Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all 614 articles
Browse latest View live

Vote for me in EH! : Levi's Curve ID Blogger Award

$
0
0
[STICKY POST] Scroll down for new entry.



Assalamualaikum…


Pergghhh nak menaip balik rasa semacam la pulak. Kalau korang pembaca tegar ni perasan la kan, seminggu dua ni memang aku malas ya amat nak menaip entry. Puhhhh rase terabai giler blog daku ni. Isk isk.. Okaylah jom lah kembali ke jalan yang benar mengapa aku menulis entry ni…



levis

Seperti yang korang baca kat tajuk entry ni, aku nak seru korang semua yang membaca, yang secara tak sengaja masuk ke blog ni, atau sekadar datang nak tengok-tengok, meh la ramai-ramai undi aku untuk EH! : LEVI’S CURVE ID BLOGGER AWARD.



AMARAN KERAS!!! Gambar yang aku submit untuk contest ni sememangnya gambar lama yang tak edit langsung dan muka poyo!! Masa nak submit tu aku macam main-main je submit gambar yang dipilih secara sambil lewa. Sekali tersenarai dalam senarai peserta memang kelam kabut lah aku!!



Okay first sekali korang pergi ke link ni :
http://www.eh.com.my/levis-curve-id-blogger-award-undi



Lepas tu korang klik VOTE kat gambar aku tu (abaikan muka comot aku) :
levis 2




Lepas tu skrol ke bawah dan klik lagi butang VOTE :

levis 3





Untuk ketelusan mengundi, setiap yang nak mengundi kena register dulu, so klik Register to Vote kalau anda belum pernah register :

levis 5





Lepas tu just isi la borang simple ya amat ini. Tak sampai 5 minit pun nak isi borang okay??

levis 6

Lepas isi borang, korang pergi kat emel yang korang dah daftarkan tu, dan aktifkan registration anda melalui emel dari EH!. Kemudian dah boleh start mengundi, satu undi satu hari!




So jangan lupa ye ajak sedara mara, kawan kawan, jiran jiran semua undi ye. Walaupun aku tahu aku TAK mungkin menang aku compete dengan orang-orang yang hebat, tapi aku tetap nak menyeru korang untuk undi aku. Herherher…



PSSTTT !!! Pengundi bertuah akan memenangi baucer Levi’s bernilai RM300!! Mungkin anda? Anda? Atau anda??? Undi hari-hari tau! Kekekee… Kbai.




Sign PNG NisaKay

FILEM – Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S.)

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Baiklah macam biasa, aku akan bawakan korang sinopsis (mengikut pemahaman aku setelah menonton filem ni) dan juga pandangan ikhlas aku terhadap filem ini. Kali ni filem yang aku baru aje menonton semasa majlis pratonton bersama MiG ialah filem HANYA AKU CINTA KAU SEORANG atau nama singkatannya H.A.C.K.S.

 

550872_428209050534038_713876997_n

Filem arahan Rusdi (Ollyn) Khadri ini dilakonkan oleh Aeril Zafril yang memegang watak Mukhlis, Nuremy Ramli yang melakonkan watak Murni, Fezrul Khan sebagai Iqwal, Shima Anuar melakonkan watak adik Iqwal iaitu Zizi. Mon Ryanti pula tampil sebagai kawan baik Mukhlis dan Murni dengan memegang watak sebagai Stacy.

 

 

ERY_7453

SINOPSIS :

Murni dan Mukhlis telah lama berkawan baik dan perhubungan mereka teramat mesra. Mereka menganggap hubungan mereka sebagai “Cinta Platonik”. Murni mempunyai perasaan terhadap Mukhlis namun perasaannya dipendam kerana dia menyangka Mukhlis mempunyai hubungan homoseksual denga Ayim (lakonan Helmy Moin).

 

Murni mula mencari Mr Right untuk dirinya, dan beliau disokong lagi oleh rakan baiknya Mukhlis dan Stacy yang memasukkan profile beliau ke laman web temujanji dan menemukan Murni dengan Iqwal. Walaupun pada hakikatnya Mukhlis juga mencintai Murni, tapi Mukhlis membiarkan Murni menjadi dirinya sendiri dan mencari cinta sejati.

 

ERY_1408

Adik Iqwal, Zizi juga berusaha menjodohkan Iqwal dengan Murni. Iqwal yang sudah mula menyukai berusaha membuat Murni jatuh cinta padanya. Di saat perasaan Murni pada Iqwal berputik, Ayim tampil memberitahu kebenaran mengenai hubungan sebenar dia dan Mukhlis dan Ayim turut memberitahu Murni perasaan cinta Mukhlis yang sebenarnya..

 

ERY_9675

Mukhlis kemalangan dan rahsia Iqwal pula terbongkar. Adakah Murni dan Mukhlis akan bersatu? Atau Murni akan memilih Iqwal? Apakah rahsia Iqwal yang terbongkar? Dan apa hubungan sebenar Mukhlis dan Ayim?

 

Dalam filem ni juga ada diselitkan mengenai kisah rumah tangga Stacy (lakonan Mon Ryanti) dan Felix (lakonan Kamal Faridz). Rumah tangga mereka goyah kerana perangai Felix yang gemar berfoya-foya. Jadi apa kesudahannya pula kisah Stacy??

 

 

ERY_8872

Haaa takkan aku nak story mory semua benda pulak. Kalau korang nak tahu, korang kenalah tonton filem ni kat pawagam sebab mulai hari ni (21 Jun 2012) filem H.A.C.K.S. ni akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia! Filem romantik komedi ini sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur. So bawaklah kawan-kawan, sedara mara, jiran tetangga semua tonton filem ni okay?

 

ERY_7712

Bagi aku filem ni cukup santai dan ada elemen romantik serta komedi. Jalan cerita pula ada some part yang agak slow (dari pemerhatian aku) dan ada part yang berjalan tak laju tak perlahan, just nice. Penampilan Siti Chubby dalam filem ni sebagai pembantu spa di tempat Murni bekerja juga menambah seri filem ni dengan keletah lucunya tu.

 

 

ERY_9448

Lakonan Fezrul Khan masa dia nangis teringatkan cinta beliau yang sebelum ni pun menyentuh hati aku sebab beliau betul-betul menangis. Satu pembawakan watak yang agak beremosi, menunjukkan bahawa beliau betul-betul mencintai kekasihnya sebelum ni.

 

 

ERY_9398

Babak yang paling aku suka ialah bila rahsia Iqwal ni terbongkar, dan Zizi adik Iqwal ni menangis bagai nak rak, macam betul-betul pulak. Ehhh berlakon filem haruslah macam betul-betul kan baru lah menghayati habis! Aku pon rasa sebak je tengok. Iskk.. iskk..

 

Namun begitu aku tak nampak kemesraan antara Murni dan Mukhlis sebagai sahabat baik, tapi kemesraan tu lebih kepada pasangan kekasih pulak. Tapi takpe, still okay jalan cerita dia. Aku nak bagi 3.5 bintang ni! Korang pergi tengok tau. Lagu tema dia pon best, syahdu je aku dengar! Hehehe… Kalau nak tahu cinta platonik tu ape, moh le tengok filem H.A.C.K.S. !!

 

 

“Bolehkah persahabatan tanpa percintaan? Dan bolehkah percintaan tanpa persahabatan?” – Ollyn Khadri (18 Jun 2012)

 

 

Sign PNG NisaKay

Mary Kay Botanical Effects - Kulit sihat adalah kulit yang tersenyum!

$
0
0

 

Assalamulaikum…

 

Wahhh dah lama tak berkongsi mengenai tips atau petua kecantikan dengan korang! Hari ni korang semua pembaca blog kesayanganku bertuah sebab aku nak berkongsi ilmu berkenaan rutin penjagaan wajah. Masih ingat lagi entry aku yang aku cerita aku pergi kelas penjagaan wajah dengan Mary Kay tu? Mari rapat mari dekat sebab aku nak share info yang best!

 

P5280096

Inilah dia set penjagaan kulit terbaru dari Mary Kay iaitu MARY KAY BOTANICAL EFFECTS! Perkataan “botanical” tu saja dah cukup untuk menjelaskan bahawa produk ni diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang sememangnya sihat dan banyak manfaat untuk kulit kita!

 

TIPS : Sebelum nak beli atau guna sesuatu produk penjagaan kulit, korang kena kenal pasti dulu apa jenis kulit korang. Jangan pakai produk sembarangan! Kalau terguna produk yang tak sesuai dengan kulit, takut lebih memudaratkan pulak!

 

P5280123

Masa kelas penjagaan kulit bersama Mary Kay dulu, perunding kecantikan ada bagi kami borang kaji selidik mengenai keadaan kulit kita. Kenalah jawab dengan jujur sebab hasil kaji selidik tu akan digunakan untuk kenal pasti apa jenis kulit kita. Memandangkan kulit aku kulit normal, maka aku guna Mary Kay Botanical Effects FORMULA 2.

 

Untuk rangkaian Botanical Effects FORMULA 2 yang dikhaskan untuk pengguna dengan kulit wajah normal, ekstrak bunga kemboja dan ekstrak bunga teratai digunakan sebab bahan-bahan ni mengandungi antioksida yang tinggi yang baik untuk anti penuaan.

 

 

P1010540

Jeng jeng jeng… Apa yang aku nak share dengan korang semua ialah cara-cara penggunaan produk penjagaan kulit yang betul yang aku belajar daripada perunding kecantikan Mary Kay.

 

 

P1010543

Baiklah sebelum ni meh aku tunjuk gambar aku TANPA MEKAP. In fact, masa gambar ni diambil, aku baru je balik daripada meeting di KLCC. Sepanjang hari aku kat luar, dengan cuaca panas, bila balik je kulit berminyak dan nampak kusam. CERTAINLY NOT A HAPPY FACE! :(

 

 

P1010544

Mula-mula korang mestilah membersihkan semua sisa mekap yang ada pada muka dan bersihkan sikit muka tu dengan air.

 

 

CLEANSER 1

Produk pertama yang aku gunakan semestinya MARY KAY BOTANICAL EFFECTS 3-IN-1 CLEANSE.

