Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all 614 articles
Browse latest View live

Malaysia Tourism Hunt 2013 (MTH2013) – PART 3

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Part 3 siri MTH2013 aku merupakan antara bahagian yang menjadi kenangan paling paling best dalam hidup aku.. Bukan bermakna pengalaman lain tak best, tapi yang ni memang lain sikit la, sebab aku pergi tempat yang aku tak pernah pergi, aku buat perkara yang tak pernah buat. Hahaa! (Rasanya kebanyakan aktiviti sepanjang MTH2013 ni pengalaman baru kot? LOL)

 

DSC00092

Pagi pagi lagi kami dah ke bangunan Kementerian Pelancongan di Putrajaya untuk majlis OFFICIAL FLAG OFF ke Sepang oleh Wakil Tourism Malaysia. Cuaca bertukar mendung lalu hujan lebat di luar. Nasib baik aku bawak sweater, sebab air cond dalam bangunan sejuk nye lahaii!!!

 

 

DSC00097

Cubaan camwhore oleh Abang Hasraf menggunakan kamera aku SONY NEX-3N. Kamera dengan skrin boleh laras, membolehkan anda camwhore sepuas hati tanpa perlu mempedulikan jika kamera hanya fokus lobang hidung mu. Her her…

 

 

DSC00117

Tu diaaa.. THUMBS UP !!! THUMBS UP !!! Hahaaa… Mari tampal pelekat kereta Tahun Melawat Malaysia 2014.

 

 

DSC00125

Yeahhh flag off sudah ! Jom kita ke Sepang. Homestay dan beberapa aktiviti perlumbaan antara kumpulan sedang menanti kami. Masa ni cuaca dah elok sikit.. So kitorang sampai kat homestay tu dah nak tengahari jugalah..

 

 

DSC00132

Ketibaan rombongan peserta MTH2013 ke BANGHURIS HOMESTAY disambut meriah dengan paluan kompang. Kalau bukan sebab MTH2013, aku takkan tahu kat Sepang ada homestay ! Hahaa.. Kawasan persekitaran kampung tampak bersih dan suasana tenang je..

 

 

DSC00135

Penerangan serba sedikit mengenai BANGHURIS HOMESTAY.. Ada bermacam aktiviti yang boleh korang experience kat sini… Antaranya menoreh getah, memancing, persembahan alat muik tradisional dan macam-macam lagi lah..

 

 

DSC00143

Bersiar-siar (lah sangat!) di sekitar HOMESTAY BANGHURIS, SEPANG. Kemain lagi abang dalam gambar ni feeling kat Nami Island tapi versi pokok buluh ya bang ! Hahahaa jangan marahh.. Tempat ni memang cool. Semua terpana sebab lawa je pokok-pokok buluh ni tersusun haaa… Boleh shoot video klip lagu ni. Haha !!

 

 

cats

Kemain excited jumpa rebung buluh. Motif ???

 

 

Ahaa… Kalau nak tahu dalam MTH2013 para peserta dan dibahagikan ke kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang setiap satunya. Dan tugasan pertama kami akan kami lakukan di sini !! Yeahhh untuk mengumpul mata bagi merebut gelaran juara dan memenangi wang tunai di akhir kembara kami !

 

 

DSC00164

Taraaa !! Ini tugasan pertama kami ! Kena tetak pelepah sawit dan buahnya menggunakan alat yang telah disediakan. Pelepah dan buah sawit kena jatuh dalam masa 8 kali tetakan sahaja ! Kalau lebih kena penalti markah wooo !! Pakcik di dalam gambar ni tengah demonstrasi bagaimana nak menetak pelepah dan buah sawit dalam dua tiga kali hentakan sahaja !

 

 

DSC00173

Yeahhh ini dia wakil kumpulan 13 iaitu Pakcik Misrom (kami panggil beliau dengan nama manja beliau “pakcik” je) Tengok gaya macam handal je kan kan kan !! Yeahh memang handal pon ! Kurang lima kali hentak pelepah dengan buah sawit dah jatuh bergolek golek ! Yeay !!

 

 

DSC00201

Tugasan kedua kena menoreh getah ! Fuhh biarpun arwah aki aku dulu seorang penoreh getah, tapi seumur hidup aku tak pernah pon ikut arwah jejak kaki ke ladang getah, apatah lagi nak pegang batang penoreh tuh ! Fobia lepas kaki abang aku terkopek kena mata penoreh tu ! Sooo… pakcik jualah yang membereskan tugasan ini untuk kumpulan 13. Yeah !

 

 

DSC00220

Haa tercengang-cengang semua bila kena raut daun kelapa untuk buat penyapu lidi ! Dah lah tempoh masa kian mengejar, ada pulak yang terluka kena pisau lipat !! Aduhhh demi melaksanakan tugasan !

 

 

cats2

Kumpulan juga kena hantar wakil untuk perlumbaan mengukur kelapa. Ni bukan ukur berapa sentimeter ke apa.. ni KUKUR KELAPA. Korang tahu ?? Yelah guna alat orang lama parut kelapa, haaa ni dia (dalam gambar) travel blogger dari Filipina EDGAR dari Eazy Traveler mencuba untuk kukur kelapa ni. Haa looking good yeah !

 

 

DSC00230

Haa ini pulak tugasan memetik buah koko yang dah masak, tapi takleh kutip banyak-banyak or sikit sangat ! Kena kutip dalam jumlah berat yang dah ditetapkan ! Adoiii susah nak agak tahu??? Tapi okay lahh, aku punya result cuma kurang 10 gram dari berat yang diperlukan.. Tapi markah kureng sikit la ;(

 

 

DSC00238

Selesai saja semua tugasan, semua kumpulan pergi ke tapak yang disediakan untuk menanam pokok !! Yeayy.. Anak ibu plis membesar sihat dan kuat. Minum milo banyak banyak okay. Barulah bersemangat juara. LOL. Nanti dah besar ibu boleh menikmati buah-buahan kat sini lagi yek !

 

 

DSC00249

Oh yeah, semua dah lapar LOL. Makanan tengahari ni memang terbaik lah aku cakap ! Lagipun aku memang dah lama tak merasa home-cooked dish. (Rindu mak serta merta T_T ) Lauk kegemaran aku pulak tu !! Ada kari dan ikan goreng ! MEMANG THORBAEKKKK !!!!

 

 

DSC00275

Sambil makan tengahari kami dihiburkan dengan persembahan dari penduduk kampung HOMESTAY BANGHURIS ni haaa… Kalau pelancong luar ni mesti seronok giler tengok persembahan guna alat muzik tradisional ni.. Aku yang penduduk tempatan ni pon kagum !

 

 

DSC00266

Selesai makan, dah kenyang, senang hati maka yang sporting tu pon berlari-larilah naik ke pentas untuk menari mengikut alunan muzik tradisional. Kemain sungguh ye korang.. kemainnn sungguh ! Tergelak-gelak aku tengok gelagat korang atas pentas ni ! Sporting habis !!

 

What a day ! Kami bergerak pula ke destinasi seterusnya.. Tapiiii sambung next entry lah yek ! Aku rasa banyak dah benda yang aku kongsi berkenaan BANGHURIS HOMESTAY, SEPANG ni.. Nak apa apa info mengenai homestay ni, boleh usha LINK ini atau pun LINK yang ini okay??

 

 

 

Terima kasih kepada warga BANGHURIS HOMESTAY !! Terima kasih Tourism Malaysia, terima kasih GAYA TRAVEL !

 

 

 

THANK YOU SO MUCH KERANA SUDI MEMBACA !

Malaysia Tourism Hunt 2013 - PART 1
Malaysia Tourism Hunt 2013 – PART 2
Malaysia Tourism Hunt 2013 – PART 3

 

 

 

 

Nisa Kay


Beli domain dot my dengan harga best dari iChooseMY dan berpeluang menang RM10,000 !!!

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Wah wahh hari ni tak buat entry pasal health and beauty ye.. hari ni nak war warkan benda best kat korang !! Ahaa macam yang korang dah baca kat tajuk, yess aku nak cerita mengenai pembelian domain dot my dengan harga best best pasti best hanya dari iChooseMY ! Hahaa over ke idokk.

 

300x250-guy-BM

 

Haaa terkejut ke idokk tengok gambar bergerak-gerak di atas !! Sebelum aku bercerita lebih lanjut mengenai domain dot my harga best ni, aku nak cerita serba sikit la mengenai domain dot my. Padiaaa la domain dot my ni? CONTOH – Link blog aku yang sekarang ialah www.nisakay.com , then kalau aku beli domain dot my ni, link blog aku akan bertukar ke http://nisakay.my/ Haaa smart ke idok??

 

JELASNYA, dengan domain dot my ni, link blog korang akan menjadi lebih pendek, lebih ringkas, yang yang paling paling penting ialah MUDAH DIINGATI !! Amat penting bagi seorang blogger untuk memiliki link blog yang ringkas dan mudah diingati. Bila senang ingat, ramai la yang akan singgah ke blog.

 

 

pening

Kalau URL blog atau website korang macam ni : hunnybunnyloveylovepinkie.com agak agak ade tak orang nak hempuk korang dengan papan? Ape lah yang suka sangat letak URL panjang lebar lagi payah nak sebut malah jauh sekali nak ingat??? Apa kata beli je domain dot my yang murah dari iChooseMY haa ! Tak payah pening pening !

 

 

instagram 03

Ehem ehemm mai sini rapat rapat, aku nak cerita bahawasanya iChooseMY sedang melancarkan promosi best harga murah murah untuk domain dot my !! Kan bagus kalau semua orang create URL blog menggunakan nama / nickname sendiri ? Contohnya : noradanish.my atau emmamaembong.my (link ini hanya rekaan semata-mata ! Contoh sahaja)

 

 

offer

Selain dari domain dot my, laman iChooseMY juga menawarkan domain dot com dot my dan juga dot org dot my dengan harga yang berbaloi-baloi !! Tapi aku nak tekankan kat sini, domain dot my lah kan, lebih sesuai untuk kegunaan para blogger.

 

 

instagram 02

Ehemmm ade lagi satu berita best best nak bagitahu niii !! Dengan pembelian domain dot my, korang berpeluang menang RM10,000 !!! Wohooo siapa nak bagi free free woi duit banyak cengginiii !!! Haaa!! Hanya beli domain dot my, tulis entry dan hantar penyertaan ! Mana tahu rezeki korang ke kan???

 

 

 

10k

Untuk keterangan yang lebih lanjut lagi cerah, boleh kelaman web iChooseMY . Haaa belum cuba belum tahu kan? Dah cuba mana tahu menang kan ? Tak cuba kang rasa rugi pulak kan, sebab dah mengalah sebelum bertanding haa ! Dah lah harga domain tengah promosi kaw kaw dari iChooseMY ni haa !!

 

 

Apa apa pun, jangan lupa ke laman web iChooseMY  untuk maklumat lanjut mengenai pembelian domain dot my. Kadang-kadang pasal URL blog pun kita anggap benda kecik, tapi aku yakin dengan penggunaan domain, yang ringkas dan mudah sebut, lebih ramai orang akan kenal laman web atau blog kita.. Kalau guna nama sendiri untuk domain juga membantu kita membina nama dalam arena blogging. Nama disebut-sebut gituu!

