusnya, nak tengok keretapi tema apa lagi yang ada hehe. Selain dari Umeboshi (bertemakan buah plum yang terkenal di Wakayama), Ichigo (bertemakan strawberry), Wakayama Dentetsu Line ini juga ada Tama Train (bertemakan kucing) dan Omocha Train (bertemakan permainan).



Seterusnya, kami kembali ke Wakayama Station, dan kemudiannya menaiki keretapi tempatan JR Kisei Honsen Line dan menuju ke Kainan Station




  • KUROSHIO MARKET, WAKAYAMA

Dari Kainan Station, kami menaiki teksi untuk ke Kuroshio Market yang terletak di Marina City. Kuroshio Market ini terkenal dengan pertunjukan "tuna cutting" dan juga terdapat banyak barangan yang berasaskan makanan laut dijual di sini. Snek, minuman, makanan, buah-buahan juga banyak di sini. Souvenir pun boleh beli dekat sini. 



Makan tengahari memang seronok dekat sini. Boleh pilih kedai yang menjual makanan yang tidak mengandungi alkohol (mirin) dan hanya berasaskan makanan laut seperti sashimi, salad atau tempura udon. Lepas tu duduk di ruang makan yang mengadap pemandangan laut yang cantik. Memang seronok. Perut kenyang pun senang hati !

TIPS : Selain dari teksi, anda boleh menaiki Wakayama Bus dari JR Wakayama Station dan turun di "Hotel-mae", kemudian jalan kaki ke Kuroshio Market.




  • NAKANO BC BREWERY FACTORY

Lokasi seterusnya, kami naiki teksi ke Nakano BC Brewery Factory. Secara ringkasnya, kilang ini menghasilkan minuman serta produk-produk lain yang berasaskan plum fruit. Wakayama merupakan pengeluar terbesar plum fruit di Jepun. Jadi di kilang ini anda akan diberikan pendedahan berkenaan proses menghasilkan minuman dari plum fruit ni. Banyak jenis minuman dan makanan kesihatan yang dihasilkan dari plum fruit anda dapat lihat di sini.



Selepas melawat sekitar kilang dan menikmati pemandangan Japanese Garden mereka yang terletak di dalam kawasan kilang ini, Nisa berpeluang menghasilkan sendiri plum syrup di Nakano BC Brewery Factory ini. Haa mudah saja, semua bahan-bahan pun disediakan. Untuk lawatan dan aktiviti ini, anda perlu melakukan reservation terlebih dahulu di laman web Nakano BC.



Sebelum pulang, anda boleh melihat-lihat semua produk yang dihasilkan di Nakano BC Brewery Factory ini di souvenir shop mereka. Minuman yang berasaskan plum fruit ada banyak jenis, ada yang tidak mengandungi alkohol juga jadi tak perlu risau okay! Makanan kesihatan pun pelbagai jenis serta dried plum fruit pun turut dijual di sini. Selesai lawatan kami di sini, kami kembali ke stesen keretapi dan pulang ke JR Wakayama Station, seterusnya mengambil tren ke Osaka Station. 



Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pic credit : Booking.com
  • HOTEL GRANVIA OSAKA

Setibanya kami di Osaka Station, kami terus menuju ke Hotel Granvia Osaka. Sangat mudah untuk mencarinya kerana hotel ini terletak di dalam bangunan yang sama dengan stesen keretapi! Jadi bagi mereka yang memang menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama ketika bercuti, Nisa sangat sarankan stay dekat Hotel Granvia Osaka ni. Penginapan kami malam ini sangat selesa kerana biliknya yang luas, pemandangan yang cantik dan sangat dekat dengan pelbagai kedai serta kemudahan kerana lokasinya yang amat strategik!

TIPS : Pintu masuk hotel ini terletak berhampiran South Gate Building, dan juga berdekatan dengan salah satu pintu masuk utama ke bangunan Osaka Station. 



Special sangat makan malam kami kerana kami dinner di Fleuve Restaurant di Hotel Granvia Osaka sambil bertemankan city view dari tingkap restoran dan kami dihidangkan dengan Muslim Friendly Menu yang anda boleh reserve in advance. Untuk maklumat lanjut mengenai hidangan Muslim Friendly dan cara-cara untuk book in advance, boleh laman web Hotel Granvia Osaka.


Baiklah para pembaca semua! Sampai di sini sahaja entry Nisa kali ini. Banyakkk lagi perkongsian yang Nisa nak tulis dekat blog ni, jadi harap semua dapat mengikuti perjalanan Nisa di bumi Jepun dan jangan lupa ke laman web JR West Railway untuk info lanjut mengenai 7 Days Kansai - Hokuriku Area Pass. Memang berbaloi!





NISA KAY.


Viewing latest article 19
Browse Latest Browse All 614