 

P1010551

Aku letakkan sikit pencuci muka tu kat dagu, kedua-dua pipi, dahi dan hidung. Lepas tu urut wajah dengan gerakan dari bawah ke atas. Lepas tu urut wajah dengan lembut supaya wajah dibersihkan sebaik-baiknya.

 

3-in-1 Cleanse ni memang sejenis pencuci yang tidak berbuih. Tapi yang bestnya pencuci ni mempunyai butiran halus yang menanggalkan kotoran dan membersih secara lembut dan efektif! Membersih, mengelupas dan menyegar dalam satu langkah aje!

 

 

cats

Okay langkah seterusnya, aku gunakan produk MARY KAY BOTANICAL EFFECTS MASK. Mask ni berfungsi untuk menanggalkan kotoran, dan juga membuatkan kulit muka kita kembali cergas dan nampak lebih bermaya.

 

masker 1

Gambar kiri : Ratakan mask tadi di muka dan biarkan dalam 10 hingga 15 minit untuk mask tersebut kering. Gambar kanan : Bila dah kering, dengan jari yang dibasahkan, urut dulu muka tu dengan gerakan dari bawah ke atas. Lepas dah urut tu baru bilas muka hingga bersih.

 

 

FRESHEN 1

Produk MARY KAY BOTANICAL EFFECTS FRESHEN pula datang dalam bentul botol spray. Hanya spray freshen dengan amaun secukupnya pada kapas muka.

 

P1010563

Sapu kapas muka tadi di muka dengan lembut. Freshen ni berfungsi untuk menanggalkan lebihan kotoran yang ada di muka. Formulasi Botanical Effects memang tak mengeringkan kulit.

 

 

hydrate 1

Dan akhir sekali aku gunakan MARY KAY BOTANICAL EFFECTS HYDRATE. Tekstur Hydrate yang sangat lembut dan licin ni memang cepat menyerap kat kulit, menjadikan kulit kita kekal seimbang.

 

P1010567

Macam pencuci muka tadi, sapukan sikit kat kedua-dua pipi, dagu, hidung dan dahi. Lepas tu urut lembut di seluruh muka dengan gerakan dari bawah ke atas. Walaupun sikit je, dah cukup untuk guna satu muka. Jimat kan?? Best best!!

 

 

P1010568

Yeayyy!! Dengan 4 langkah yang sememangnya mudah, kulit yang kusam dek kerana seharian keluar tadi dah kembali segar dan bermaya! A HAPPY FACE INDEED! :) Macam tajuk entry ni lah, kulit yang sihat adalah kulit yang tersenyum!

 

 

FAV 22

Di antara keempat-empat produk yang aku guna, 3-in-1 Cleanse dan Mask adalah produk-produk kegemaran aku! Kenapa? Sebab Cleanse ada 3 fungsi hebat dalam satu produk! So tak payah beli banyak-banyak produk tambahan lagi. Mask pulak tanggalkan kotoran dan sel kulit mati pada muka, buat muka aku lebih jelita dari biasa. Hehehe!!

 

 

P1010578

Istimewanya rangkaian produk Botanical Effects ni, bukan sahaja bahan produk yang digunakan bahan yang semulajadi, malah kotak produk ni pun diperbuat daripada bahan-bahan yang telah dikitar semula! Betul-betul mesra alam produk Mary Kay!

 

Kalau nak cantik bukan kena guna mekap semata-mata, kita kenalah jaga kulit kita dari langkah yang paling asas sekali, iaitu pembersihan wajah. Kalau kulit kita tersenyum, kita tak pakai mekap pun dah cukup cantik!

 

 

Kalau masih ada yang nak maklumat lanjut mengenai produk yang aku pakai ni.. ye lah mana tahu korang pun nak dapatkan satu set untuk korang atau nak bagi hadiah kat mak ke, adik ke, kakak ke.. jangan lupa lawati :

WEBSITE MARY KAY MALAYSIA : http://www.marykay.com.my/

FB FANPAGE MARY KAY : http://www.facebook.com/pages/Mary-Kay-Malaysia/182093635231581

 

 

P1010931

Jadikan kulit kita kulit yang tersenyum, hanya dengan Mary Kay Botanical Effects!

Nisa Kay loves MARY KAY!

 

 

 

Sign PNG NisaKay

OVER THE TOP – Rancangan realiti TV terbaru dari TV3

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Wahhh dah lama (atau tak pernah pun??) aku tulis pasal rancangan TV kat blog aku yang sipi-sipi ni? Ye lah.. tulis kang siapa lah sudi baca kannn! Kali ni aku excited nak share dengan korang rancangan realiti terbaru dari TV3. Kenapa aku excited? Sebab rancangan realiti ni melibatkan budak-budak je. Ye, BUDAK-BUDAK sahaja.

 

MBSB Cheeky Savings Club

Sebelum aku bercerita panjang mengenai Over The Top (OTT), meh sini semua aku nak ceramah sikit pasal MBSB Cheeky Savings Club. MBSB Cheeky Savings Club ni terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke bawah. Dah besor panjang tu tak boleh la yek! So, basically Cheeky Savings Club ni merupakan akaun simpanan untuk kanak-kanak yang memberi pulangan lumayan kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa.

 

So sebagai ahli MBSB Cheeky Savings Club, kanak-kanak tersebut dapatlah join aktiviti-aktiviti best yang dianjurkan oleh MBSB. Contohnya macam pergi berkhemah ke, lawatan macam cuti sekolah ke.. something like that la kan. So takdelah masa yang terluang tu bazir duk main tak ketentuan hala je kan?

 

ott-bm[1]

*Klik untuk tumbesaran gambar*

 

 

OVER THE TOP. Rancangan Realiti TV untuk kanak-kanak!

Haa now cerita pasal Over The Top (OTT) pulak okay? OTT merupakan rancangan realiti untuk kanak-kanak yang berusia 9 hingga 15 tahun! So siapa ada adik-adik atau kawan atau sedara mara berumur seperti yang aku sebut tadi, sila baca apa aku nak bagitahu korang ni ye!

 

Antara tujuan utama OTT ni diadakan ialah  untuk mencabar kekuatan peserta, kemahiran dan keupayaan untuk membuat keputusan penting. Bagi aku benda ni bagus kita pupuk dalam diri kanak-kanak supaya mereka pandai menilai dan buat keputusan bila perlu.

 

OTT jugak dicipta berdasarkan gaya hidup kanak-kanak hari ini di mana kepentingan memahami pengurusan masa dan pengurusan wang adalah penting. Betulkan? Kecik-kecik dah pandai nak pegang duit banyak-banyak. Kalau kita tak latih pengurusan kewangan kat dorang, nanti dorang tahu nak mengabiskan duit je.

 

 

Hadiah utama OVER THE TOP sehingga RM30,000 dan percutian ke Australia!

Wah wah wah!! Lumayan tak lumayannya hadiah untuk budak-budak yang menjadi pemenang OTT ni nanti! Jelesnyeee!! Untuk rancangan ni, 18 peserta akan dipilih, dan di dalam rancangan OTT mereka semua akan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Keenam-enam kumpulan ni kena laksanakan tugasan mingguan.

 

Kumpulan yang menjadi pemenang utama di akhir rancangan akan memenangi RM30,000 (RM10,000 untuk setiap ahli dan dimasukkan ke akaun MBSB Cheeky Saving) dan juga percutian ditaja sepenuhnya ke Warner Bros Movie World, Gold Coast, Australia! Iskk jeles giler kot.

 

 

UJIBAKAT MBSB OVER THE TOP

Haaa bawak lah adik-adik korang, sedara mara atau anak jiran ke, anak kawan ke pergi audition untuk rancangan OTT ni. Mana tahu mereka layak menyertai OTT dan rezeki menang ke? Fuhhh siapa taknak hadiah memang sengal lah!

 

TEMPAT : Sri Pentas, TV3

TARIKH : 30th June 2012

MASA : 9 a.m. to 5 p.m.

*Para peserta akan dinilai oleh barisan juri yang terdiri daripada personaliti TV3 dan penerbit OTT*

*Kanak-kanak yang nak join ujibakat ni tak semestinya kena ada akaun MBSB*

*Datang bersama ibu bapa atau penjaga masa hari audition, atau datang bawak surat kebenaran*

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati :

Website : http://www.overthetop.my

Facebook : https://www.facebook.com/mbsboverthetop

Twitter : https://twitter.com/#!/mbsboverthetop

Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=God5eILITGs

 

 

 

GOOD LUCK!!

Sign PNG NisaKay

So, apa cer??

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Hmm… aku sendiri merasakan keadaan yang jelas menunjukkan bahawa sekarang aku banyak abai aku punya blog ni. Dah ala-ala berhabuk dah pun! Kalau update pon duk update promote benda-benda. Kesian lak kat readers. Kang duk promote barang memanjang kang blog aku ni tak ubah macam billboard tepi highway!

 

Baiklah.. apa cer aku sekarang??? Hmmm.. macam ni lah hidup. Berkejar sana sini sebab nak kena pergi event. Selagi mampu pegi, aku usahakan pegi jugak walau kudrat diri tak seberapa mana. Tapi kalau ada hal yang teramat penting maka terpaksalah aku merelakan beberapa event aku tak dapat pergi. Sobss!!

 

 

fsyn4

 

So… basically sekarang ni aku macam work hard giler (ehh ye ke??) untuk push online shop aku. Ehhh ini BUKAN online shop baru ye.. FSYN ialah jenama baru yang aku perkenalkan setelah Mini Shopaholics menjalani proses penjenamaan semula. So bos-bos aku kat Amanz telah bersusah payah came out with this FSYN idea. Sound more modern and elegant katanya!!

 

So… here are the few things that I’ve been working for. Custom Made Shawl!! Yesss it was a long time ago since I want to launch or sell my own custom made shawl. At the beginning, I just bought the material for myself. But I’m thinking that why not I try to sell it? So here you go.. SILKY PAISLEY SHAWL by FSYN.

 

SILKY PAISLEY BLUE

 

SILKY PAISLEY GREEN

 

SILKY PAISLEY PINK

 

Yess… aku sengaja suruh tailor jahit curve kat hujung sebab bila pakai bentuk lengkung tu nampak lagi kemas dan cantik je. Panjang shawl pulak 1.7m so memang cukup untuk lilit kemas tanpa risau terdedah leher ke ape ke.. dan cukup untuk menutup dada :’D Kalau ada yang berminat boleh tengok details semua kat page FSYN ye!