 

 

LAYARI :

http://www.ichoose.my/index.php

DAN JUGA INI UNTUK MAKLUMAT MENGENAI PERTANDINGAN ;

http://www.ichoose.my/contest.php

 

 

 

 

Nisa Kay

Malaysia Tourism Hunt 2013 (MTH2013) – Part 4

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

 

Bahagian yang lepas aku dah share dengan korang mengenai aktiviti kitorang kat Homestay Banghuris yang terletak di Sepang. Homestay ni best woh.. Tenang je suasana kampung.. Kali ni nak share pulak pasal aktiviti kitorang yang seterusnya..

 

 

DSC00280

Gerak je dari Homestay Banghuris Sepang, kami terus menuju ke Negeri Sembilan dan singgah di Muzium Lukut, Port Dickson. Maaf sangat sangat memang tak sempat nak ambik gambar apa pun dalam muzium ni sebab sibuk treasure hunt, selesaikan kuiz dan berlari lari ambil gambar.

 

Secara ringkasnya, di Muzium Lukut ni korang boleh tengok serba sedikit artifak, tinggalan zaman dahulu dan baca mengenai sejarah daerah Lukut dan Port Dickson. Banyak jugak info yang aku baru tahu mengenai Port Dickson kat sini. So korang pon meh singgah ye !

 

 

DSC00296

Selesai aje tugasan di Muzium Lukut, kami terus ke Muzium Tentera Darat Port Dickson. Yang ni best sebab boleh tengok badan keretapi lama, jet pejuang dan macam macam kat sini..

 

 

 

DSC00304

Kita bergambar duluuu *kchakk! kchakk!*

 

 

DSC00308

Kemain depa ni suke betul berposing beria tau! Ni geng rakan media dari Filipina lah ni. Hahahaa…

 

 

DSC00312

Okay mari semua sapa nak pi ALor Gajah kita naik keretapi ni! *ponn ponnn*

 

 

DSC00315

Haaa ni dia jet pejuang tentera. Fuh fuhh..

 

 

DSC00317

Jeng jengg kita naik jambatan gantung! Nasib baik tak tinggi sangat, so takde lah gayat benor. Hahaa..

 

 

DSC00322

Tak puas hati betol la kamera aku ni tak fokus muka aku. Ehh abaikan je muka aku, tak bermekap pon.

 

 

DSC00323

Aku amik gambar dia, dia takmau amik gambar aku. Sobss.

 

 

DSC00326

Haaa ini rupanya tugasan yang menanti kami di hujung jambatan ! Kena celoreng muka!!!

 

 

DSC00328

Haa celoreng pakcik jangan tak celoreng!!!

 

 

DSC00331

Amboiii nampak ja aku celoreng muka baek punyee, Abang Bad dan Abang Hasraf terus menugaskan aku celorengkan muka depa supaya tetap kelihatan macho dan bergaya. Abang Bad kat belakang tu siap touch up lagi hasil seni aku pada muka beliau. Haha.

 

 

DSC00332

Kami kumpulan SREEETTTTT !!! Hahahaaa abaikan muka aku yang bajet garang tuhh. Wakakakaa..

 

 

DSC00347

Tuan, jom buat SREETTTT bersama kami. Hahaha markah lebih pelis!

 

 

DSC00358

Haaa inilahhh barisan kitaa.. yang ikhlasss berjuanggg!! Takde sorang pon yang terlepas daripada tugasan celoreng ni tau !

 

 

 

Hari tu semua pakat balik hotel dengan muka celoreng! Hahaha! Nasib sangat aku ada bawak makeup remover wipe dalam beg, tapi tinggal dua helia ja, mana cukupp! Tapi boleh lah buat bersihkan cat celoreng! Susah betul nak hilangkan cat sebab dia macam berminyak gila. Makin dibasuh makin lekat! Nasib lah korang siapa yang gigih cuci guna air tuu!

 

Hahaa dah la malam tu kami di bawa ke hotel yang mewah dan grand (paling grand sepanjang 7 hari tourism hunt nih!!) Tapi muka semua comot dengn celoreng. Biasa kalau rombongan sampai dorang bagi tuala sejuk kan.. Haha dorang ni buat lap celoreng tuu!! Hahaa.. Saborr je lah.. Nak tengok hotel apa yang best gila tu boleh tunggu next part !

 

 

 

THANK YOU SO MUCH KERANA SUDI MEMBACA !

Malaysia Tourism Hunt 2013 - PART 1
Malaysia Tourism Hunt 2013 – PART 2
Malaysia Tourism Hunt 2013 – PART 3
Malaysia Tourism Hunt 2013 – Part 4

 

 

 

 

Nisa Kay

Imbasan 2013 (lapuk giler dah topik)

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Haa memang patut korang gelakkan aku or abaikan kejap entry ni sebab memang dah lapuk boleh buang dahh topik yang aku nak ketengahkan ni.. Tapi hado aku kesah? Hahaha memang aku tak kesah ler kan, sebab tu aku masih teruskan menaip sampai ke ayat yang korang baca ni… Jadi jika anda masih membaca apa yang aku taip, TERUSKAN MEMBACA.. Muahahah~

 

 

1

Tahun 2013 aku agak meriah sebab banyak jugak event yang aku dapat jemputan.. dan banyak jugak event yang havoc yang meriah yang gegarrr yang aku pergi. Cewah.. gambar vain nak mamm kat atas ni diambil ketika party ulangtahun Nuffnang yang berlangsung di Key Ell okeh. Haha party people sangatt. Tapi inshaAllah ni kali terakhir aku post gambar aku pakai macam ni kot.. (azam tahun baru ke?)

 

 

 

2

Antara yang melengkapkan tahun 2013 aku.. Aku mungkin takde rezeki nak menyambung pelajaran ke peringkat degree, tapi rakan dari USM (kiri sekali – baju putih) Yasmin tetap keep in touch dengan aku dan masih berkawan. Yang tengah tu pulak Moy omey omey yang dah beberapa tahun kami kenal. Pertemuan yang havoc jugak sebab memasing bising LOL.

 

 

 

3

Tahun 2013 jugak aku banyak pergi event.. dan semestinya selalu jugak jumpa kak Yong kesayangan aku, tak lain tak bukan YANA SAMSUDIN haa ! Sempat lagi tuh bergaya dengan handbag kak Yong ! Hahahaa.. PSSTTT !!! Undi kak Yong dalam ABPBH akan datang ni tau !

 

 

 

4

Antara rakan artis yang baru ku kenal dalam tahun 2013, Aman Nassim. Sedang giat membina nama, membintangi drama-drama di TV dan heyy I watched your actinggg! Hehehe always support you ! Jom like fan page Aman Nassim https://www.facebook.com/AmanNassimOfficial

 

5

Yang ni antara yang paling aku suke laa.. Dapat jumpa Nora Danish, gambar peluk sakan gituh. Bahahahaa… Al-kisahnya semasa pratonton filem LAGENDA BUDAK HOSTEL yang memang kelakar giler tuhh !

 

 

 

6

7

Dua gambar di atas ni memasing antara kenangan paling best sepanjang 2013 aku larr.. Gathering bersama rakan-rakan.. Walaupun kenal di alam maya cuma, tapi semua still keep in touch and once in a while kami gathering makan makan macam ni. SERONOK GILAK. Jom teruskan tradisi di 2014 pulakk !!

 

 

 

8

Ini jugak antara pengalaman yang banyak buat aku belajar benda baru dan improve diri.. Thank you so much pihak Denai Hati yang sudi menjemput Nisa menjadi panel untuk forum Buat Duit Dengan Blog. Terasa rendah diri sangat sebab Nisa masih muda dan sebenarnya banyak lagi benda yang Nisa patut belajar… Tapi alhamdulillah di atas kepercayaan ini, and I will do better next time inshaAllah !!!

 

 

 

9

One of the beautiful moments in Singapore.. Alhamdulillah menjadi hosAmanzTV mengajar aku banyak benda, buat aku buka mata melihat banyak benda di luar kotak, dan bawa aku ke merata tempat. Tenkiu crews, tenkiu boss yang banyak bersabar dengan aku yang banyak songeh nih!

 

 

 

10

First time dapat hadiah dari pembaca blog weyhh ! Hahaha !! Tenkiu Aku Napie di atas lukisan ni! Tengok ni haa. dah siap frame kan dahh hahaha.. Bukan apa, sebab takut rosak kertas tu kalau aku tak frame elo elok..

 

 

 

11

Beautiful people that I met during Hijabista magazine 1st anniversary ! Nice to meet all of you, pretty girlss !

 

 

 

12

Oppa saranghae ! Hahaha kemain kau saranghaeee!! CHOI SIWON tuhh ! Kisahnya ni lah first time aku melihat artis Korea depan mata, dengan jarak yang teramat dekat, kirenye dua tiga jengkal aku dah boleh capai beliau. Tapi malangnya sesiapa pon TAK BOLEH bergambar dengan beliau !!!

 

 

 

16

One of my fav perfomance watched live in 2013 ! It’s the energetic and fabulous DEMI LOVATO !! Thank you penganjur yang bagi media pass ke Twin Towers Live 2013.. Tahun ni dan akan datang nampaknya aku tak join sangat dah kot konsert macam ni.. Tak rela dah bersesak, bergesel laki pompuan…

 

 

 

14

And masa ni masa join THE FACESHOP contest.. Aku tak menang tapi it’s good to be part of it, lagi lagi aku ni satu-satunya perserta Melayu dan bertudung ! Thank youu bagi kita makeup artis yang ceria nii. Hehehee..

 

 

 

Okaylahh tu aje kot antara benda best yang aku nak ulang tayang sempena imbasan 2013 nii (duhh so tipikal laa!!) HAHAHAHA !!! Takpelah basi pon basilah.. tetap nak ulang tayang.. Nak suruh korang cari satu satu entry aku kang larat ke idokk. Hahaha tenkiu for your time ! XOXO.

 

 

 

 

Nisa Kay

DIARI KARAT #1

$
0
0
**Mohon jangan muntah jika anda decide nak teruskan pembacaan. Sebarang effect seperti alahan yang teruk, muntah, meluat, menyampah dan apa apa perasaan yang bakal mengundang caci maki serta umpat keji TAK AKAN DILAYAN SAMA SEKALI.**





SABAN HARI aku tatap wajahnya, melalui laman sosialnya.
Kenapa?
Aku sendiri tak pasti, apa aku cari.


SERINGKALI aku menatap gambar lama kita berdua.
Entah apa yang aku kenangkan, aku tak pasti.


KITA BERDUA cuma kawan kan dulu?
Kawan rapat, kawan baik, yang ada untuk satu sama lain, susah dan senang.
Aku yang letakkan had itu, cuma kawan.


AKU AKUI kau tersangat baik pada aku. Sangat baik.
Layanan mesra kau, pandangan mata kau.
Alang kan orang sekeliling pon dengan mudah menebak.
Yang kau punyai perasaan lebih dari kawan kepadaku.


BUKAN KAU tak pernah mencuba menangi hati aku.
Bukan kau tak pernah bersabar melayan kerenah aku.
Tapi cuma aku yang ego dan berkeras.
Mengingatkan kembali had yang sudah aku ukir.


NAMUN HATI manusia kan.
Setelah berkali aku menolak, kau move on.
Ya, move on.
Aku dengan jalan aku, kau dengan jalan kau.


TAPI AKU pernah jua cuba menebak isi hati kau semula.
Apa jika kau masih berperasaan seperti dulu?
Ternyata aku macam bodoh.
Kini menyaksikan kau sedang berbahagia.


AHHH.. JIKA aku benar hanya anggap kau kawan,
Kenapa mesti aku berasa... Cemburu?


SUDAHLAH.
Mungkin aku cemburu kerana dulu kita teramat rapat.
Ya, amat rapat hingga hampir setiap malam bertemu di Skype,
Dan kau akan menyanyikan ku lagu.







Mungkin aku cuma rindu sahabatku yang dulu. Mungkin...?

DIARI KARAT #2

$
0
0
Aku manusia biasa.

Nak berubah sejauh ini sudah cukup besar dan payah.
Nak buat sebanyak ini sudah cukup buat aku fikir panjang.

Aku manusia biasa.

Perubahan yang aku buat secara BERPERINGKAT.
Siapa yang pernah berada di tempat aku pasti faham.
Yang boleh paksa diri aku, hanyalah diri ku sendiri.

Aku manusia biasa.

Aku taknak buat jika manusia yang suruh.
Aku taknak paksa diri aku jika manusia yang menunjuk.
Aku taknak buat keputusan ni jika manusia yang suruh.

Aku manusia biasa.

Dalam mencari IKHLAS, aku menapak perlahan.
Aku bertatih, biasakan diri sebelum aku ke fasa seterusnya.
Aku bergelut dengan perasaan. 
Apa yang aku nak buktikan sebenarnya?

Aku manusia biasa.

Ketahuilah bahawa apa yang aku buat ini pon sudah cukup besar dan jauh.
Tak perlu kau nak judge aku bahawa aku tidak menutup dengan sempurna.
Aku masih dalam PERINGKAT PERCUBAAN. 
Aku masih dalam peringkat disiplinkan diri.
Aku masih dalam peringkat biasakan diri.

Aku manusia biasa

AKU BUKAN ROBOT. 
JANGAN KAU MENUDING.
JANGAN KAU JANGKA AKU BERUBAH SEKELIP MATA.




.

[FILEM] Kami Histeria

$
0
0

 

Salam sayang..

 

Apa khabar kesayangan semua? Ececehhh kemain nak bersayang-sayang ni dah kenapa kan??? ALHAMDULILLAH masih bernafas rupanya blog ni.. Masih mahu diupdate dengan entry events. Ingatkan nak update pasal jiwanggg.. pasal isi hatiii jee.. Hahaha *tumbuk diri sendiri*

 

Maaf lah mood sejak dua menjak ni sangat ke laut. And kebelakangan ni memang sangat sangat busy dengan FSYN Enterprise. (Yeeayyy perniagaan sudah berdaftar) HAHAHA ! Kemain lambat betol nak daftar. Sekarang makin serious berbisnes.. So blog kudus ku ini terpaksa diabaikan kejap...

 

 

Yezzaaa !! Hari ni daku nak review satu filem ! Aku pon dah lama benor tak review filem kan.. Rindu pulak nak share dengan korang pasal filem melayu... Yezza people.. do support our local film okay !

 

Masa first aku tengok poster filem KAMI HISTERIA ni aku ingat filem pasal bebudak asrama kena histeria ke apa. Pastu aku takleh relate kenapa ade gambar Fazura cantik ya amat kat poster. Dia ni warden asrama ke apa? Hahahaa takleh blah doh imaginasi akuuu !!

 

Sebenarnya... KAMI HISTERIA ni mengisahkan lima sekawan yang turut mempunyai band muzik sendiri berusaha keras untuk menghasilkan karya yang best dan diterima para peminat.. Kehidupan mereka biasa je, tapi semua tu berubah selepas suatu malam ketika mereka merakamkan lagu baru. Yang syiok nye lagu baru mereka ni mendapat sambutan yang hangat gilosss. Tapi lagu yang seterusnya tak pulak begitu. Ternyata kehangatan lagu Muzik oleh band KAMI HISTERIA ni didalangi oleh"backup singer" baekkk punya !

 

 

All 5 girls Celebrating in Van

Haaa tu diaa.. lima sekawan yang excited sungguh menuju rumah sewa baru mereka. Jojo (lakonan Umie Omar), Bad a.k.a. Badariah (lakonan Sara Ali), Laila (lakonan Diana Danielle), Airin a.k.a. Princess (lakonan Mila Jirin) dan Peanut (dilakonkan oleh Nad Zainal) merupakan sahabat sejak beberapa tahun lalu dan berazam nak naikkan nama band mereka.

 

 

Hardworking Pitt, Infatuated Airin, Jealous Jojo

Tuuu diaaa satu-satunya kumbang dalam filem ni. Watak Pit yang dilakonkan oleh Izzue Islam muncul sebagai jiran yang kacak, baik hati dan innocent. Diminati oleh Airin, Laila (mungkin?) dan Bad. Tapi bagi aku watak ni misteri sikit. Mana tah datang, tetiba pergi dan beberapa kemusykilan lain. NAK TAU KENAPA?? Korang pi tengok sendiri la movie Kami Histeria nii ! Hehehee…

 

 

Histeria jamming session

Kalau korang nak tahu, Diana Danielle memang betul-betul menyanyikan lagu-lagu band KAMI HISTERIA ni… and bagi aku lagu-lagu yang dipersembahkan semasa movie berlangsung memang agak catchy, seronok didengar dan sesuai dengan imej band KAMI HISTERIA.

 

 

1509185_712566058776480_455873387_n

cik lang at home-

Tu diaaa FAZURA !! Fazura yang memegang watak Cik Lang, merupakan watak yang membawa “tuah besar” kepada band KAMI HISTERIA ni.. Beliau jugalah backup singer special untuk band Kami Histeria ni dan menjadikan lagu-lagu band ni popular dan disukai ramai. Tapi bila pertolongan yang dihulur diminta balas dengan perkara yang agak sukar ditunaikan, agaknya apa langkah 5 sekawan tadi???

 

 

Adflin and the girls at ABP

Afdlin Shauki antara artis yang membuat kemunculan khas dalam filem KAMI HISTERIA ni.. Apa agaknya yang dirancang oleh band Kami Histeria terhadap Afdlin eh? Kalau nak tahu apa plan nye, dan plan itu berjaya ke tidak, HARUSSSS tonton filem Kami Histeria kat pawagam !

 

 

Histeria deciding what to do next

HMMM… APA AGAKNYA PENDAPAT AKU PASAL FILEM KAMI HISTERIA NI ???
*buat muka macam Diana Danielle dalam gambar*

 

1. BEST BEST BEST !!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sebuah filem yang cukup rencah bagi aku ! Ada kelakarrrr gilaa.. Ada serammm alahaiii !! Ada part muzik yang enjoyy layannn tu diaaa !

 

2. Watak Fazura sebagai langsuir dengan loghat utara memang sempoi mempoii.. tak sangka naa Fazura boleh bawak watak hantu ! Tu dia ! Sukaa !!

 

3. Tak pernah tengok Mila Jirin berlakon, tapi bagi aku she has done a good job ! Sesuai jugak watak ala ala playgirl gedik dan feeling cantik !!

 

4. Umie Omar pon aku tak kenal sangat sebelum ni. Tapi boleh tak aku cakap, selepas Fazura, pelakon feveret aku dalam filem Kami Histeria ni ialah Umie Omar ? Suka gila kot watak dia jadi Jojo drummer cool ! Aku rasa dia sempoi and sangat naturalll !!!!

 

5. Pembukaan filem yang fresh sebab awal-awal lagi penonton dan dihidang dengan adegan kelakar seram para pekerja kedai mamak. Haha ni memang bersungguh la aku gelak !!

 

6. Editing yang comel alahaii ! Suka gila dengan angle dia, caption dia apa sume. Hahah tak reti nak sebut tapi suka lah ! Lawa kott ! Hahaha.

 

7. Semua watak acting baekkk punya, when it comes to facial expression. Lagi-lagi watak Peanut yang hampir tiada dialog. Memang cun !

 

 

Laila singing her heart out

 

So uollss… apa tunggu lagi? Kalau aku nak senaraikan apa yang aku suka memang tak habis menaip ni sampai esok ! Sebab aku suka filem ni dari A to Z kot ! Memang ada hikmah sangat semalam permulaan hari aku tak bape elok.. tapi malamnye, gigih drive sorang ke KLCC untuk filem ni.. so memang terbaik ! Memang aku gelak sakan nohh !

 

 

 

995034_714843988548687_1235229270_n

Anddddd bagi yang dah tengok filem KAMI HISTERIA ni dan meminati lagu-lagu band KH ni, korang boleh muat turun caller ringtone lagu depa okayy ! Just follow instruction kat atas!

 

 

 

994083_688235887876164_78522766_n

 

Okay korangg ! Jumpa kat wayang ehh ! Aku tak sabar nak ajak kawan aku tengok filem ni ! Tengok dua kali pon takpe ! Best kott!!! Heehehhee. korang pon ajak kawan kawan, sedara mara, tokki, tokwan, sepupu sepapat semua nohh ! Mati mati mesti letopppp punya alahh !!

 

 

 

 

LIKE FANPAGE KAMI HISTERIA :
https://www.facebook.com/KamiHisteria

 

FOLLOW TWITTER KAMI HISTERIA :
https://twitter.com/KamiHisteria

 

FOLLOW INSTAGRAM KAMI HISTERIA :
http://instagram.com/kamihisteria

 

 

 

 

xoxo !

Sekitar majlis pratonton filem KAMI HISTERIA bersama bloggers dan peminat

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

 

Woh wohhhh memang ini la baru ada masa nak menaip entry baruu. Sambungan dari review filem KAMI HISTERIA yang aku update beberapa hari lepas. Ini pon aku menaip laju laju tau ! And mintak maaf kepada semua yang mesej aku tanyekan kenapa blog aku down, errr aku ade problem dengan domain renewal. HAHA !!

 

 

So masa majlis pratontonfilem KAMI HISTERIA yang berlangsung di KLCC hari tu, ramai peminat bertuah dan beberapa bloggers yang dapat menonton filem ini sehari awal sebelum tayangan. Haa beruntung giler. Filem pulak memang best !

 

 

 

DSC05058

Antara blogger yang hadir ke majlis pratonton filem KAMI HISTERIA. Dari kiri cik abang super aktif ke hulu ke hilir walaupun sibuk bekerja gituhh Pena Berkala, Shairazi, (baju pink kawan Adam) dan Adam Haiqal.

 

 

 

DSC05061

Yeahhh blogger Yana Yassin pon sempat datang bersama suami terchentaaa.. Errr motif bergambar background Robocop??

 

 

 

DSC05063

More bloggers ! Dari kiri, Ujang perasan hensem, cikIzzati Ghafur kita yang datang dari jauh dan blogger aktifRawlins.

 

 

 

DSC05085

Ini kawan baru jumpa kat majlis tayangan KAMI HISTERIA. Tak tau la ade blog ke tak.. tapi beliau ni ade jual pakej travel. So kalau korang nak gi ke Korea harga inshaAllah berpatutan korang follow instagram akaun @lurima_travel ehh.

 

 

 

DSC05088

Ini pon member dengan encik dari @lurima_travel tu jugakkk. Thanks sudi bergambar !