 

 

Dan satu lagi produk yang aku baru nak cuba jual ialah beg tangan! Yahooo!! Masa aku dapat stok ni, walaupun sikit, aku pulak yang dup dap dup dap! Takut betol aku kalau-kalau aku pulak dah yang sangkut dengan beg-beg ni kang. Hahaha… Jom usha jomm ushaa!!

 

BAG01-BROWN

 

BAG01-ORANGE

 

BAG01-PINK

 

BAG02-PINK

 

BAG02-TEAL

 

Okay sudah cukup sudah.. cukup sampai di sini sajaaa.. Jangan biar air liur korang meleleh-leleh sok usha beg ni oii!! Ini baru sikit. Kalau laku lah beg-beg ni semua, aku tambah lagi stok beg. Nanti aku sendiri pi mengadap supplier, pastu handpick sendiri stok. Haaa amacam ada bran kaaa???

 

Macam biasa.. JANGAN TANYA SOALAN YANG DAH ADE JAWAPAN! Nak info lanjut mengenai detail beg-beg ni semua, atau macam mana nak beli ke apa, sila lah pergi like page baru online shop aku iaitu page FSYN okay? Muah muah. Kbai.

 

 

 

Sign PNG NisaKay

Transformasi mengejut!!

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Dah lama nampaknya aku tak menaip dengan akdar kelajuan begini, yang memerlukan aku menambah elemen kejutan dalam entry aku. Cewahhh entry kejutan lah sangat ehhh??!! Apa apa aje lah.. Nak cerita lah kat korang hari tu aku ada pergi photoshoot suka suki… Maka kalau photoshoot muka harus ler da bomm kan? Tapi muke ku… Huk huk…

 

P1012356

ARGGGHHH!!! Layakkah aku photoshoot dengan muka begini? Mungkin boleh diperbetulkan sedikit kiranya aku mekap sendiri? Oh noooo. Kang shoot tengah panas kang tak sampai 10 minit kang mekap dah cair pastu nampak terus parut jerawat kat muka aku!! So… solusinya adalah… jeng jeng jenggg…

 

 

P1012358

525958_324609947625234_1115301387_n

Yeahhhhh dah macam pelakon filem pulok ku rasakan duk mekap tebal macam ni. Memandangkan aku dah lama tak mekap tebal-tebal untuk tujuan photoshoot ke ape, maka tengkuk ku agak kekejangan setelah mekap selama sejam.. Huahuahuaaa… Siapakah di sebalik sentuhan ajaib yang telah melakukan transformasi kat aku nehh???

 

 

P1012367

Taraaa.. tu dia MUA saya pada hari itu iaitu kak Azura Mahmood. Kak Azura ni memang MUA profesional.. Dia dah biasa mekap ramai model and mekap untuk pengantin tu semua. Memandangkan talent lain cancel last minute, maka aku sorang je lah yang mekap and photoshoot! Haaa maunye tak puas beliau nak menyental muka ku sorang!!

 

 

P1012366

Tu dia Kak Azura Mahmood kita pandai berposing jugekkk!! Haaa kalau nak tahu Kak Azura ni ada menyediakan perkhidmatan mekap untuk pelbagai jenis acara… kahwin, tunang, photoshoot, dinner, dan macam-macam lagi lah.. ada jugak buat service lukis inai pengantin!

 

 

cats

 

So kalau korang nak pergi photoshoot, atau dinner, atau ade kawan, sedara mara nak kahwin, tunang atau tengah mencari make up artist, boleh lah contact Kak Zura ni ye. Beliau seorang yang senang nak bekerjasama :) Heee pasal photoshoot pulak hari lain lah aku story yek! Kbai…

 

 

CONTACT :

Azura Mahmood

Facebook : https://www.facebook.com/azura.mahmood

 

 

Sign PNG NisaKay

Bertemu si Honey Koyuki

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Haaaa sebut je HONEY KOYUKI mesti semua kenal kan. Kalau tak kenal dengan nickname ni aku tak tau la apa nak jadi. Kalau anda bukan blogger mungkin ada yang kurang familiar.. Tapi kalau anda blogger tapi tak pernah dengar atau kenal Honey Koyuki ni sila balik rumah menuntut balik ilmu blogging dari bab satu!

 

Hari ni aku pergi wedding blogger kiut miut lagi meletopss iaitu Irine Nadia Marcello. Alhamdulillah selamat kau dik menjadi isteri kepada Vel Oliver. Errr nama sebenar husband dia aku tak tahu. Kekekee.. Dan pada majlis penuh meriah ni, aku telah bertemu blogger femes ames yang telah lama ku minat dalam diam (apakah??)

 

HONEY KOYUKI

IMG_4193

Okay macam pelik pulak aku panggil dia Honey Koyuki. Itu URL blog dia lah! Hahahaa blogger yang aku maksudkan tak lain tak bukan Falin Litana.. ehh!! Ampunnn ampun!!! FATIN LIYANA in da houzzzz bebehh!!!

 

Tak tersangka daku, di bumi Melaka inilah (ayat stok buku Sejarah), di majlis gilang gemilang inilah aku akhirnya dipertemukan dengan blogger ini yang telah lama aku nak jumpa. Apakah macam sakai sungguh ayat aku tadi.. Huk huk…

 

 

IMG_4191

Ini yang payah bergambar dengan orang cantik amat macam Atin. Isk isk iskk dah terkurang kecomelan aku sebab muka Atin bersinar-sinar. Ehhh over lak aku. Pakai Fair and Lovely ye Atin? Kekekekee… Sesungguhnya aku ingat beliau ni sombong orangnya. Tapi hampagas sungguh diriku kerana sesuka hati judge beliau. Ternyata Fatin Liyana sungguh la peramas mesra. Ehhh!!

 

Okay okayyy dah malas upload bebanyak gambar. Tunggu aje lah aku update kat belog yang fana ni yeh. Tu pun kalau aku cukup rajin nak update! Muahahaa!!! Okaylah… Thanks Fatin Liyana.. nantikan I upload video kita kat Youtube eh? VIDEO?? Harharhar!! Nantikan. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay

Nuffnang Trip to Awana Genting Highlands Golf & Country Resort - STRAWBERRY FARM

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Hamboihhh berkurun sudah ku menunggu dirimu,.. ehhh berkurun sudah ku peram entry ini kini ku keluarkan juga di blog kudus ku ini ye… Sekarang ni aku berada di Cherating Pahang untuk Kembara Media Fotografi Cuti-cuti 1 Malaysia ke negeri Pahang pulok yawww! Trip ni anjuran M Mode Media bersama Tourism Malaysia.

 

IMG_8246

Sebelum membuang lebih banyak masa aku duk membebel pasal trip aku ni baiklah kiranya aku memulakan lipur lara mengenai trip aku ke Awana Genting Highlands, bersama blogger-blogger sekalian dan sebelum pulang kami singgah di Strawberry Farm yang terletak di Gohtong Jaya, Genting Highlands.

 

 

IMG_8181

Tengoklah riang tak riangnya aku dapat menjejakkan kaki ke ladang strawberry nih yek! Tak payah susah susah nak pergi Cameron sana.. kalau setakat nak strawberry segar boleh datang sini and petik sendiri!

 

 

IMG_8195

Eksaited bertambah eksaited melihatkan dekat kaunter bayaran strawberry tu ada pulak disusun cantik patung-patung gebu berbentuk buah strawberry warna merah. Geram nak beli sebijik sebab comel dan gebu sangat. Tapi terpaksa batalkan hasrat nak beli sebab bajet tak cukup. Kahkahkah!!

 

 

IMG_8202

Yippee arribaaa arribaaa. Minah jakun tersebut bertambah jakun bila diberi bakul kecik dan gunting sebilah untuk tujuan memetik buah strawberry segarrrr dari ladang woot woot!!

 

 

IMG_8208

Aku jadi agak konpius kejap sebab aku datang sini nak petik strawberry ke atau nak bergambar semata-mata hah???

 

 

IMG_8213

Yeahhh baby! Mama spotted some red strawberries bebeh!!!

 

 

IMG_8232

Senyuman selebar mungkin bila diri ini berpeluang memetik strawberry dengan tangan aku sendiri!! Huwarrgghhh *menangis terharu*

 

 

IMG_8255

Yeahhh aku memang spesis pilih strawberry yang merah-merah, yang kilat-kilat and yang gemuk-gemuk aje. Bila makan fuhh nikmat sungguh!!

 

 

IMG_8277

Okay lepas pergi straberry farm tu, dah beli-beli apa yang patut, kami singgah pulak kat tempat tanaman sayur dan cendawan masa on the way nak turun ke KL. Takde ape sangat pun kecuali sayur segar yang kembang menghijau. Ehek.

 

 

IMG_8297

Ini dia Anne Cheah dan Darren from Nuffnang. Unnie and oppa! Kekekekeee…

 

 

IMG_8287

With Mysarah.

 

 

1

Rerakan bloggers dan Dee Lin staff Genting Malaysia. Awww I miss the happy moments together!

 

 

Baiklah!!! Dah lama sangat peram entry ni.. Ni baru nak publish haa.. Macam-macam hal la aku ni kan susah bebenor nak update blog! Online shop aku pon terpaksa dicutikan. Hurhurhurr… Aku ni masih dalam proses berpindah rumah. So amatlah kelam kabut and tak pandai nak manage masa lagi sebab masih perlu turun ke KL untuk events…

 

Apa-apa pun, aku sangat sangat sangat merindui waktu-waktu yang diluangkan bersama rakan-rakan blogger. Korang sporting and happening! Korang yang membaca ni pun kalau nak join aktiviti blogger yang dianjurkan oleh Nuffnang, kenalah rajin check kat website dia eh? Sekalu lagi terima kasih tak terhingga buat Nuffnang dan Resorts World Genting di atas pengalaman best ini! Kbai.

 

 

 

P/S : DO LIKE MY PAGE SAYA SUKA MENAIP FOR MORE PICS FOR THIS EVENTS.

Sign PNG NisaKay


Whatchu whatchu whatchu WHATCHUWANT???