 

 

 

DSC05137

Hai haii meet kawan baru kite,encik Zainul yang sporting ! Datang sengsorang je walaupun dapat sepasang tiket. Takpee ye Zainul nanti kalau free jom ah join lagi preview filem ! Jom visit his blog !

 

 

 

DSC05114

DSC05113

Amboiii sampai dua gambar dengan Umie Omar ye ! Kalau nak tahu tentang karakter yang dibawa oleh Umie Omar dalam filem KAMI HISTERIA ni, jangan lupa pegi wayang tonton filem KAMI HISTERIA tauu !! Kalau korang baca review aku pasal filem ni, kompem korang dah tau kan watak Jojo yang dilakonkan Umie merupakan watak kegemaran akuuu! Well done Umie ! I’m your big fan noowwwww !!!

 

 

 

DSC05116

Yooo Sara Ali yang membawakan watak lead guitarist Bad (atau nama panjangnya Badariah wakakakaa). Suke gak watak emo beliau. Terkesan kat hati ni, sungguh dia berjaya buat kita geram dengan kedegilan Bad ! Sukeee Sara Ali !

 

 

 

DSC05096

Ini Mila Jirin yang bawa watak manja plus gedik, princess Airin. Haaa lakonan yang baik ! Rasanya ini filem pertama beliau kan? Ekspresi wajah pon baik. Dan turut menyanyi lagu lagu band Kami Histeria disamping Diana Danielle (watak Laila) dan Sara Ali (watak Bad).

 

 

 

DSC05089

Nasibbb sempat bergambar dengan DIANA DANIELLE !!! Hot mama yang super lawa jyeahhh !!! Membawakan watak vokalis untuk band Kami Histeria dan turut bermain gitar. Haa nak tengok cool tak cool nye watak Laila ni jom la jom laa tengok KAMU HISTERIA kat wayanggg !!!

 

 

 

DSC05082

Eh eh abang Fadzil Zahari pon ada naaa.. Rupanya dok escort kakak ipaqqq. Hehehe nice to meet you again ! Lama naa tak jumpa bang Fadzil ni !

 

 

 

DSC05119

Yeahh Loque dari kumpulan Monoloque pon ada meyh ! Beliau ade muncul sikit dalam filem. Haa korang tengok tau movie nii ! Penat aku berkempen tauu !

 

 

 

DSC05123

Amboiii bercahaya gituhhh. Ini dia Shamyl pengarah filem KAMI HISTERIA. Cewahh dua thumbs up tanda aku berpuas hati dengan filem ni ! Tahniah tahniahh ! Best filem ni, memang gelak je dari awal sampai habis. Part seram lak aku sampai terjerit. Haa buat malu je. HAHAHA !!!

 

 

 

DSC05127

Daya penarik yang tidak disangkal lagiii. FAZURA in da housee bebeh !! Tengok kat belakang beliau tu, fanclub beliau yang turut menyertai majlis pratonton filem KAMI HISTERIA hari tu. Semua support habis dan sporting !

 

 

 

DSC05142

Dah la lamaa tak jumpa ! Fazura masih kenal aku. Iskk terharu nihh ! Hahah menitik gak air mata ni kang ! Haaa super lawa laaa Fazura ni. Naik segan aku bergambar dengan beliauuu !!!

 

 

 

DSC05141

Huiyooo muke seksi ! Kalau aku buat muka camtu, tak seksi la jadinye. Haaahaaa! Fazura cantikkkk sangat in and out ! Love you to the Mars (jauh sikit) and back ! Haha selalu orang cakap to the moon and back kan :P

 

 

 

Apa-apa pun terima kasih kepada yang invite. Filem sangat best. Memang berbaloi la aku drive sorang ke KLCC, balik pon sorang dan tengah tengah malam. Haa gituh. Korang yang belum tengok filem ni, mohon tengok ye. WAJIBBB TENGOK YE ! Sokonglah produk original (tengok kat wayang atau beli DVD / VCD original) sebab sokongan kita ni lah yang akan terus menghidupkan industri hiburan tanah air. Cewah ucapan !

 

 

 

 

LIKE FANPAGE KAMI HISTERIA :
https://www.facebook.com/KamiHisteria

FOLLOW TWITTER KAMI HISTERIA :
https://twitter.com/KamiHisteria

FOLLOW INSTAGRAM KAMI HISTERIA :
http://instagram.com/kamihisteria

 

 

 

 

XOXO


Al-kisah buat vlog

$
0
0

 

ASSALAMUALAIKUM..

 

Wahh berhabuk dahhh blog ku ini ! Puhhhh puhhhh *tiup habuk* muehehee.. sebenarnya kehidupan aku semakin busy dan busy dan busy sebab perniagaan FSYN Enterprise aku semakin berkembang (syukur pada Allah Alhamdulillah) dan stok pulak makin banyak kat rumah.. tu belum masuk tugas aku bersama AMANZ. Sebenarnya aku baru balik dari Barcelona, Sepanyol dengan team AMANZ. Alhamdulillah rezeki lagi.. tu nanti nanti lah aku cerita eh..

 

 

Al-kisahnya sekarang ni aku nak share dengan korang antara vlog yang aku sempat rakam.. dalam pada busy busy yang teramat sangat sangat nih, aku sempat curik masa pergi event dan rakam video yang kemudiannya aku jadikan vlog aku, yelah channel Youtube aku pon sendu sendu je haa. Sunyi je sebab dah lama tak ber-video.

 

 

So al-kisahnya aku ade dua vlog yang terbaru nak share dengan korangg. Ade dua event yang aku pergi.. dan sempat lah jugak rakam video.. So sementara aku takde entry nak tulis ni, aku share video je lah ye. SELAMAT MENONTON !

 

 

 

EVENT – MAJLIS MAKAN MALAM CNY BERSAMA MIG

 

 

 

 

VLOG – SEKITAR MAJLIS PRATONTON FILEM KAMI HISTERIA

 

 

 

Soooo tu je nak tunjuk kat korang ! Hahahaa aku sebenarnya makin jatuh cinta dalam membuat video ni ! I’ve been thinking about buying proper equipments for video recording. Aku ade terfikir gak nak guna balik DSLR, since kamera Sony NEX-3N aku takde dock for microphone :( And kalau ada DSLR aku boleh beli (or pinjam) set microphone untuk audio yang lebih jelas. Yelah kan, kalau pergi event kompem bising kawasan sekeliling !

 

Tapi tu lahhh.. semuanya melibatkan KOS yang agak tinggi jugak. Nak beli set microphone and kamera baru bukan murahh.. Tapi aku suka buat video ! Sobss sobbsss dillema betul ! Tapi takpelah, buat masa ni aku tumpukan apa yang aku PERLU dulu. Keinginan tolak tepi dulu. InshaAllah kalau rajin usaha, kalau ade rezeki aku akan dapat jugak apa aku nak kan?

 

 

THANKS FOR READING !

BERHENTI BLOGGING ?

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

 

Ke hadapan blog kudus, dan pembaca blog aku. Thanks for being here reading my blog selama ni. (Ni apehal ayat rojak nih?!!) Berhenti blogging? Ye aku pernah terfikir. Sebab aku dah tak happy blogging macam dulu. Ye pembacaku, TAK HAPPY.

 

 

Blog ni dah lama sangat terbiar. Advert pun aku abaikan. Call dari agensi aku elak. Sebab aku dah nekad aku takkan buat. Taknak buat. Aku dah semakin hilang passion blogging aku. Tapi nekad kah aku berhenti blogging? Berhenti terus dan tak libatkan diri dari dunia blogging dah?

 

 

Hmm.. jawapannya hampir kepada TAK MUNGKIN tapi Allah je tahu apa ada dalam hati ni. Ada beberapa perkara aku hadapi dan berlaku sepanjang tempoh aku berdiam diri atau menjauhkan diri dari update blog. Ada perkara yang terjadi, membuatkan aku membatalkan sesuatu yang patut aku jalankan. Tanpa boleh aku explain kenapa. Orang duk caci maki aku, kata aku penipu bagai, AKU TELAN JA ! Nak buat apa, orang tak rasa apa kita rasa. Takpelah…

 

 

Mungkin ramai yang ingat aku nak stop blogging sebab aku busy meniaga.. But hey dari dulu aku memang buat meniaga online kot. Syukur Allah bagi aku rezeki dan perniagaan online aku makin berkembang dan permintaan bertambah. Syukur. Tapi even before meniaga aku berkembang pon aku dah mula hilang arah dalam dunia blogging ni..

 

 

Well, blog aku ni acah-acah lifestyle blog, tapi passion sebenar aku more to female content and entertainment. Sebab tu aku ni dulu rajin pergi event. Kalau dapat event berkaitan dengan produk kecantikan / kesihatan lagi best, lagi syiok nak update blog and share dengan korang. Bukanlah aku memilih.. tapi mungkin takdak rezeki ke apa, aku dah tak dapat event macam tu dah..

 

 

And bila takde event, takdelah entry blog ye dak? Takde entry, maka takde trafik, takde trafik maka takdelah advert. Client mana nak blog yang trafik jatuh ye dak? Plus aku ni masa tu takde lesen dan kenderaan so sangat susah nak ke sana sini, lagi lagi kalau event waktu malam. Terpaksa la tebal muka tumpang orang en?

 

 

So bila aktiviti berkaitan blog pon dah berkurang dengan drastik, maka aku pun decide untuk spend masa aku untuk fokus bebetul bisnes FSYN aku, at least mendatangkan hasil ye kan ? Pendek kata, ade lah bendanya yang buat aku HILANG KEPERCAYAAN dan HARAPAN yang aku gantung tinggi. Alih-alih kena la telan cakap cakap orang sebelum ni.

 

Bak kata seorang sahabat yang saya dah anggap macam kakak saya sendiri (since saya takde kakak dan susah nak jumpa sahabat yang faham hidup orang susah macam saya *eh hoi sebak lak aku menaip nih* ) , kakak ni pernah kata dia takkan stay dalam situasi atau keadaan yang boleh buat dia ke belakang, yelah hidup mesti maju ke depan kan..

 

 

Bukan nak kata blog ni buat langkah aku makin ke belakang ke apa, tapi since no progress aku decide nak move on. Bukan aku tak berusaha woi. Aku berusaha jugak. Tapi usaha aku pon kena ikut perjanjian yang telah terpatri. Ahh kalau korang tak faham takpelah. Dah baca sampai ke ayat ni pon aku dah cukup bersyukur.

 

 

So kesimpulannya aku nak STOP BLOGGING kah? Aku sendiri tak pasti. Tetibe kalau aku aktif balik ke, ade rezeki ke, jangan pulak korang caci aku ni lalang ke apa eh ? HAHAHHAA. Apa-apa pun aku rasa nak lebih komited terhadap kerja yang lebih MENJAMIN MASA DEPAN gituh. Blog ni aku sayang gila. Kalau takde blog ni, takde readers yang setia macam korang, siapalah NISA KAY ye dak?

 

 

 

 

 

Sayang semua pembaca baik, muahhx !

Alkisah Nisa Kay dan kucing

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Wah wahh macam lama je tak bercerita mengenai haiwan kesayangan kat blog ni ? Haha lama tak bercerita sebab aku mana ada bela kucing pon.. Tapi sebab kan hidup aku ni pagi petang siang malam duk mengadap stok baju je kan, maka aku telah bulatkan tekad untuk mencari seorang teman hidup. HAHA.

 

Takdelah gitu.. tapi memang aku nakkan teman kat rumah. Buat lepas stress, yang comel yang boleh gomol gomol. Baby? Erkkk nak baby kena kawin. Aku ni calon pon takdak. HAHAHA hangpa jangan buat kelakar eh. Sooo setelah beberapa bulan aku memikirkan nak beli anak kucing parsi, maka aku pon usha laa groups pencinta kucing kat facebook.

 

_DSC1653

 

Aku usha habis habis kat group kat facebook ni haa [ KUCING PARSI DAN BAKA DLH: PORTAL JUAL BELI ] .. Setelah contact beberapa seller anak kucing, maka aku decide nak beli yang ini sebab senang nak amik, kat Bangi. So alang-alang aku pi restock slot FSYN kat butik Sincerely By Us, aku terus boleh pegi pick up kucing ni..

 

 

_DSC1657

Pelajaran pertama ye sayang, SELFIE SELFIE SELFIE !!! Hahaha Amboih kemain lagi belom sempat serasi aku dah ngajor dia mengenal kamera, henpon dan of coss aktiviti selfie ! Sorry sayang, mama loves selfie so much. Haha.

 

Masa aku beli kucing ni kan, tuan dia konpiden ar kabo bahawasanya kucing ni jantina dia betina. Plus aku memang cari kucing betina pon sebab mi amor aku bela kucing jantan. So kengkonon nak mating kan depa nanti bila dah besar sikit. Alih-alih masa pergi veterinar, doc tu kabo ke aku bahawa kucing aku ni sebenarnya JANTAN !! Aduhaii patut la masa aku bagitau doc tu nama kucing aku JULIE dia pandang sinis je kat aku HAHA.

 

 

_DSC1678

Adik aku pon sibuk mengambik gambor kucing baru aku ni haa.. By the way, Julie tu nama adik aku bagi. So memandangkan kucing aku sebenarnya jantan, maka bebudak rumah aku bagi nama dia Ash ! Her her nampak macam serasi sikit la, sebab sekarang Ash dah pandai datang bila orang panggil. Muahaha..

 

 

_DSC1696

Adik aku cuba pasang tali tu kat badan Ash, so kitorang boleh lepaskan dia jalan-jalan. Tapi malangnya usaha ternyata sia-sia sebab badan dia terlampau kecik untuk tali tu. So asyik terlorot je, takleh nak fit kat badan dia..

 

 

_DSC1786

Masa dia kecik dia terlampau comel sebab kaki dia pendek. So bila dia berlari-lari nampak cute nak arwah sebab bontot dia ikut sama terangkat-angkat.

 

 

_DSC1894

Masa lepas amik Ash ni, aku terus ke Taman Botani Putrajaya sebab nak shoot tudung dengan kawan aku, so kejap kejap aku amik la Ash ni buat bermanja, bergambar sepam dua. Her her…

 

 

_DSC2019

_DSC1712

Monyok je Ash ni. Yelah baru ambik dia kan. Mesti dia macam stress sikit nak adapt dengan persekitaran baru, tuan baru. And aku beli dia ni, aku siap mintak murah sebab kucing ni tak dijaga dengan baik.

 

Tengoklah dalam gambar mata dia penuh taik mata, tu belom tengok telinga dia mak aihh kotoqqq. Dan kucing ni macam sakit-sakit. Lepas dua tiga hari aku bela Ash ni, aku terus bawak jumpa veterinar la. Tak sampai hati la dia sungguh tak sihat, dengan fungus lagi. I’m wondering, tuan lama dia memang dah taknak sangat ke kucing ni sampai tak jaga elok elok? COMEL KOT !!

 

 

_DSC1856

_DSC2033

 

Ohohoooo comey angat angattt.. Masa aku nak pi Barcelona hari tu kemain dia sakit sampai dua tiga jenis ubat jugak laa veterinar tu bagi. Alhamdulillah takdelah mahal sangat tak sampai 50 hengget pon.. P/S : Masa tu housemate aku yang hantar gi veterinar kat Setia Alam, sebab aku kat airport nak berlepas ke Barcelona.

 

Alhamdulillah sekarang ni kucing aku ni memang dah sihat dan dah demokk.. Makin besar dan makin berat lak beliau ni. Makanya sekarang aku nak kena beli sangkar kucing. Haa nanti aku suggestkan petshop yang biasa aku pergi nak beli barangan dia ni.

 

 

 

 

 

XOXO

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

$
0
0

 

 

TAK SANGKA.. ENTRY PASAL AKU NAK BERHENTI BLOGGING TELAH DISALAHERTIKAN DAN TELAH DITUDUH SEBAGAI MENCIPTA KONTROVERSI ATAU GIMIK.

 

 

 

YOU HAVE NO IDEA OF WHAT I’M GOING THROUGH. (AND I DON’T EXPECT YOU TO UNDERSTAND PON) BIARLAH ORANG NAK KATA APA YE DAK ? PEDULI PULAK AKU.

 

 

 

AND MILLION THANKS TO THOSE YANG KOMEN BAGI SEMANGAT. WELL.. AKU MASIH SAYANGKAN BLOGGING. NAMA AKU NAIK DARI BLOG NI. WELL.. AKU AKAN TRY BLOGGING BEBILA FREE OR BILA ADA SOMETHING NAK SHARE.

 

 

 

P/S : AKU DAH INFORM BANYAK KAT KAT TWITTER AKU, BAHAWASANYA GIVEAWAY HARI TU BATAL.

 

 

 

P/S/S : AND KALAU ADE YANG RASA AKU NAK BERHENTI BLOGGING SEBAB PUTUS CINTA BOLEH JAUHKAN DIRI DARI BLOG AKU CEPAT CEPAT SEBAB MAMAT TAKDE PEKDAH TU SIKIT TAKDE KENA MENGENA DENGAN BLOG AKU.

 

 

KBAI.

My Worktrip to BARCELONA – PART 1

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

 

Bila aku sebut kerja ke Barcelona, mesti ramai yang tertanya-tanya aku ni kerja apa? Jadi travel agent kah? Ada event kah. Ermm pasal event tu yes, but pasal travel agent tu, NO. Aku kerja sebagai pengacara untuk AMANZ. So if you go the their youtube channel, you can can see some of the videos hosted by me.

 

 

Sebagai pengacara di AMANZ, aku bertanggungjawab mengacarakan video mingguan yang mana mengkonklusikan perkembangan duni teknologi sepanjang minggu tersebut. Haa kalau susah sangat nak paham silalah tengok video ni :  https://www.youtube.com/watch?v=l_d2iZgKYAI

 

 

Okay okay panjang pulak mukadimah aku. Well, berbalik kepada kisah aku ke Barcelona tu tadi… aku ke sana sebab nak cover event MOBILE WORLD CONGRESS 2014. Haa event MWC ni memang worldwide punye event, and diadakan di Barcelona setiap tahun. Last year bos pergi sorang. Tahun ni kami travel bertiga.

 

DSC05362

Ini gambar aku semasa di airport ABU DHABI. Oh ye kami transit kat sini selama 9 jam hoii tapi disebabkan kami sampai hampir jam 12am maka sia-sia sahajalah.. kena duduk dalam airport sahajaaa.. kat luar pulak cuaca sejuk kemahennn..

 

Sebenarnya inilah pertama kali aku pergi jauh dari Malaysia. Paling jauh aku pernah pergi pon Singapura.. dan… ermm.. Sarawak. Kikikikii.. maklumlah belum ada rezeki lagi. Sebenarnya ada plan nak ke Bangkok pada minggu yang sama.. tapi bila dah dapat ke Barcelona of course aku pilh BARCELONA woii !! Hahahaa…

 

 

DSC05360

Maka masa dihabiskan dengan mundar-mandir (sebab sejuk sangat).. keluar masuk toilet.. duduk termenung.. baca buku.. lepas tu mundar-mandir balik.. dan begitulah jugak seterusnya.. Daripada airport tu sesak sangat sangat dengan manusia.. sampailah airport tu lengang senyap sunyi bunyi krik krik krikk je.

 

 

Okay sepatutnya dari KLIA ke ABU DHABI.. then dari ABU DHABI, transit kami yang seterusnya sepatutnya di Milan. Sepatutnya lah.. Tapi by 6 or 7am gituh kami discovered bahawasanya flight ke Milan akan delay selama lebih kurang 6 jam gituhh ! Ah sudah guaner ni? Kang dari Milan nak ke Barcelona tu kompem la kami akan terlepas flight!! Ohh nightmare.

 

 

Maka kami berlari-lari comel ke kaunter Flight Transfer untuk memastikan apakah langkah seterusnya yang perlu kami ambil. Haahaa ayat macam hape. Setelah gitu gini gitu gini.. kenyit mata sikit kat mat arab sana.. maka kami dimaklumkan penerbangan ke Milan telah dibatalkan dan penerbangan baru akan menuju Amsterdam. Memandangkan sepanjang waktu transit tu kami takde bertukar airport ke apa, maka luggage kami semua amik kat Barcelona terus.

 

 

DSC05369

Okay dalam kul 8 lebih macam tu kot kami board the flight. Airport kat Abu Dhabi ni besar dan luaskan kuasamu eh!! Luas kawasannya haha. Nak ke kapal terbang ni, kami kena naik bas. Tapi jangan nak sembarangan bas kang lepas ke kapal terbang lain lak kang.

 

Sorry ler tak banyak gambar pun sepanjang perjalanan banyak berehat. Muka pon sememeh je.. Well.. ni first time fly ke negara 4 musim.. first time naik flight kena transit bagai. First time naik penerbangan lebih 2 jam. Semuanya FIRST TIME lah bagi aku.. sebab tu excited semacam je nak tulis kat blog. (Bukan kononnya aku nak stop blogging ke?)

 

 

DSC05371

Ferrari World di Abu Dhabi. Mampu tengok dari atas sajo..

 

 

DSC05386

ALLAHUAKBAR cantik sungguh… yang bintik bintik kat tingkat tu kepingan salji… Masa ni suhu kat luar kapal terbang ialah negatif kott..

 

 

 

 

WELL, aku takde apa sangat nak cerita sebab yang bahagian pertama ni banyak pasal perjalanan nak ke Barcelona tu je.. Transit dua kali yang berjam-jam lamanya tu yang buat perjalanan kami lama gila… tapi syukur selamat sampai, takde sukar sangat.. Apa-apa pun jemput tonton vlog tangkap muat aku ye..

 

 

 

 

 

 

 

THANKS FOR READING AND WATCHING !

My Worktrip to BARCELONA – PART 2

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Hmm… macam malas giler je nak update blog. Haih. Passion in blogging dah lari jauh-jauh sebenarnya. Aku lagi fokus dalam hidup sekarang. Fokus kerja, fokus cari duit. Entry ni pon dah berjuta kali rasanya dok draft tak publish haha..

 

Takpelah.. alang-alang dah update yang kisah part 1 kan, so update la jugak part 2. Kang tergantung kisahkan kena maki dengan readers lagi ye dak? Ehh!!!