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Woahahaa kemain tau tajuk entry dah macam nyanyi lagu rap pulak. Kekekeke… Eh eh sekarang bukan musim rapping ke ape, tapi musim bola!!! Tipulah aku kata kalau aku tak terkena tempias musim-musim bola ni kan. Kat twitter, facebook, atau berjumpa depan-depan sekalipun topik yang kawan-kawan aku duk bualkan mesti pasal bola!

 

Aku pon rasa muka dorang semua dah sebijik-sebijik macam bola kot. Kekeke.. Entah entah dalam tido pun silap hari bulan duk jumpa dalam mimpi sambung borak pasal bola! AHAH! Kalau dah kronik macam ni demam bola korang, aku tahu apa “ubat” yang sesuaiiii buat korang!

 

WHATCHUWANT IS WHAT YOU GET!

Apa korang nak itu yang korang akan dapat! Senang kan? Okaylah, to be clear, aku tengah bercakap pasal WHATCHUWANT PACK yang ditawarkan oleh Celcom untuk semua kaki-kaki bola kat luar sana! Pilih pack yang korang nak. So whatchuwant?

 

WHAT 1

Ada 6 pack menarik tertarik kau memang da bomb yang boleh korang pilih. Whatchuwant? Talk pack? Text pack? Surf pack?? Pick whatchuwant dengan mendail *128# sekarang! Dengan WHATCHUWANT PACK ni korang boleh pulun semua pasal bola, nak duk update kat twitter ke, nak borak dengan kawan ke, nak MMS gambar ke.. semua dengan kadar hebat!

 

Untuk menambahkan lagi semangat korang di musim bola yang hangat nih, Whatchuwant Pack ni ada dua pack tambahan yang best! Pack ni available sampai hari ni aje (1 JULAI 2O12).. So whatchuwant?

WHAT 2

Talk n Text Pack
Berborak atau sms lah sampai lebam dengan kawan-kawan korang pasal bola bola bola dannn bola! Mungkin yang lelaki excited pasal result game, atau yang perempuan boleh bercerita pasal player yang hot! Oppss.

 

Football SMS Alert Pack
Dapatkan hebahan pantas melalui SMS mengenai semua berita terkini berkaitan kejohanan bola sepak terbesar di Eropah.

 

Duk pulun sms, borak dengan kawan-kawan pasal bola, jangan tak tahu korang boleh menang hadiah! Haaa dengan subscribe dengan packs yang ditawarkan, korang berpeluang menang gajet-gajet cool giler seperti di bawah :

page


6cdb893a76b656eac5438ac3d71b2f36-horz-vert

Huiyoooooo berpeluh-peluh tapak tangan aku tengok semua gajet hebat nih!! Aku nak yang tu!! Yang tu!! Atau yang tu!! Hahahaa! Pick your pack,pick your prize! Haaa duk sembang bola aje dah bolehkan korang menang hadiah woot woot!!

 

Macam mana nak menang ni semua? Atau masih tak paham pasal WHATCHUWANT PACK ni?? Apa lagi semua pergi terjah http://xpax.com.my/whatchuwant.php sekarang okayyy! Haaa dah habis baca kan entry ni?? Cepat pergi terjah website Xpax sekarang!!

 

 

MORE INFO AND DETAILS : http://xpax.com.my/whatchuwant.php

 

 

 

Sign PNG NisaKay

[GAMBAR] Selamat pengantin baru Irine Nadia Marcello & Mohd Amirul

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Pada 30 Jun 2012 bersamaan hari Sabtu, aku dan hakak Pen Merah serta adik aku yang aku angkut dari Pahang telah menjelajah ke Masjid Tanah, Melaka demi menghadiri majlis perkahwinan blogger terkenal dan comel iaitu Irine Nadia Marcello.

 

Disebabkan kesibukan yang teramat, aku tak sempat pun jumpe Irine untuk menerima kad jemputan kahwinnya. Kad tersebut di pass kan kepada abang beliau iaitu Aizul Marcello. Itu pun tak sempat jugak nak ambik. Haa kemain busy masing-masing ye! Jadi dengan hanya berbekalkan alamat yang Irine WhatsApp kepada aku, aku dan hakak Pen Merah redah jugalah ke Melaka.

 

P1014262

Ececehhh kemain tau gambar aku! Ada gaya photographer tak? Hahaha!! Berangan la aku! Gambar tak seberapa ada hati nak dibanding dengan wedding photographer! Jauh sekali macam langit dengan bumi! Haaa apa-apa pun, buruk ke tak gambar yang aku nak letak dalam entry ni korang hadap je lah ye!

 

 

P1014087

Pengantin sedang bersantap.

 

 

A1

Acara memotong dan menyuap kek. Awww sweet!! Pengantin laki mengelat sebab turn dia disuap dia pandang belakang! Kekekee~

 

 

P1014166

Bersama ibu dan bapa pengantin lelaki.

 

 

P1014210

Candy buffet table. Masa aku ambil gambar ni meja ni dah hampir licin! Hahaa…

 

 

P1014212

Frame gambar.

 

 

P1014227

Kek pengantin serba biru dan putih.

 

 

P1014236

Wahhh banyak hadiah nih! Mesti banyak hadiah berupa barangan keperluan rumah. Kekeke…

 

 

P1014237

Goodies bags untuk para hadirin.

 

 

P1014238

Khemah dan meja makan untuk para hadirin. Dah macam ala-ala garden wedding je eh??

 

 

P1014247

Pengantin bergambar bersama blogger femes ames iaitu Fatin Liyana Asri dan rakan beliau.

 

 

P1014263

Pengantin sedang memberi ucapan.

 

 

P1014280

Really love the dress!! Cantik sangat. Ini majlis perkahwinan pertama yang aku tengok pengantin perempuannya pakai baju pengantin ala-ala hoodie dress ni. Siap ada ribbon kat belakang memang cantikss!!

 

 

P1014294

Si pengantin comel Irine Nadia Marcello.

 

 

P1014370

 

Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai Mohd Amirul dan Irine Nadia Marcello. Semoga gerbang perkahwinan kalian sentiasa bahagia dan dirahmatiNYA inshaAllah :) Semoga setiap dugaan yang datang kalian lalui dengan tabah dan sentiasa kuat bersama. Pergghh ucapan aku mengalahkan orang yang dah kahwin pulak!!

 

Okaylah, sampai di sini sahaja kemalasan aku meng-update blog. Heee memang niat nak share gambar-gambar ni dari semalam tapi apakan daya, badan penat sangat balik dari Melaka, malam tu tido pon awal, tak sedar apa dah. Hehehe.. Thank you dear Irine Nadia Marcello atas jemputan ni. Muah muahh!!

 

 

 

P/S : Gambar-gambar penuh sekitar majlis perkahwinan Irine Nadia akan di-upload di fan page Saya Suka Menaip

Sign PNG NisaKay

Warna warna ceria dari GET GORGEOUS!

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Yeahhh segmen untuk aku mengomel pasal online shop dah kembali! Dah beberapa lama jugaklah aku tak buat entry pasal online shop ye. Kali ni aku nak share dengan korang satu online shop yang best. Online shop yang mempunyai keunikan tersendiri.

 

logo

GET GORGEOUS

WEBSITE : http://www.getgorgeous.com.my/

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/GetGorgeousBoutique

 

Apa bestnya butik Get Gorgeous ni?? Yang unik mengenai mereka ialah mereka menawarkan baju-baju dengan pilihan warna yang pelbagai dan warna-warna yang ceria! Warna pakaian memainkan peranan penting untuk menaikkan mood si pemakai, menaikkan seri dan membuat si pemakai tampak lebih menyerlah. Di butik Get Gorgeous mereka menawarkan pilihan baju yang berwarna ceria dan menyerlah!

 

179912_10150871233896319_2107010233_n-tile

Baiklah pada 25 JUN 2012 yang lalu, aku telah muncul di dalam sisipan LIFE & TIME akhbar NST bersama rakan-rakan sekerja di AMANZ. Dan baju yang aku pakai pada hari tersebut telah ditaja dengan penuh kasih sayang oleh Get Gorgeous . Rambang mata betol bila aku menjejakkan kaki ke butik Get Gorgeous kat Sri Rampai, berpinar mata nak pilih baju!

 

 

P1010681

Ada yang duk tanya aku, Sleeveless Cardigan warna mustard tu aku beli dari mana? Haa kalau korang dah berkenan, meh sini aku nak bagitahu cardi tu semestinya dari butik Get Gorgeous . Aku pon dah terpikat benor dengan warna mustard cardi tu. Shawl lebar yang aku pakai tu pun dari butik Get Gorgeous .

 

 

P1010684

Gambar ni diambil di Bangsar Village, sebaik sahaja lepas sesi temuramah dan photoshoot untuk akhbar NST, lebih kurang dua minggu sebelum berita mengenai AMANZ keluar paper. Baju yang biru tu pun dari butik Get Gorgeous, Keisha Long Blouse (electric blue). I truly love this blouse sebab dia labuh dan sesuai untuk muslimah.

 

 

P1010892

Okay ini pula gambar dekat blazer yang aku pakai untuk gambar muka depan sisipan LIFE & TIME tu. Blazer comel gila, crumple shawl dan maxi skirt semuanya dari butik Get Gorgeous.

 

 

P1010936

Suka sangat dengan blazer ni sebab dia lain dari yang lain. Siapa yang berkenan boleh check out blazers dan cardigans kat section JACKETS & CARDIGANS kat website Get Gorgeous. Pasti rambang mata nak pilih!! Pada yang minat maxi skirt pulak, pelbagai pilihan gojes untuk korang di section SKIRTS & PANTS.

 

 

_DSC0316

Baru-baru ni aku ada photoshoot dengan rakan photographer di Taman Tasik Perdana KL. Dan sekali lagi Get Gorgeous telah berkesudian untuk menaja pakaian saya pada hari berkenaan. Dan pihak Get Gorgeous telah berbaik hati membenarkan saya memilih sendiri pakaian yang saya inginkan.

 

Heee entry pasal photoshoot kemudian lah ye… Entry yang ni aku nak fokus pada pakaian-pakaian oleh Get Gorgeous. Jangan lupa pergi ke website Get Gorgeous untuk cuci mata dan tak lupa like fanpage Get Gorgeous di facebook untuk berita terkini mengenai dorang!