 

DSC05396

Ermmm hari tu kisahnya sampai mana ya? Oh ok dah ingat dah sekarang.. Saja nak tunjuk teksi yang super selesa kat Barcelona. Kereta hibrid okay. TEKSI tau. Kenderaan awam. Hohoo. Boleh tidor nih dalam ni. Selesa sangat sangat HAHA.

 

 

DSC05401

Okay al-kisahnya kami menyewa kat apartment murah saja, kira macam homestay lah, duduk sekali dengan tuan rumah. Masa boss nak book ini tempat, dia dah usha-usha dah. Katanya apartment ni dekat je dengan keretapi. Tapi entah celah mana subwaynye pon kami tak nampak. Sudah nye masing-masing gigih membelek peta kat bus stop. Hua huaa..

 

 

DSC05404

Nak dipendekkan cerita, kami jumpa jugak stesen subway atas bantuan seorang warga tempatan. Rata-rata penduduk Barcelona memang tak pandai berbahasa orang putih, tapi walaupun begitu pakcik Barcelona tersebut dengan gigih menjelaskan kepada kami dengan isyarat tangan dan body language. Win, pakcik Barca, WIN !

 

 

DSC05411

Kami naik subway menuju ke Fira Barcelona, tempat berlangsungnya acara Mobile World Congress 2014. Bangunan-bangunan ni ada hotel, residensi, pejabat dan lain-lain. Kawasan sekitar Barcelona pulak memang bersih yang teramat la kan.

 

 

DSC05413

Kemhor barang sebijik dua yaaa.. Hohoo.. Kirenya masa kami pergi kat sini ni hari Ahad la, sebab nak collect pass media. Sebab kalau takde pass media tu takleh masuk diknon. Sebab event ni tidak dibuka kepada public. Kalau ada yang nak masuk tengok kena beli tiket yang harga sangat mahal ! Cecah ribuan euro kot!!

 

 

DSC05414

Suasana di sekitar kaunter tuntutan pass media. Ramai gilos manusia. Nasib baik pengurusan sangat efisien dan kaunter yang dibuka pun banyak. Takde banyak hal remeh temeh pon, selepas pengesahan, kejap je dah dapat pass media.

 

 

DSC05423

Yaa ini dia. Wajibbb di pakai sepanjang berada di kawasan event berlangsung. Sebab kalau nak masuk ke mana-mana kawasan dia akan scan kat ID yang tertulis nama tuh. Fuhh strict betol dorang Tapi alhamdulillah sikit pun tak menyusahkan kami.

 

Yang kad T-GSMA tu pulak kad kenderaan awam iaitu keretapi dan subway. So sesiapa yang gunakan subway atau keretapi untuk ke Fira Barcelona boleh guna kad ni yang valid selama 4 hari. Tapi hanya tertakluk kepada perjalanan di dalam zon 1 sahaja.

 

 

DSC05599

Hooo… Jangan risau sebab kafe ni SATU-SATUNYA KAFE YANG ADA LOGO HALAL. Kat instagram ade yang tanya “ada pengesahan JAKIM ke?” Sungguh aku rasa nak ketuk kepala dia laju-laju sambil berkata “Haa memang JAKIM keje dia mengkaji makanan kat Barcelona sekali!!!” Biasa kat luar negara, dia akan ada persatuan atau pertubuhan muslim kat sana yang buat pengesahan halal ni kan? Ok dah lah enough with this issue.

 

 

 

DSC05421

Okay lepas je amik ID card apa semua tu, kitorang decide nak jalan-jalan sekitar Catalunya memandangkan kerja belum bermula, dan kami ada masa sepanjang petang tu.

 

 

DSC05417

DSC05416

Barisan kedai pon lawa gila. Bangunan ni klasik dan cantik sungguh !! Memang naik mood klasik dia dengan rekabentuk bangunan, cuaca yang kering dan sejuk, dan pokok yang hanya tinggal ranting. Feeling Harry Potter sangat uollss. LOL.

 

 

DSC05419

Nampak tak bangunan SAMSUNG di situuu. Her her her.. Bila kat negara orang ni kan, segala-galanya unik, berbeza dan lawa kat mata kita. Tengok jalan raya pon rasa nak amik gambar. Nampak basikal pon rasa nak amik gambar LULZ.

 

 

DSC05448

Ini pulak kat depan convention center kat Barcelona. Masa ni ada event launching Galaxy S5. Sejuk gila woii. Dah tu, kami kena beratur kat luar lebih setengah jam kot!! Sedeyh! Dah dapat masuk pun kena berhimpit kat depan pintu dewan sebelum berasak masuk ! Dah macam berebut mega sale je gamaknyer !

 

 

DSC05600

Oh my myyy it’s VLAD SAVOV from The Verge !! Siapa tech-geek mesti tau The Verge ni one of tech web yang popular kan kan kan. Nampak je muka takde perasaan dia ni, tapi bila diajak bergambar dia sporting gila. Padahal aku ajak dia bergambar dia thru tweet saje haha. Beliau duduk depan aku masa dalam Media Village.

 

 

DSC05601

Boss boss AMANZ. Aman Firdaus dan Ikhwan Nazri (Tekong).

 

 

cats

Sempat jalan-jalan di kawasan Sagrada Familia. Nasib baik tiket percuma tadi boleh digunakan sehingga ke sini ! Hahaha kalau nak tahu, tiket free tu jugaklah kami buat naik tren ke airport haha. Jimat woo jimatt..

 

 

DSC05626

Ehemmm ni bilik tidur aku sepanjang berada di Barcelona. Dah kata tadi kan kami menyewa bilik kat apartment satu family ni. Cukup ringkas. Tapi alhamdulillah cukup untuk buat kami lepaskan penat lelah bekerja. Gituhh. Dapur gas apa semua pun kami bebas gunakan. Baik sungguh tuan rumah.

 

 

DSC05627

Taraa ni dia famili yang kami tinggal dengan dorangg. Yang mak nye nama Erika, anaknya David dan suaminya Olvin. Sangat baik. Sangat berusaha berkomunikasi walaupun dorang tak tahu bahasa Inggeris. Bila aku guna translator nak berkomunikasi dengan dorang, happy giler dorang HAHA !!

 

 

DSC05664

Okay lah.. masa untuk pulang ke Malaysia ! Sepanjang perjalanan ni, kami ada transit di Paris selama 4 jam. Tapi memang tak ke mana pun sebab kena tukar airport, so kami naik bas ke airport Charles de Gaulle dari Orly. Perjalanan memakan masa hampir sejam sebab jalan jammed ada kemalangan melibatkan motor. So sampai airport je, kami check in dan terus masuk ke gate.

 

Apa-apa pun pengalaman di BARCELONA adalah antara pengalaman yang teramat berharga dalam hidup aku.. Kalau aku tulis entry ni bukan sebab readers pun, aku tulis sebab aku nak kan kenangan ni kekal kat sini. Kat blog yang menyaksikan suka duka hidup aku selama ni. Well, I can say that apa yang korang baca dari blog aku mungkin cuma 5% je dari kehidupan sebenar aku.

 

 

 

Okay perjalanan aku di sana sempat dirakam. So this is the second part of my work trip ke Barcelona. Terima kasih ALLAH.. Terima kasih mak abah.. terima kasih bos-bos. Semua yang menyokong ! Now I love my job more and more. And I will certainly stay !

 

 

 

 

XOXO

Gila Buku – PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014

$
0
0

 

Assalamualaikum…

 

Yeazzaaa!! Pesta buku merupakan antara event yang aku sangat sangat sangat sangat nantikan ! Hahaha bagi yang tak tahu, aku ni seorang yang bukan setakat ulat buku, tapi GILA BUKU !! Hahahaa

 

Bahan bacaan aku tak terhad kepada buku novel tangkap leleh semata-mata, tapi aku sukakan idea idea baru, idea idea yang dikategorikan sebagai indie, mind-blown punya type. Haaa ada paham ka? Kalau tak faham sila lah usha buku-buku terbitan BUKU FIXI okeh??

 

 

fixi

Okay lari topik kejap, ni aku nak tunjuk website BUKU FIXI pada yang masih berjinak-jinak nak baca buku terbitan mereka (macam aku lah). Aku pun baru je nak mengumpul buku-buku dorang. Semua best ! Setakat ni semua lah best.. aku ingat lagi BUKU FIXI pertama yang aku baca tajuk dia HILANG. Aku ni sukakan kisah penyiasatan, misteri gituh. Tapi sekarang buku tu pon dah hilang.. maybe ade kat kawan, maybe ade kat kampung.. aku pun tak tahu.

 

 

Apa-apa pun membaca bagi aku ketenangan dan kepuasan. Aku ni memang suka membaca dari kecik lagi, minat yang terpupuk sendiri lah kot, since takde siapa yang encourage aku pun dulu. Sejak sekolah rendah lagi aku suka pergi library, bau buku lama yang klasik dan damai. Pelik dowh aku rasa HAHA. Waktu rehat aku tak melekat dengan “geng” atau “puak” , aku just lepak baca buku kat library.

 

Masuk sekolah menengah aku jadi librarian, so memang mostttt of my time well spent kat library HAHA. Aku lebih suka macam tu. Aku berkawan dengan semua orang sama rata, so takde geng , takde puak, masa rehat aku tak cling to anyone or any group, just spend masa kat library.

 

 

DSC05360

And this pic was taken when I was at Abu Dhabi airport, transit selama beberapa jam. Aku ni ade perangai suka bawak buku bila travel. Aku akan letak dalam beg galas. Takpun bawak jugak lah campak dalam luggage. Aku memang akan bawak. MEMANG.

 

Aku baca banyak jenis buku. Ada yang buku puisi-puisi je, ada yang fiksyen, novel melayu, novel bahasa inggeris. Semua lahh.. Tapi err buku-buku fakta aku kureng la sikit HAHAHA.. Masa kekecik dulu sukalah kot buku yang berkaitan dengan fakta dan sains. Aku duk baca buku eksperimen ringkas, balik rumah try buat sendiri LOL.

 

 

pesta 2

Sooooo sebagai seorang yang gila buku, aku kompem kompem akan pergi this pesta buku. Ehhh korang jangan salah faham lak, aku takde dibayar sesen pun untuk promote event ni.. Just nak share dengan korang..

 

Walaupun kat rumah aku masih banyak buku yang belum aku baca, tapi aku akan sentiasa tambah stok buku aku untuk pastikan aku sentiasa ada buku yang hendak dibaca bila aku free, bila aku takleh tido dan bila-bila yang sewaktu dengannya.

 

Last time aku ke Bookerville by MPH kat Putrajaya, habis beberapa ratus jugak, buku sahaja okay.. and I don’t regret it even a bit. Sooo masa untuk tambahkan lagi buku-buku di rumah ! Muehehee… Jom lah korang !

 

 

XOXO


[REVIEW FILEM] SNIPER – Bunuh atau dibunuh ?

$
0
0

 

Assalamualaikum..

 

Amboi amboi kemain ganaihnyaaa tajuk haih. Hahaha jangan risau, entry ini tak ganas, cuma nak review filem yang agak ganaihh. Gituh. Haha kalau ganaih tapi ada mamat hensem mau tengok dak? Hahah WAJIB TENGOK OKEH !! Hahaha over betul aku ni. Okay okay sekarang nak share dengan korang filem melayu terbaru yang tengah hangat di pawagam !