 

Ohhh ye! Sebelum aku terlupa, aku nak turut membantu Get Gorgeous mengwar-warkan contest pencarian MISS GORGEOUS 2012. Contest ni dibuka khas untuk semua tetapi dengan syarat anda haruslah memakai koleksi Get Gorgeous. Haaa maknanya aku boleh join la kan?? Dan satu lagi contest ialah Peraduan Cipta Slogan :

 

c44fea9cbf6cb8b

c44feaa049b07eb (1)

 

Haaa… mudah je kan conest-contest yang dianjurkan oleh Get Goegoeus ni? Hadiah pon best wohh!! Makan malam bersama Heliza Helmi gituu… Lepas tu dapat lagi hadiah dari para penaja contest. Best best! Jangan lupa join ramai-ramai okay? Kbai.

 

GET GORGEOUS

WEBSITE : http://www.getgorgeous.com.my/

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/GetGorgeousBoutique

 

 

 

P/S : Kepada online shop yang ingin mengupah saya jadi model produk kalian boleh hubungi saya di alamat emel sukamenaip@yahoo.com

 

Sign PNG NisaKay

Make up video – COMING SOON

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Picture2834

InshaAllah kalau takde aral melintang maka akan siaplah video mekap menggunakan produk Mary Kay. Paling lewat pun tengah malam ni ye…  Sebab nak kena keluar ni.. ada event pulak…


 

Ohh ye, nak minta pandangan korang semua.. apa pandangan peribadi korang mengenai LALAI. Yelah.. apa sebab lalai… apa yang membuatkan korang selalu lalai, game ke, makanan ke, blog ke.. ehhh? Lepas tu apa langkah untuk mencegah lalai?? Hahaha so kalau ada pandangan bolehlah  tinggalkan komen korang ni ye. Hehehe. Kbai.

 

Sign PNG NisaKay

RAMADHAN TELEMOVIE – Nasi Yong Lemak Taufu

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Yeahhh tak lama lagi dah masuk bulan puasa pun kita. Alhamdulillah.. moga-moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNYA untuk menikmati Ramadhan penuh berkat. Biasanya bulan Ramadhan aje, banyak benda best yang ada. Contohnya bazaar Ramadhan, rancangan masakan istimewa Ramadhan dan tak lupa juga rancangan televisyen.

 

Kali ni aku nak share dengan pembaca sekalian mengenai satu telemovie yang akan disiarkan pada Ramadhan akan datang ni (tarikh dan waktu belum diketahui). Telemovie ini dihasilkan oleh tenaga produksi dari OutLoud Studios.

 

120320_OS_NY_poster_d

Telemovie arahan Apache ini dibintangi oleh Amar Asyarf, Julie Woon, dibantu oleh Shiela Mambo, Chew Kin Wah, Faiz Raja Lawak, Wira Raja Lawak, Kaza dan Acong. Telemovie ini akan ditayangkan di saluran RTM pada Ramadhan akan datang.

 

 

SINOPSIS :

Weni dan Kaidir duduk bersebelahan di dalam bas ekspress dengan tidak sengaja tertukar beg bagasi ketika mereka tergesa-gesa turun dari bas. Ketika rakan- rakannya, Wan dan Man , datang menjemput Kaidir , mereka bertanya sama ada dia sempat bersahur. Kaidir menyatakan bahawa dia memakan Yong Tau Fu milik seorang gadis cina.

 

IMG_1762

Berkisah pada Weni pula , dia begitu terkejut apabila mendapati bekas makanannya ialah nasi lemak. Ayahnya Wong , begitu marah apabila Weni cuba untuk memakannya keranaWeni kehilangan ibunya akibat nasi lemak.

 

Kaidir pulang ke rumah dengan rasa bersalah kerana termakan Yong Tau Fu. Kak Yong, ibu Kaidir mengesan sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Kak Yong begitu terkenal dengan masakannya iaitu Nasi Lemak Daun Pisang.

 

IMG_2850

Wong pula menghadapi masalah dalam perniagaan kedai kopitiamnya yang kekurangan pelanggan. Weni memahami masalah yang dihadapi oleh ayahnya dan cuba untuk membantu. Weni menghubungi Kaidir setelah mendapat maklumat yang dijumpai tempohari.

 

Setelah berkenalan mereka semakin rapat ,Weni menyatakan masalah kemerosotan perniagaan ayahnya yang berada di kawasan bermajoritikan orang Melayu.

 

IMG_2698

Kaidir memberi cadangan berdasarkan nasihat ibunya iaitu dia dan Weni harus bertukar-tukar ilmu masakan iaitu Yong Tau Fu dan Nasi Lemak dalam memikat hati Wong supaya bersedia menerima perubahan.

 

Pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi oleh Kaidir dalam usaha memenangi hati Wong. Sambil dibantu oleh Pak Imam ,maka akhirnya Wong terbuka minda untuk berubah.

 

IMG_1717

Hmmm… berdasarkan sinopsis telemovie ni, aku rasa macam menarik untuk ditonton lah pulak. Macam mana kaum Cina nak bekerjasama dengan kaum Melayu untuk sama-sama berjaya dan maju? Apakah yang dilakukan oleh bapa Weni yang pada awalnya menolak cadangan untuk bekerjasama dengan ibu Kaidir?

 

Haaa… macam-macam jugaklah persoalan yang timbul. Yang pasti jalan cerita dia dah buat aku tertarik nih. Tak sabar nak tunggu Ramadhan ni. Selain banyak berkatnya, makanan-makanan yang best, ada jugak rancangan TV yang menarik. Nantikan NASI YONG LEMAK TAUFU Ramadhan ini !

 

 

Sign PNG NisaKay

Sekitar majlis perkahwinan Irine Nadia Marcello – MERIAH !!

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Wahahaa tak habis-habis lagi entry pasal wedding Irine Nadia ni kan… Haruslah tak habis-habis lagi, gambor punye lah banyok ni haaa! Lepas habis buat entry semua baru aku ingat nak upload gambar-gambar yang ada ke fanpage. So korang ramai-ramai sila like page SAYA SUKA MENAIP dulu! Kekekee…

 

Baiklah.. kalau entry sebelum ni aku lebih fokus kepada gambar-gambar kedua mempelai iaitu Irine Nadia dan suami beliau serta gambar serba sedikit sekitar majlis perkahwinannya, kali ni aku nak share kisah kemeriahan majlis bila rerakan blogger dah turun padang.

 

Baiklah… orang pertama yang aku jumpa masa wedding Irine Nadia sudah tentunya ahli keluarga beliau. Aku ingat dah lambat nak datang, sebab tak pernah datang ke area Masjid Tanah.. Alhamdulillah dengan adanya aplikasi Maps dalam S2 aku ni, maka sampailah kami ke Masjid Tanah Melaka.

 

IMG_4042

Lepas menapak dua tiga langkah, aku ternampak blogger DENA BAHRIN yang mana video lamaran beliau meletop-letopss kat youtube tu. SubhanAllah dear, you have such a beautiful story, Allah Maha Besar :’) Really envy you dear.. And Dena is truly comelss!! Aww nasib aku tak cubit je pipi beliau. Ihik!!

 

 

P1014079

Lepas tu berduduk-duduk, bertemu para blogger yang hadir pada majlis tersebut. Budak kecik dengan baby di atas tak lain tak bukan YUYU ZULAIKHA. Kemain ko ye Yuyu memangku baby si Ujang haaa.. Terserlah sifat keibuan Yuyu aww!

 

 

P1014085

Kemain haaa busy si Irine melayan tetamu.. Adapun pasangan pengantin sedang bersantap sekalipun, kalau ada yang datang nak bersalam, bergambar semua layankan aje. Ceria sungguh pasangan ini. Gembira berseri-seri!

 

 

P1014138

Ni part suap kek, salam peluk cium betullah bikin aku bergenang air mata. Takleh nangis woi, jatuh saham kang! Kekekee… Aku duk la terbayang aku kahwin nanti macam ni ke? Cuma bayangan pengantin lelaki je samar sikit sebab tak tahu lagi siapa jodoh aku. Aww :’D

 

 

P1014179

Aku dan adik aku si Iyeen. Kesian dia, aku duk hangkut la pergi majlis orang, then bila jumpa geng aku, aku biar dia sorang-sorang. Haha kejam dowh aku. Nasib dia jenis mengikut je, diam je. Barulah aku senang nak angkut gi memana.

 

 

P1014173

Masa untuk meruntuhkan pelamin, duk la rerakan blogger ni haa naik atas pelamin ramai-ramai nak bergambor dengan Irine dan suami. Nasib baik kedua-duanya sporting! Tu ape entah aku duk membebel kat Irine dengan laki dia. Pasal anak kot.. EHHH??!!

 

 

IMG_4146

Awwww… dah boleh dah tu Irine dan suami menimang cahaya mata! Amboiii kemain aku! Hahahah!!!

 

 

P1014186

Aku dan blogger SYAFIQ ROSLI yang sekarang bukan main susah nak jumpa!

 

 

P1014187

Aku dan blogger EMAN THE HALIA yang sama jugak susah nak jumpa sebab beliau study nun di Nilai sana…

 

 

P1014194

Blogger lelaki bersama abang pengantin perempuan. DARI KIRI : SYAFIQ ROSLI, AYEEM AYAM, HAMZAH IAN, AIZUL MARCELLO, UJANG, NAZIRUL HAZWAN dan EMAN THE HALIA .

 

 

P1014203

And this is the cute AMIRAH BAZILAH, adik kepada blogger SYAFIQ ROSLI tadi. Rasanya ni first time kita jumpa kan dik? Hehehe you’re so cute in pictures, and in real life too! Thanks sebab adik ni rajin sangat like gambor kat instagram kite. Ahakss!

 

 

P1014239

Okayy bila rerakan blogger dah pulang, aku belom pulang lagi. Sebab 15 minit sebelum aku bertolak ke Melaka, aku tergerak hati nak bukak page event wedding Irine ni kat Facebook, and aku ternampak Fatin Liyana Asri is going! Ingatkan dia tak jadi datang or lambat, then bila munculkan diri aku lak dup dap dup dap!