 

 

sniper 1

Pic credit to MiG Online facebook page

Wah wah wah kemain tau poster ! Memberi impak aksi yang sarat dalam filem ni ! Haa sebelum aku mulakan mukadimah, aku nak tanya, apa korang akan buat kalau korang ditangkap oleh seorang yang psiko dan misteri, lepas tu dia ajak kau main siapa bunuh siapa dulu? Hoihhh seramm okeh. (Bukan seram macam tengok citer hantu tuh).

 

 

sniper 2

Pic credit to MiG Online facebook page

 

Alkisahnya Rafi (lakonan Fadlan Hazim) yang menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa, sibuk dengan urusan seharian dan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tak lama lagi. Tapi pada suatu hari beliau telah dipukul sehingga pengsan, apabila terjaga, beliau berada di tempat asing namun dibekalkan dengan telefon bimbit dan selaras sniper.

 

Beliau bertemu dengan Ahmad, dan seorang lagi “pemain” dalam permainan gila yang dirancang oleh seseorang yang misteri dan tidak diketahui identitinya. Mereka yang diculik diarahkan untuk membunuh sesama mereka jika mereka ingin selamat. Rafi juga diugut untuk diapa-apakan tunangnya, Harlina (lakonan Nina Iskandar) jika tidak menjalankan “misi bunuh” tersebut.

 

 

Namun pada saat saat akhir, Harlina diculik dan kebenaran terbongkar. Siapa sebenarnya Ahmad dan Jo ? Berjayakah Rafi menyelamatkan tunangnya ? Haaa jeng jeng jengg.. ada sesiapa yang akan mati ke? Wuuu tu semua korang kena tengok sendiri okayh !

 

Hayati sikit babak-babak tembak menembak, full with action betul ! Sebab ketiga-tiga “pemain” dalam misi gila ni ada latar belakang berkaitan menembak jugak. Haa gituh.. And for me, aku suka lakonan Mikael Andre. Hew hew. Pablo Amirul kontrol macho je.. mati-mati aku ingat dialah yang… tutttt ! Korang kena tengok filem ni okay! Haha!!

 

sniper 3

Pic credit to MiG Online facebook page

Barisan pelakon filem SNIPER.

 

 

sniper 1

Big Boss DAVID TEO bersama pelakon Nina Iskandar dan Pablo Amirul.

 

 

sniper 2

Bakat baru MiG Talents : Iskandar.

 

 

sniper 3

With mamat-perasan-korea Ard Donivia dan pelakon MiG Talents Atikah Suhaime yang sentiasaaa cute !

 

 

sniper 4

With Pablo Amirul yang gila-gila. Dalam filem kemain bersungguh benau berlakon. Keep it up bro !

 

 

sniper 5

MiG Talents Azwan Kombos turun padang beri sokongan untuk filem SNIPER. Cubaan Ard mengheret Fadlan untuk photobomb kurang berjaya nampaknya. Tapi Fadlan nampak cute. KBAI.

 

 

sniper 6

Okay last but not least, FADLAN HAZIM teraju utama filem SNIPER. Tahniah untuk filem pertama anda ! Keep it up for future projects bro ! Dalam movie nampak sador kemain ni dedepan kuruih pulak haih. Take care of your health too ! (Acah-acah caring macam makwe mithali BAHAHA!!)

 

 

 

Okay korang semuaaa.. Nora bagi 3.5 bintang!! Ehh bukan Nora, Nisa lah ! NISAAA ! Hahahaaa… jangan lupa tengok filem SNIPER okay, bertempur di pawagam bermula 24 April sudah ! Soo cecepat ke panggung berhampiran !!

 

 

XOXO

Petshop di Seksyen 9, Shah Alam

$
0
0
Assalamualaikum...


amboi amboi kemain tau tulis entry kali ni... actually entry ni tak panjang pun... saja nak share kat mana ada petshop sekitar Shah Alam ni... sebelum ni macam susah je nak jumpa petshop sebab tak banyak (aku dah duduk Shah Alam dalam 5 tahun, so aku gambarkan situasi dua tiga tahun lepas). Kalau ada pun ada satu je...  Sekarang ni aku tengok makin banyak petshop yang dibuka di area Shah Alam.. Baguslah.. senang aku nak beli makanan and pasir kucing..


Sebabnya sebelum ni aku suka pergi kat satu petshop kat Cheras ni.. hahahah kenapa Cheras? Usah ditanya sekarang nanti lah aku cerita okay. Ada sebab aku pergi sampai ke Cheras. Gituhhh. Ok lahh tanpa buang masa aku nak share dua petshop yang aku ade singgah baru-baru ni.







D'HAIWANKU PETSHOP.  Sebenarnya ni aje gambar yang sempat aku ambil masa pergi kedai ni.. aku singgah petshop pun sebab adik aku cari protein untuk sugar glider dia... so masuk je kedai ni, lepas apa yang dicari tu takde, aku terus keluar aje.. lagipun tak selesa nak ambil gambar kedai dia sebab ade pekerja yang asyik ikut sana sini. Tak sempat jugak nak usha harga barang kat sini macam mana..







Okayyy ni lak JINGLES PETFOOD, terletak di baris yang sama dengan petshop yang first tadi, tapi yang ini terletak di hujung belah lagi satu. Haa faham ke idok? Hahahaa.... Kedai ni dioperasikan oleh seorang lelaki India yang agak berumur tapi sangat friendly.. Plus protein sugar glider yang adik aku cari tu ade jual kat sini.. Ahaaa peluang untuk aku snap gambar sementara tokey kedai tu layan adik aku. Hahahaa..






Okay bercakap mengenai pilihan makanan, tak banyak sangat pun tapi kira adalah brand brand yang biasa orang beli atau yang popular tu.. pasal harga pulak tak sempat aku nak usha disebabkan tokey kedai duk layan adik aku nak beli barang.. so aku usha la sorang sorang...





Kat kedai JINGLES PETFOOD ni ada banyak jual sangkar yang tiga empat tingkat tu.. Boleh la untuk mereka yang bela dua tiga ekor kucing. boleh letak dalam satu sangkar je.. tapi bagi aku harga sangkar dia mahal jugak... sebab ade tempat lain lagi murah kot? Sangkar dia ade dua jenis. Yang besi biasa dengan besi berat sikit tu.. harga pun berbeza ikut kualiti and tingkat. Gituh..



Tilam-tilam untuk kucing pun comel comel tapi tu lah nak ke kucing aku duduk tido dalam tilam nih? Si Ash suka tido dekat katil aku.. tak pun dia mengerekot dalam gumpalan comforter aku.. Tak pun suka tido atas badan aku.. takpon atas lantai.. karang take time lak nak biasakan dia tido kat tilam dia... 



Kucing baru aku Chiky pun tak pasti lagi macam mana sleep pattern dia.. yang aku perasan dia suka duduk kat celah-celah barang. Contohnya.. celah sofa, celah kotak, celah beg aku. Hahaha... Tapi kucing baru aku ni memang sangat manja.. nak peluk cium dia pun dia behave je...




Okay lah sekian sudah perkongsian aku.. ada lagi petshop lain kat area Shah Alam.. nanti aku share lah kalau sempat atau kalau ade singgah kat petshop tu ye... sebelum aku lupa, ni alamat untuk kedua-dua petshop di atas. Dua-dua petshop ni terletak di baris yang sama okay :

JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH A9/A,
SEKSYEN 9, SHAH ALAM


P/S : Siapa tahu restoran Foodsbury, kedai petshop ni dua-dua sama baris dengan restoran ni!








Thanks for your time reading this entry! Xoxo.

Kasut Nike Air Max Yang Sangat Menggoda Jiwa Raga

$
0
0
Assalamualaikum...


Amboi amboi kemain tajuk tak nak panjang lagi ke? Hahahaaa... baca tajuk pun mesti korang dah tau sangat kan apa yang aku nak share kan ni... Muahahaa... Sekarang ni kasut Nike Air Max ni memang tengah trend ke apa ehh? Sebab sana sini orang duk share gambar kasut Air Max.. aku ni bukan lah peminat sport shoes sangat, tapi rekaan Air Max yang cantik gilos memang memikat dan menggoda habis-habisan! Hahaa over benauuu.



Huiiii kemain lagi sekarang kasut dengan design unik menjadi trend. Aku tengok la kan, ni dari mata aku la.. mata korang aku tak tahu okay. Apa yang aku tengok sekarang sport shoes dah jadi macam trend, korang boleh gayakan dengan stail pemakaian kasual, formal, santai, apa apa je lahh.. Semua bantai pakai sportshoes. Kan kan???






Pada aku la kan.. Kalau korang pandai mix n match baju and then padankan dengan kasut yang sesuai, boleh je korang taram pakai sport shoes macam kasut Air Max ni ye dokkk.. Aku ade satu sport shoes (tapi aku rasa kasut aku tu more to kasut jalan jalan je..) aku beli jenama Puma.. design dia slim, lawa je kalau aku nak pakai dengan jeans and blouse then jalan-jalan. Aku siap pakai pi event lagi takdak hal punyaa...








Dua design kat atas ni memang antara design yang aku berkenan hehe (elehhh sebenarnya berkenan kat hampir semua design nye sebab semua lawaaa). Well, memandangkan aku ni bukan lah sports type punya individu, so aku memandang kasut Nike Air Max ni lebih kepada kasut fesyen haha. Kalau ikut pembacaan aku, kasut Nike Air Max ni sebenarnya untuk tujuan TRAINING / RUNNING ehh.. Entoh la.. aku bukannya tahu sangat pasal bab-bab sukan ni haa...




Tapi tu lah.. boleh nampak jugak la sports wear sekarang macam tengah turning into a trend je.. bermula dengan kasut sukan yang fancy macam Nike Air Max ni la kan kan kan.. Tapi tak dinafikan memang lawa punn semua designnye. Boleh beli ikut kesukaan. Haaa seronok nye HAHAHA...











Dari apa aku baca dari website Nike (cehh rajin pulak buat research kennzz), koleksi Nike Air Max ni ringan, lebih fleksibel dan lembut. So selesa la nak bawak lari, jogging ka.. bersenam kat taman tasik ka.. Kalau aku la, kasut macam ni aku bawak pi melancong laa. Kalau nak jalan lama or jalan jauh pun kaki selesa sikit ye dok. Hahaa dah macam mengiklan lak aku ni.



Ok lahh.. udah udah la tu cuci mata.. Hahaa saja je tengah cari akal nak perabis duit beli kasut Nike Air Max ni.. sebenor nye aku baru ade masa nak tulis blog sebab aku kat kampung. Basically kalau aku balik kampung aku memang TAKKAN BAWAK BALIK KEJE.. so bila takdak keje, ada pulak pc along aku yang ade internet, maka aku luang sikit masa laa nak update blog aku. Bersihkan sikit sawang sana sini. Uhuk uhukk.. Ok laa daaa~






P/S : Kalau pakai sneakers / sport shoes macam ni dengan jubah boleh ka? Haha!








Thank you for your time reading this entry. Xoxo.


My Cats - Ash & Chiky

$
0
0

Assalamualaikum...