 

 

IMG_4219

Tetamu pun ramai dah balik, maka kami yang tinggal ni dapatlah berhibur mendengarkan pasangan pengantin karaoke lagu Dua Insan cewahhh! Walaupun pengantin laki nampaknye segan silu nak nyanyi tapi beliau sporting!

 

 

IMG_4244

Berhuru-hara bersama pengantin. Last kopek punya bergambor bagai nak rak ye.Mentang-mentanglah tetamu semua dah balik. Tinggal kami-kami je. Haha!! DARI KIRI : Nisa Kay, Fatin Liyana Asri, Irine Nadia, Datin Wowhh dan Pen Merah.

 

 

IMG_4273

Ni dah kenapa aku dengan si Fatin ni bercangkung kat sini? Haha!! Alkisahnye nantilah aku cerita ye. Banyak sangat gambar berkenaan kisah cangkung ni. Hhahaha!!

 

 

P1014351

Okay lastttt!!!!!!!!!!! Tak daya dah aku entry panjang berjela!! Ni lah geng-geng yang stay sampai habis majlis. Lepas bergambor dengan kitorang, pengantin terus pergi outdoor photoshoot. Haaa bayangkanlah sampai ke petang kami duk bergambor sakan!

 

Heee kepada IRINE NADIA, tenkiu dik sebab invite ke majlis kahwin ni.. dan kepada FATIN LIYANA and the geng, thanks sebab korang sangat sangat friendly dan sporting dan suke bergambar jugak macam daku! KEHKEHKEH. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay

GIRLS !!! Lets join CLINIQUE BEACH PARTY 2012

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Sebelum ni ramai yang tanya aku macam mana nak dapat invitation untuk beauty product event. Hmm kadang-kadang tak boleh harapkan invitation sahaja, kadang-kadang kita kena datang and participate sendiri! Hehee…

 

Yeahh yeahh berita baik untuk para gadis di luar sana yang sedang membaca blog aku. Di sini aku nak war-warkan beauty product event oleh jenama kosmetik terkenal, Clinique, iaitu event CLINIQUE BEACH PARTY 2012.

 

page

Jenama CLINIQUE ialah jenama produk penjagaan kulit dan kosmetik yang berprestij di US dan boleh didapati di 130 negara di seluruh dunia. Clinique juga mempelopori jenama kosmetik pertama yang dibangunkan menggunakan dermatologis. Haa best kan produk Clinique. Jadi korang jom la ramai-ramai join CLINIQUE BEACH PARTY 2012!

 

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CLINIQUE BEACH PARTY 2012, jom lah ramai-ramai like page Clinique Malaysia di sini : https://www.facebook.com/cliniquemalaysia . Lepas tu korang klik bahagian yang aku tanda #1 tu kat page Clinique Malaysia.

111

 

Bila dah klik yang #1 tu, korang akan nampak page yang memaparkan info-info menarik mengenai CLINIQUE BEACH PARTY 2012 !

112

INFORMASI MENGENAI CLINIQUE BEACH PARTY 2012 :

DAY & DATE : Saturday, 14th July 2012

TIME : 2.30pm – 6.00pm

VENUE : Sunway Lagoon Wave Pool

DRESS CODE : Beach Wear

TICKET PRICE : RM60.00 (With a doorgift)

 

 

Wowww para selebriti pun akan turut serta menyertai CLINIQUE BEACH PARTY 2012 ni! Sangat berbaloi-baloi bagi yang sanggup bayar RM60 tu untuk datang dan sertai event yang best ni! Untuk membeli tiket ke CLINIQUE BEACH PARTY 2012 ni, korang rujuk balik gambar kat atas atas tadi, aku ada tanda #2 kan.. Klik je kat situ.

113

Korang just kena isi borang ni. Get yourself a ticket and enjoy with us! I will be there too! Kalau datang dengan kawan-kawan seronok juga! Ajaklah kawan-kawan join sekali event ni! The more the merrier!

 

 

Summer In Clinique

DO YOU HAVE WHAT IT TAKES TO BE A CLINIQUE SUMMER GIRL??

Yes babyyy! The highlight of the event adalah pencarian CLINIQUE SUMMER GIRL!! Para editor majalah CLEO dan COSMOPOLITAN sendiri yang akan menjalankan audition dan memilih siapakah yang layak menjadi CLINIQUE SUMMER GIRL ! Jom jom!! Mana tahu rezeki anda, dapat menghiasi muka depan majalah CLEO atau COSMOPOLITAN! (1 pemenang untuk 1 majalah)

 

 

DSC_0696

Do I have what it takes to be a Clinique Summer Girl?? Editors please pick me! Ehek ehek!! Jadi girls, tunggu apa lagi, jom berparti di pantai (pantai la sangat) Sabtu depan! Buy your ticket now! Jangan lupa like page Clinique Malaysia : https://www.facebook.com/cliniquemalaysia !! Kbai.

 

 

VISIT CLINIQUE MALAYSIA :

Facebook page : https://www.facebook.com/cliniquemalaysia

Website : http://www.clinique.com.my/

 

 

Sign PNG NisaKay


KEMBARA MEDIA FOTOGRAFI PERAK – Part 1

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Yeah yeahh entry travel kini kembali.. Kini aku nak share mengenai percutian aku ke Pulau Pangkor. Syukur alhamdulillah kerana aku terpilih untuk menyertai trip Kembara Media Fotografi Cuti-cuti 1 Malaysia yang dianjurkan oleh M Mode Media dengan kerjasama Tourism Malaysia..

 

Kembara Media Fotografi Cuti-cuti 1 Malaysia ni dianjurkan dengan tujuan untuk mempromosi produk pelancongan tempatan kepada orang ramai. Trip ini disertai oleh rakan-rakan dari media TV, akhbar, pencinta fotografi dan beberapa orang bloggers.

 

Trip di bawah Kembara Media Fotografi Cuti-cuti 1 Malaysia ni ada 4 destinasi. Yang pertama ialah Pulau Langkawi. Yang first trip tu aku tak join. Trip kedua ialah Perak, destinasi ketiga ialah Pahang dan destinasi akan datang ialah Johor. Trip ke Perak dan Pahang dah pun selesai, ni tengah menunggu trip ke Johor. Jadi, aku nak share story pasal trip Perak.

 

DSC_0483

Seawal 6 pagi dah kena berkumpul, check kedatangan dan bertolak ke Perak. Dalam perjalanan kami berhenti di RnR Rawang untuk sarapan. Pada hari tu sarapan kami ditaja dengan penuh kasih sayang oleh KFC Malaysia ! Thank you KFC for the delicious breakfast!

Setelah sarapan,perjalanan diteruskan. Aku pon ape lagi tertido tak sedar diri, maklumlah malamnye tu aku tak tidur sebab takut terlajak tidur dan tak bangun lak! Sedar-sedar aje dah sampai di destinasi pertama…

 

DSC_0367

Lokasi pertama kami di negeri Perak Darul Ridzuan ialah HUTAN LIPUR KUALA WOH. Menurut tourist guide kami dari Discover Orient Holiday, Kuala Woh ni dekat je dengan jalan nak ke Cameron Highlands tu haa.. Dekat tang mana pon aku tak sure. Korang check la Google Maps. Kahkahkah!

 

DSC_0363Hutan Lipur Kuala Woh terletak di daerah Tapah, Perak. Kat sini korang boleh menikmati pemandangan alam sekitar, mandi di sungai yang unik! Unik tang mana, kejap ye nanti sati lagi aku cerita. Lokasinya hanya 13 km dari Bandar Tapah melalui Jalan Tapah - Cameron Highlands, atau 72 km dari Bandaraya Ipoh melalui Jalan Tapah - Brinchang. More info visit Hutan Lipur Kuala Woh Perak.

 

DSC_0369

Ni lah antara gambar persekitaran Hutan Lipur ni.. Agak bersih dan selesa sebab ada kemudahan.. Ada chalet, ada jambatan gantung, ada kedai minum, tandas, pondok rehat dan lain-lain…

 

DSC_0372

Jeng jeng jeng.. Kolam Air Panas Semulajadi ni merupakan antara tarikan utama hutan lipur ni.. Korang mesti ingat kolam yang petak tu lah kolam air panas nye.. Hahaha salah! Air panasnye terletak di sungai tu sendiri! Haa pelikkan macam mana air sungai boleh jadi kolam air panas pulak?

Takde pulak gambar nak share.. Kalau pergi tepi sungai ni, kat sesetengah bahagian tepi sungai akan nampak airnya berwap dan bila rasa dengan tangan, airnye memang panas! Bila alihkan tangan ke bahagian lain, airnya sejuk je. SUBHANALLAH! Kekuasaan Allah nak tunjuk yang air panas dan sejuk terletak dalam satu sungai!

 

DSC_0395

Rama-rama Rajah Brooke juga antara tarikan lain yang terdapat di Hutan Lipur Kuala Woh ni.. Maaflah tak dapat tangkap gambar rama-rama yang besar sebab rama-rama ni kan berterbangan, so tak dapat nak ambil gambar nye… Gambar kat atas ni pun blur sebab snap laju-laju.

 

DSC_0374

Salah satu kekuasaan Allah SWT.. Batu yang diletakkan tegak berdiri atas faktor-faktor graviti yang aku pun tak reti nak explain. Aku takde lak gambar lain yang lebih jelas.

 

DSC_0398

Mneikmati udara segar dan pemandangan di tepian sungai cewahhh.. Kot-kot la datang putera berkuda bawa daku pergi?? Hahahaa!! Berangan je kerja aku ni! Hahaha…

 

DSC_0458

Yeahhh kamilah beberapa orang blogger yang menyertai Kembara Media Fotografi ni!! DARI KIRI : Pen Merah, Nisa Kay, Yana Yassin, Rabiatul Adawiyah dan satu-satunya jejaka blogger yang tak berapa nak macho iaitu Hamzah Ian. Kihkihkih!!

 

DSC_0492

Selepas bersantai-santai, tengok rama-rama, main-main air kat hutan lipur tadi, kami gerak ke Manjung pulak untuk makan tengahari. Yeahhh restoran yang kami tuju ialah RESTORAN NASI AYAM MAMA yang agak terkenal di sana. LOKASI : 65, Persiaran Manjung 3/2, Taman Manjung Point Seksyen 3, Manjung, Perak.

 

DSC_0498

Sesampainya kami di sana, kami dihidangkan dengan air jus tembikai segar dan sejuk! Pergghh sesuai betul dengan cuaca panas. Buah-buahan segar yang dah siap dipotong jugak dihidang. Wahh best best!

 

DSC_0504

Signature dish of this restaurant semestinya nasi ayamnya! Nyum-nyum sedap sampaikan aku makan pon dah tak ingat siapa kiri kanan aku. Lapar kannn.. so aku belasah sampai licin pinggan! Nyum nyum~

 

DSC_0507

Nasi putih bawal kari jugak antara hidangan yang terkenal kat restoran ni… Harganya berpatutan! Jadi sesiapa yang nak ke Manjung Perak bolehlah singgah kat Restoran Nasi Ayam Mama ni ye!

 

DSC_0523

Selepas kekenyangan bak ular sawa, kami semua berkejar ke Jeti Lumut sebab nak kena kejar feri ke Pulau Pangkor pukul 2.30 petang. Kalau tertinggal kang habislah jadual kami di Pulau Pangkor! Kang apa punnn tak jadi!

 

Baiklah… story mory di Pulau Pangkor aku akan share di entry yang akan datang ye… Nantikan part 2! Sebab aku nak share betapa bataknye aku naik feri, pergi pulau ape semua sebab ni FIRST TIME aku naik feri dan FIRST TIME aku menjejakkan kaki ke sebuah pulau! HAHA!! Kbai..

 

 

 

All pictures will be uploaded at my fan page –> SAYA SUKA MENAIP. Do like! TQ.

Sign PNG NisaKay

GIRLS!! Jom pergi event event event!!!

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Wahh seronoknye nak update entry kali ni sebab aku nak share events yang best-best untuk korang semua! Yelah.. peluang dan rezeki yang ada harus dikongsi bersama kan.. Kat sini aku nak war-war kan event yang best yang akan berlangsung hujung minggu ni!

 

 

#1 BAZAAR AROUSH

Jom ramai-ramai mengimarahkan masjid dengan menghadiri event di bawah ni.. pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan, bengkel-bengkel bermanfaat serta gerai jualan pelbagai produk menanti anda! Ajak keluarga, sahabat handai memeriahkan majlis. Sambil kita bersantai, kita menimba ilmu dan mengeratkan silaturahim!

 

Info lanjut sila lawati :
https://www.facebook.com/events/320240678060221/

aroush

 

 

 

#2 HAJABA SYAWAL COLLECTION FASHION SHOW & MINI LAUNCHING OF LUVSTYLISTA

Jenama pakaian muslimah terkenal Hajaba akan mengadakan event khas untuk memperagakan koleksi terbaru sempena Syawal akan datang.. Selain itu, Hajaba akan melancarkan juga sub-line Hajaba iaitu LUVSTYLISTA yang akan diperagakan oleh selebriti terkenal.

 

Untuk pergi ke event ni kena RSVP dulu.. Sila SMS Puan Mona di 013-3276231, nyatakan nama anda dan nyatakan yang anda berminat untuk menyertai event ni. Jangan lupa tinggalkan alamat emel anda pada beliau ye. Jemputan akan diedarkan pada hari Jumaat (bergantung kepada kekosongan)

 

Info lanjut sila lawati :
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=405750339460949&set=a.398887563480560.79064.391318664237450&type=1

luvstylista

 

 

 

 

#3 LIPSTICK PARTY

Tidak tahu bagaimana hendak pilih warna lipstick yang sesuai dengan kulit atau tema pemakaian anda? Jom berparti dengan lipstick Color Crème dari Mary Kay! Tanyakan juga tips-tips kecantikan dari perunding kecantikan, Dya Romantika.

 

Ada lucky draw tau! Untuk RSVP sila hubungi Dya Romantika 013 6030 370 ! Kalau ada readers yang nak pergi sana, korang mention pada beliau yang korang readers blog Nisa Kay ya!

 

Info lanjut sila lawati :
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=438299252857803&set=a.111105105577221.11591.100000331958597&type=1&ref=notif&notif_t=photo_reply&theater

lipstick party

 

 

Yeahhh ada 3 event yang best dan menarik untuk korang semua pergi! Jangan lepaskan peluang.. Semua event di atas ni percuma.. Tak payah bayar apa-apa untuk masuk.. Cuma event kedua dan ketiga aje yang kena RSVP.. Sebab dua event je yang ada limited seats. Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang ye!

 

Untuk event pertama, iaitu Bazaar Aroush, saya akan cuba berada di sana.. Memang dah merancang nak meluangkan masa di sana tapi malangnya kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Jadual agak padat sebenarnye sekarang.. Event kedua tu semestinya saya akan ada.. Manakala event ketiga pulak tak dapat datang. Hukhuk.. So siapa yang free boleh join! Hehehe…

 

 

Jom ramai-ramai like fanpage SAYA SUKA MENAIP !! TQ :)

Sign PNG NisaKay

Aku Dia dan DSLR [PART 21] – Photoshoot di Taman Tasik Perdana

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Woahhh segmen Aku Dia dan DSLR kembali lagi!! Lama gila kot tak photoshoot dan bermodel-modelling. Ahahaa.. last entry pasal segmen ni ialah Aku Dia dan DSLR [PART 20] yang aku update hampirrr dua bulan lalu! Pergghhh lama siottt!! Sekarang ni aku dah tak pakai DSLR so aku dah tak shoot sendiri…

 

Jadi kali ni memandangkan aku dijemput oleh rakan photographer untuk shoot, maka aku kongsikan dalam segmen Aku Dia dan DSLR kali ni. Ini merupakan kali pertama aku shoot dengan photographer ni. Sebelum ni kami kenal dan berhubung melalui Facebook saje.

 

PHOTOGRAPHER : Incik Fustop (Fustopixel)

ASSISTANT PHOTOGRAPHER : Kyerull L Fresco

MUA : Azura Mahmood

WARDROBE : Get Gorgeous Boutique

LOKASI : Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

 

 

So… apa tungg lagi, meh lah cuci mata dengan gambar-gambar dari photographer dan juga assistant beliau. Ohh ye, assistant photog tu kawan sesama blogger, so dah pernah ada sesi ber-photoshoot dengan beliau. Bezanya sebelum ni beliau kureng amik gambar aku. Kekekee..

 

303558_10151863371865650_233844165_n

Shawl polka dot by Get Gorgeous Boutique and make up by Azura Mahmood. Aksesori pon Kak Zura yang bawakkan. Aku tak banyak aksesori tudung. Kalau gelang or long necklace banyak la kot. Tudung aku dah iron malangnya bila masuk dalam beg dia keronyok dah sikit. Kekekee…

 

 

548816_10151860124665650_15902125_n

Berfikir.. ni gambar masa awal-awal tu.. Erkkk sedikit kekok nak pose sebab baru pertama kali jumpa dengan Incik Fustop, terus photoshoot. Ahahaa…

 

 

319868_10151855092610650_1559582366_n

Okay bila rimas dengan tudung tadi aku bantai tukar style tudung. Nasib aku pakai inner neck, so tak segan sangat la nak bertukar style tudung disaksikan photog dan assistant beliau. Kekekekee…

 

 

251964_10151869913155650_545119031_n

My fav pic! Semua gambar pon cantik.. semua pon feveret.. tapi yang ni bertambah-tambah feveret! Maybe sebab editing dia ade elemen pink-pink kan…

 

 

532525_10151866363395650_741455221_n

Shawl polka dot, Sakura Pelangi Long Blouse (Blue), and jersey long skirt (mustard) all from butik Get Gorgeous. Memang gorgeous baju-baju kat butik ni. Nak pilih pon rambang mata uolls!!

 

Okay uolls, yang berikut pula adalah gambar hasil tangkapan ikan.. ehh!! Bukan!! Hasil tangkapan dari kamera dan editing oleh assistant photogrpaher encik Kyerull L Fresco, merangkap rakan sesama blogger jugak.. Cuma beliau semakin aktif dalam bidang fotografi, dah kurang blogging.

 

224862_3806489557572_2117439243_n

Ececehhh ada macam perempuan melayu terakhir tak? Awww tak boleh blah puji diri sendiri. Ahaks!!

 

 

600886_3806675242214_702312417_n

Close up muka sikit. Aku rasa muka aku macam nak nangis. Haha bukan apa, tengah menahan cahaya matahariiii…

 

 

282359_3806931368617_1303058365_n (1)

 

Baiklah… sekian sudah Aku Dia dan DSLR PART 21 ini ye.. kalau ada rezeki aku buat lagi segmen yang tak semenggah ni kann. Ahahahaa.. Ade je gambor kat Hutan Lipur aku duk berposing atas batu. Hahaha itu pon nak buat entry ka?? Hahaha…

 

Baiklah.. aku berterima kasih sangat-sangat kat semua individu yang telah terlibat dalam short session photoshoot ni.. Terima kasih kepada abang-abang photographer yang kacak iaitu Incik Fustop dan Kyerull L Fresco. Kepada kak Azura Mahmood terima kasih sangat-sangat jugak sudi datang mekap saya walaupun saya satu-satunya model pada hari itu. Dan tak lupa kepada Get Gorgeous Boutique di atas baju-baju yang cantik dan warna ceria!

 

Boleh hubungi pihak-pihak di bawah kalau-kalau korang memerlukan khidmat photographer, mekap atau nak beli baju-baju yang cantik sangat okay! Dan kepada online shop yang nak upah saya jadi model produk anda boleh hubungi saya di alamat emel sukamenaip@yahoo.com ye. Until then, bubbye!

 

PHOTOGRAPHER : Incik Fustop (Fustopixel)

ASSISTANT PHOTOGRAPHER : Kyerull L Fresco

MUA : Azura Mahmood

WARDROBE : Get Gorgeous Boutique

 

 

Sign PNG NisaKay

MTV WORLD STAGE menggegar lagi!!!

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

11

Weehooo!! Bercerita pasal konsert MTV World Stage, teringat-ingat aku akan kemeriahan acara tahun lepas. Terbaik wehhh!! Punyalah semangat aku nak tengok 30 Second To Mars kan, sanggup berasak berpanas berhangit dengan penonton sekalian alam! Tu belum peminat Kpop lagi tuh! Berjoget-joget aku bila Beast buat persembahan.