Haaa al-kisahnya aku tadi plan nak buat entry lain.. tapi aku end up buat entry lain... Aku duk usha la gambar dalam phone aku.. pastu tatap gambar kucing-kucing aku. Huwaaaa rindu la pulakk.. Maklumlah bila balik kampung ni aku tak bawak balik dorang sebab rumah tengah under construction, so a bit sepah2 sikit.. and tak muat bilik nak letak dorang...







Kisahnya aku dah ada seekor kucing - My Cat Ash - dan aku telah bela Ash dari sebesar tapak tangan lagi.. wuwuwuuuu... kemain tau ayat, macam bela budak je haha... Ash dah makin besar tapi tetap kurus, sangat mengada-ngada.. Hahaha pesen dia, dia suka duduk satu tempat je. Kalau aku lepaskan dia dalam rumah, dia suka duduk je depan pintu bilik adik aku, sebab dia tahu adik aku ade bela sugar glider.. Pernah sekali tu dia panjat atas sangkar sugar glider tu hahaaa...







Ni gambar Ash paling latest. Aku celik je mata tengok si bulus ni ade depan muka aku. Elok je dia landing atas badan aku, seronok la dia gomol-gomol atas comforter, mentang-mentang bilik sejuk yee... Dia ni memang manja sikit, malam mesti tido dengan aku... Dia akan tido atas lantai, atas badan aku, or gulung badan dalam gumpalan comforter. Anyooo so cute anak mama niii!!!







Satu lagi perangai Ash ni, suka sangat lah minum air dari cawan aku... Cawan ni padahal dah kosong dah, saja aku letak atas bangku depan tv.. gigih pulak lah beliau ni panjat bangku and cuba nak minum air dalam cawan tu.. Hahaa aku gelakkan je lah dia, masukkan muka dalam cawan. Nasib lah boleh keluarkan balik muka tu.. Aduhaiii anak mama si bulus aishhh.. Geram pulak ahaha..









Ini pulak kucing baru aku.. Nama dia CHIKY.. Aku memang saja beli Chiky ni sebab nak Ash ade kawan kat rumah... well, aku tahu Ash nanti mesti marah and jadi garang gila bila tengok ade kucing baru kat rumah.. Yelah, selama ni dia membesar seekor aje kan.. So mesti dia jadi perengus sikit bila ade kawan baru masuk "territory" dia kan. Hahaa... 








Ini pulak pesen si Chiky. Dia macam suka je duduk menyempit macam ni.. Hahaa. haritu dalam bilik stor dia tido menyempit kat celah kotak. Lagi satu Chiky ni dah setahun lebih umurnya. So badan dia dua kali ganda besar daripada Ash. Ash pulak garang kemain nak gaduh pulak dengan Chiky. Mungkin sebab Chiky ni membesar ramai-ramai masa dengan tuan asal dia, so dia jenis rilek je bila jumpa kawan baru. Takdak hal punyaa. Hohoo...



Chiky ni dah sampai tempoh matang dia. So dia selalu merengus, selalu menggesel, selalu nak golek-golek atas lantai mintak usap, mintak gosok perut. Bila nak dukung dia kusss semangat, padu betol badan dia.. Tuan asal dia jaga dia dengan baik, bagi makan kaw-kaw punya.. Hehe aku nak besarkan Ash sampai jadi bam bam macam Chiky ni laaa...







After a few days barulah dorang boleh get along sikit.. Barulah boleh lepaskan kedua-duanya dalam bilik kucing tu.. And lepaskan dorang kat dalam rumah. Sekarang dah jarang bergaduh. Baguslah.. lega sikit aku nak buat keje.. Kalau asyik gaduh je, penat aku nak layan, kang keje aku tak terbuat lak kang...



Tapi aku rasa dua tiga hari ni Ash duk marah kat Chiky sebab Chiky tu nak menggesel je kat dia... So Ash marah kot kat dia... Sebab Ash tu kan kecik lagi hew hew heww.... Tapi so far okay lah kot... Tapi yang aku tak tahan nya bulu si bulus berdua ni kemain berterbangan di udara uhuk uhuk.. Melekat pulak atas meja sebab meja aku kaca, hitam lak tu so memang nampak lah kan... So aku decide nak sewa air purifier.. Next entry aku share lah ye..








Okayyyy memandangkan aku balik kampung, maka aku hantar lah kedua-dua bulus aku ni ke Catsville Petshop yang terletak di Subang Jaya.. Ni first time aku hantar kucing-kucing aku pergi boarding. Aku dapat tau pasal petshop ni sebab Hanis Zalikha pernah promote dalam instagram dia.. So aku terus follow and keep update pasal petshop ni. Memandangkan macam cantik menarik je, so aku decide nak try hantar boarding plus grooming sekali.








Heee ini dia Chiky dan Ash masa aku hantar pergi Catsville Petshop hari tu... Kemain mendayu-dayu si Ash ni mengiau.. Aduhh macam tak sampai hati pulak dah nak tinggal kan dia.. Kalau ikutkan hati nak je aku bawak balik Ash, tapi tinggal Chiky kat boarding hahahaa. Tapi kesian lak nanti aku tak terlayan Ash, keperluan lak tak cukup. So sudahnya aku boarding-kan aje dua-dua si bulus nii....



So far masa aku hantar kucing aku, staf dia friendly, kedai lak bersih je.. Boleh follow instagram @catsvillepetshop kalau nak tengok any update mengenai petshop ni.. Ade service grooming, boarding, ada jugak jual barang keperluan haiwan peliharaan... Alamat dan no phone boleh usha kat instagram @catsvillepetshop tadi okayyy.... 




P/S : Sebenarnya rindu si bulus.. sebab tu tulis entry ni. Kbai.








Thank you for your time reading this entry. Xoxo.

Pasar Ramadhan Lurah Semantan, Temerloh

$
0
0

Assalamualaikum...



Ahaaaa sementara ada semangat nak mengemas kini blog dengan entry terkini ni, maka aku dengan tak teragak-agak tidak melepaskan peluang nak update blog ni... Muehehee.. Well.. aku rasa ramai yang tahu aku berasal dari Temerloh Pahang... Tapi aku tak rasa aku banyak share pasal kampung aku dengan pembaca blog kan.. Paling jauh pun aku share gambar sikit sikit kat instagram muehehe..





Okay ini namanya Lurah Semantan atau Bandar Lama.. Aku rasa tempat ni dipanggil Lurah Semantan sebab terletaknya di bawah bukit, sebelah Sungai Pahang. Hahaha maaf lah kalau salah fakta, sebab aku memang fail sikit bab sejarah ni...



Ada jugak jolokan nama "Bandar Mati" untuk bandar lama ni sebab bila malam kawasan ni memang sunyi sebab most of the shops memang tutup waktu malam. Tapi kalau musim cuti atau raya, agak meriah sebab ade bazaar akan dibuka.. Tapi sekarang dah sunyi sikit la sebab ekspo jualan dah berpindah ke padang di tengah bandar.






Hahaha saja je nak ambil gambar Terminal Bas lama ni sebab banyak betul kenangan kat sini... Kat terminal ni lah bas antara daerah beroperasi.. So nak ke Maran, Bentong, Jerantut.. ada bas tempatan kat sini... Dulu ada juga bas mini keluar masuk taman perumahan yang aku duduk.. so kalau nak ke Bandar Lama memang turun naik bas kat sini.



Kenangan gila sebab kat sini lah aku dengan mak aku tunggu bas kalau mak aku nak Tabung Haji di Bandar Lama ni... takpun kalau sekadar nak beli barang.. atau bila aku nak pergi tusyen kat Pusat Tusyen Domino dulu.. Huhuuuu... tak kurang jugak jumpe pakwe kat sini. Hahahahah !!!! Adoihh apa punya kenangan la.








Seperti yang dijangka.. memang ramai orang ke pasar ramadhan yang ini. Aku datang pulak jam 6 petang, memang orang tengah ramai and parking susah dapat.. Sudahnya aku memang parking jauh sikit laa dari tapak pasar ramadhan ni haaa...








Okay ni yang aku nak highlight sikit sebab ni lah antara gerai yang agak popular kalau datang ke pasar ramadhan kat Lurah Semantan ni haa... PAK LAN MURTABAK uollss.. aku nak ambil gambar orang tengah beratur panjang tapi tak nampak pulak.. Plus keadaan orang ramai yang lalu lalang buat aku susah sikit nak snap gambar dengan jelas. Takpelah.. Maybe siapa yang datang Temerloh next time boleh try naa..









Aku rasa kalau bulan puasa takde benda lain dah nak usha.. Yang paling menggoda mestilah air. Bila tengah lapar, haus, cuaca panas.. terasa macam nak teguk air dalam balang ni sampai habis kan? Apa pun rasanya, kaler apa pun air nya.. semua nampak sedap.. Lagi-lagi yang banyak ais tu.. Perghhh sedap weh sedapp..








Perghhh mengancam nihhh !!! IKAN PATIN TEMPOYAK BAKAR !!! Fuhhhh nasib memang aku request kat mak aku nak bawak balik gulai tempoyak ikan patin bila balik ke Shah Alam.. Mak aku siap kata apa punya "sedei" la request.. Sedei means mudah je hahahah... Gulai tempoyak best sebab tahan lama, boleh sejukkan then panaskan je balik.








Hahaa nama juadah pun kemain eksotik nye.. Padahal nasi ayam madu je.. muahahahaa..









Haaaaa ini memang kemeriahan raya terasa sangattt.. Gerai bunga api dengan mercun pop pop ni memang jadi tumpuan budak-budak (bapak budak pun ralit pilih mercun mancis).  Aku ingat lagi dulu aku sanggup mintak duit kat abah sebab nak beli bunga api.. Tak puas main bunga api, aku beli yang mahal sikit sebab ade warna warni bila dibakar haha....







Memandangkan orang pun ramai.. dan kuih yang aku cari pun tak dijumpai.. sobss.. maka aku dengan adik aku pun balik la rumah.. sebab niat nak singgah pasar ramadhan dalam taman perumahan sajoo.. Kot la dapat jumpa kuih kastad jagung yang aku teringin sangat tuu. Sobss macam orang mengidam lah pulakk....



Kesudahannya aku dengan adik beli air honey dew je.. sebab mak aku kata lauk semua dah ada, tinggal air je tak tau nak buat air apa.. Aku balik ke taman perumahan, then sempat beli kuih coklat kukus je laa... banyak gerai dah tutup.. Nasib lah 1 Ramadhan jatuh pada hari minggu, kebanyakan orang ada kat rumah dan ramai yang balik ke kampung untuk berbuka dengan family ye dak..










Hmmm..... SIPUT SEDUT MASAK LEMAK mak aku yang masak jugak yang win... Pergi pasar ramadhan memang boleh buat kita rambang mata.. lagi-lagi tengah lapar memang rasa nak beli semua benda. Tapi kalau boleh elakkan lah membazir ye.. Kalau tak habis kan dah rugi.. 



Nasib jugak tadi aku tak beli murtabak.. roti john.. dan segala mak nenek jenis makanan yang terasa nak makan tuh.. sebab bila balik rumah aku tengok lauk banyak huii.. Tu nasib aku tak sempat snap gambar talapia bakar petai mak aku masak. Perrgghh... (Boleh meleleh lak air liur time tengah menaip ni errkkk!!) Hehehee apa-apa pun selamat berpuasa semua pembaca !











Thank you for your time reading this entry. Xoxo.
Viewing all 614 articles
Browse latest View live