 

 

worldstage01_1152x864

Yes baby yes!! MTV WORLD STAGE IS BACK!! MTV World Stage 2012 bakal menggegar Malaysia di Sunway Lagoon!! Kali ni MTV World Stage membawakan artis-artis hangat yang pasti menggoncang jiwa anak-anak muda cewahhh!!

 

cats

Membariskan penyanyi-penyanyi hebat dan terkenal, MTV World Stage 2012 kali ini membawakan anda semua Jay Park, Kara yang hot, Mizz Nina yang meletopz dan Justin Bieber pujaan para gadis!! Mesti ramai yang tak sabar nak pergi.

 

Weehooo Celcom nak bagi tiket percuma. Yes PERRRRRRRCUMA!! Nak tahu macam mana nak dapat TIKET PERCUMA??? Baca dengan teliti segala detail yang akan aku tulis hingga ke akhir entry ini!

 

TAMBAH NILAI PRABAYAR

topup prabayar celcom[5]*Pic credit to : http://www.myvitrd.com/ *

 

Haaa kemain baku ayat aku! Bak kata budak muda mudi sekarang, topup! Haaa dengan topup henset korang tu, korang berpeluang menang tiket percuma ke MTV World Stage 2012. Haaa macam mana tu??

Cara-cara:

  • Mendaftar dengan hantar sms MTV ke 28881
  • Bila dah dapat sms pengesahan, topup sebanyak RM60 dan ke atas untuk dapatkan mobile voucher yang melayakkan anda redeem 2 keping tiket!

Terma dan Syarat :

  • Satu nombor telefon hanya sah untuk 2 keping tiket
  • Perlu mendaftar dan tambah nilai sebelum 10 Julai 2012
  • Mobile voucher perlu ditebus pada 12 Julai
  • First come first serve basis.

 

MELALUI FACEBOOK

n_1234209334_facebook_logo

Haaa sekarang ni macam-macam cara ada untuk korang menang 2 keping tiket percuma untuk menyaksikan MTV World Stage 2012! Cara lain yang korang boleh usahakan ialah melalui facebook!

 

  • Like salah satu fan page ini : Xpax | U.O.X | S.O.X
  • Daftar dan guna aplikasi “Time To Muxic” yang ada di page yang anda like tu.
  • Bermula 26 Jun hingga 8 Julai 2012, gunakan aplikasi itu untuk share info mengenai MTV World Stage 2012.
  • Semakin banyak anda share, semakin banyak mata yang anda dapat.
  • 25 peserta dengan jumlah mata tertinggi akan mendapat 4 keping pas percuma ke MTV World Stage 2012!
  • Bagi yang top 25 yang dapat pergi konsert tu pulak, pada 14 Julai layari xpax.com.my/timetomuxic  untuk check in di lokasi konsert dan tag gambar-gambar MTV World Stage kepada Xpax dengan moneghubungkan Facebook anda ke aplikasi tersebut.
  • Setiap check-in dan tagged photos memberi anda mata dan 10 peserta dengan mata tertinggi bakal memenangi pas untuk after party!

 

 

MELALUI THE CUBE

thecubepink_social_logo

MUSICUBE

Download Call Me Tone dan True Tone atau Full Song terpilih untuk peluang memenangi pas percuma ke MTV World Stage!

  • Untuk muat turun Call Me Tones: Dail *888*<CODE># tekan CALL.
  • Untuk muat turun Full Songs: Hantar FS<space>kod lagu ke 21308.
  • Untuk muat turun True Tones: Hantar TT<space>kod lagu ke 21308.

 

FRENCUBE (MOKOMOBI,SPEESH, FRENZER,FRENSPOT)

  • Anda dan kawan anda berpeluang berkonsert secara percuma!
  • Join Frencube denga mendail *888*219#
  • Pose seperti superstar dan upload gambar korang tu ke Frencube untuk peluang menang tiket percuma!

 

CUBE RADIO JUKEBOX

  • Rakam suara anda menjerit “I LOVE JUSTIN BIEBERRRRR”
  • Jeritan terpanjang, kreatif dan paling bersemangat akan dipilih untuk memenangi tiket ke MTV World Stage 2012!

 

 

PELUANG BERTEMU JUSTIN BIEBER !!!

JB

Wuahahaha buat gadis-gadis peminat Justin Bieber yang jambu itu, tidakkah korang teringin bertemu JB secara dekat?? Bergambar sebelah-sebelah, kasi orang lain jeles dengan korang? Haaa nak tak? Nak tak? Mudah aje nak menang pass exclusive ke meet-n-greet session dengan JB!! Wohooo!!

 

Apa yang korang perlu buat hanyalah dengan muat turun lagu Justin Bieber “Boyfriend” atau lagu “Die In Your Arms” jadikan Call Me Tones, lepas tu send kat kawan-kawan korang sebagai hadiah (gift).

 

TITLE

ARTIST

CODE

RBT ID

Boyfriend (Justin Bieber M&G)

Justin Bieber

162572

0011127675

Die In Your Arms (Justin Bieber M&G)

Justin Bieber

162573

0011127676

 

  • Untuk muat turun, taip CMT<jarak>kod lagu dan hantar ke 22990 atau dail *888*<kod lagu># dan tekan CALL.
  • Untuk menghantar Call Me Tones sebagai hadiah, taip CMT Gift<jarak>kod lagu<jarak>nombor telefon rakan anda dan hantar ke 22990.
  • Untuk muat turun yang lebih mudah, korang bolehlah pergi ke portal mobile USSD The Cube dengan mendail *888*99# atau *888# dan pilih option MTV World Stage 2012.

 

mtv-worldstage-2012-500x694

Mungkinkah korang yang bertuah yang bakal bertemu dengan Justin Bieber? Ohhh Mungkin kah??!! Haaa segalanya tak mustahil kalau korang usaha lebih sikit. Ada rezeki, dapatlah korang bertemu pujaan hati korang tu ye.

 

Sebarang maklumat lanjut boleh korang usha usha kat laman web xpax.com.my  atau www.thecube.my okay? Good luck semuaaa. Dan semestinya… jumpa di MTV WORLD STAGE 2012 woohooo!!!

 

 

Sign PNG NisaKay

WHAT I WORE during Irine Nadia’s wedding?

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Yeah bebeh, lama tak buat outfit post kan. Almaklumla.. saya jadi malu pulak nak buat outfit post sebab saya tak cantik.. Baju tak berjenama, semua cap Times Square, Sg Wang Plaza atau cap online shop murah semata-mata. Kerana itu ajelah yang saya mampu. Hek hek~

 

Apa-apa pun, alhamdulillah dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada aku, merasa jugak aku pakai baju oleh seorang fashion designer! Aku dapat merasa pakai dress tu sebab aku telah menang contest yang dianjurkan oleh fashion designer tersebut.

 

P1014391

So readers… This is the dress-blouse yang aku dapat hadiah dari fashion designer tersebut. Siapakh beliau? Jeng jeng jeng… Beliau ialah SANDRA AZWAN !! Yeahh seorang pereka fesyen yang cenderung mereka pakaian yang berunsurkan futuristik aku rasa? Hahaa maaf aku tak tahu nak interpretasi macam mana :p

 

Mulanya aku ingat nak pakai baju kurung biasa… Tapi lebih kurang seminggu sebelum wedding Irine Nadia, aku telah bertemu dengan Sandra Azwan untuk menuntut hadiah kemenangan aku dalam contest beliau. Muahahaa.. contest apekah? Yeahh yeahh aku telah dipilih oleh Sandra Azwan sebagai pemenang tempat pertama untuk contest :

 

SANDRA AZWAN

 

P1014046-tile

So aku telah decide nak pakai baju ni ke majlis perkahwinan Irine Nadia dan Vel Oliver. Dan aku padankan dress-blouse tu dengan maxi skirt warna purple gelap cap uptown Damansara. Kahkahkahh... So ala-ala baju kurung moden la kan. Hahaha pon boleh kan?

 

Zaman sekarang nak pergi kenduri dah boleh trendy. Bukan setakat pakai baju kurung semata-mata, pakaian long dress dan maxi skirt pun dah boleh buat pakai pergi kenduri-kendara.. Tak pun beli je blouse panjang sampai atas lutut tu, padankan dengan maxi skirt. Contohnye blouse pink lembut boleh padan dengan maxi skirt warna hitam, mustard, dark purple dan lain-lain.

 

IMG_4056

Tudung pulak, aku pakai tudung eksklusif LUVSTYLISTA. Tudung sarung siap yang aku pakai ni ialah tudung Diana Tie-Up (Chiffon). Sangat mudah dipakai dan digayakan ke majlis-majlis formal atau tidak formal.

 

Nampak tak bahagian bertali pada tudung ni? Bahagian bertali ni boleh dilonggarkan sikit untuk adjust kelabuhan tudung. So ianya menutup dada, dan tidak jarang. Sesuai untuk muslimah moden macam kita-kita ni ihik ihik~ Bahagian tali tu juga boleh dipakai di bahagian tepi, bawah dagu atau atas kepala.. terpulang kepada kreativiti masing-masing!

 

P1014384

DRESS BY : SANDRA AZWAN

BLOG :
http://bysandraazwan.blogspot.com/

FACEBOOK FAN PAGE :
https://www.facebook.com/pages/Life-with-Sandra/122583607824774

 

 

IMG_4057

EXCLUSIVE HIJAB BY : LUVSTYLISTA

BLOG :
http://blog.luvstylista.com/

FACEBOOK FAN PAGE :
https://www.facebook.com/pages/Luvstylista/391318664237450

 

 

Aku sangat sangat bersyukur atas rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT. Sesungguh Allah menurunkan rezeki buat hamba-hambaNYA pabila kita dalam keadaan yang tidak menjangka namun memerlukannya. Allah knows best for His servants.

 

Dan aku sangat berterima kasih kepada dua pihak di atas! Semoga Allah murah rezeki kedua-duanya. Sandra Azwan, seorang pereka fesyen yang sangat berbakat, dan jenama Luvstylista pula, membariskan rekaan hijab yang unik dan eksklusif, sesuai untuk muslimah masa kini!

 

Sign PNG NisaKay

Viewing all 614 articles
Browse latest View live