Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all 614 articles
Browse latest View live

HUDA BEAUTY #FauxFilter Foundation - pilih kod yang tepat untuk kulit wajah anda !

$
0
0



Assalamualaikum..


Wah wah wah makin hangat dunia mekap zaman sekarang ni kan ? Banyak kemunculan beberapa jenama high-end terbaru di pasaran.. jenama yang sedia ada tak kurang hebatnya menghasilkan produk baru.. malah produk so-called inspired, atau dalam bahasa kita "fake makeup" pun turut menggegarkan industri kosmetik gitu. Tapi hari ni nak cakap pasal produk terbaru di pasaran iaitu HUDA BEAUTY #FauxFilter Foundation.




Huda Beauty merupakan jenama kecantikan yang diasaskan boleh seorang beauty guru yang juga merupakan blogger kecantikan ternama antarabangsa iaitu Huda Kattan. Beliau ni memang famous teruk la dekat Youtube malah di laman-laman sosial sebab mempunyai berpuluh juta pengikut dan peminat tersendiri !!


Jenama Huda Beauty asalnya menjual bulu mata palsu premium yang sungguh vass dan mahal ler haha. Lepas tu terkenal dengan penghasilkan lip liner yang berfungsi sebagai pewarna bibir jugak.. Lepas tu koleksi liquid matte lipstick beliau meletop-letop. Eyeshadow palette pertama di bawah jenama Huda Beauty iaitu Rose Gold Palette pun mendapat sambutan hangat dari peminat mekap seluruh dunia. Ehemm Nisa pun terpengaruh!





Baru sahaja melancarkan eyeshadow palette kedua beliau yang dikenali dengan nama Desert Dusk (lawa terok oii).. Huda Beauty tidak menunggu lama untuk melancarkan koleksi mekap terbaru beliau. Sekali tiga dia keluar oiii ! Huda Beauty memperkenalkan #FauxFilter Foundation, Complexion Perfection Pre-Makeup Base dan juga Face, Buff & Blend Brush. Ketiga-tiga produk ini diperkenalkan serentak.


Fokus Nisa hari ini ialah Huda Beauty #FauxFilter Foundation. Tengok macam cantek je kannn? Macam menarik je kann...beberapa review dah Nisa tonton. Wahh sangat tempting laa foundation diaa... rata-rata review mengatakan coverage nya medium to full. So as you apply, you can build the foundation to full coverage. Haaa suka nihh suka! Tapi satu kelemahan nak beli foundation secara online ini ialah... PILIH KOD WARNA YANG SESUAI !!!


CARA-CARA PILIH KOD FOUNDATION :


1 - Kenal pasti undertone kulit wajah anda.
Hal ni macam susah sikit nak explain. Ada yang cerah tapi warm tone, ada yang gelap tapi cool tone. Undertone kulit setiap orang berbeza-beza. Ada natural undertone, red, golden, olive undertone dan eh memacam lah. Kang salah beli foundation yang tak match dengan undertone kulit anda kang, nampak macam tepung gomakk. Atau, baca di laman web Huda Beauty mengenai kenal pasti undertone kulit wajah anda. 

Antara rujukan lain yang lebih mudah untuk anda kenal pasti skin tone anda, boleh baca di sini.



2 - Lihat foundation swatch di atas kulit
Berdasarkan gambar di atas, anda boleh agak agak secara kasar kulit anda menyerupai skin tone yang mana, dan anda dah boleh narrow down kan option untuk anda memilih kod yang sesuai untuk kulit anda. 



3 - Bandingkan dengan foundation anda yang dah sedia ada (that one that match your skin most)
Okay ini anda satu alternatif yang disediakan oleh pihak Huda Beauty untuk lebih memudahkan para pelanggan mereka memilih warna foundation yang sesuai dengan mereka. Anda boleh rujuk rajah di bawah ini yang Nisa dapati dari laman web Huda Beauty.









Okay Nisa rasa option ketiga ni lebih mudah untuk anda ikuti selepas anda check undertone anda. Kadang-kadang kita dah jumpa foundation yang memang masuk dengan kulit kita. So, bila nak beli yang jenama baru mestilah nak yang tepat kan. Karang susah pulak nak beli yang lain, lebih-lebih lagi Huda Beauty #FauxFilter Foundation ni buat masa ni kebanyakan orang hanya mampu beli secara online sahaja. 


Kod Nisa pula macam mana ?? Haaa ini confuse sikit. Bila check kod yang berpadanan dengan foundation yang sedia ada, Nisa dapat result Toasted Coconut 240N. Tapi bila tengok review yang banyak dilakukan oleh Youtubers luar negara, nampak macam cerah sangat la pulak ?? Rasa macam nak try Amaretti 310G pun ada jugak. Tapi kedua-dua kod ni nampaknya tengah sold out. Sooo tengok lah macam mana nanti.



NISA KAY.

SALIMA SKIN SOLUTIONS - Formulasi dari Kanada kini tiba di Malaysia !

$
0
0



Assalamualaikum...

Wah wahh sebenarnya Nisa excited nak kongsikan dengan pembaca semua. Ada antara rakan blogger yang turut sama ada di majlis pelancaran produk ini dah pun kongsikan kisah mereka. Okay kali ini Nisa pula baru ada masa nak kongsikan cerita dari majlis pelancaran produk penjagaan kulit wajah iaitu SALIMA SKIN SOLUTIONS.


Mrs Salima Amsa - CEO & Pengasas Salima Skin Solutions

Sedikit lewat menghadiri majlis dek kerana sedang bekerja, Nisa tidak ketinggalan terlalu banyak sebaik tiba di lokasi acara. Puan Salima Amsa, CEO dan juga pengasas rangkaian SALIMA SKIN SOLUTIONS baru sahaja naik ke pentas bagi berkongsi mengenai kisah perjalanan beliau menemukan jenama ini.


Sebenarnya Puan Salima sudah pun berkecimpung dalam industri estetika perubatan selama 15 tahun. Beliau bekerja dengan beberapa doktor terkenal dunia bagi merealisasikan produk SALIMA SKIN SOLUTIONS yang selamat dan baik untuk semua jenis kulit. Dan fokus utama beliau menghasilkan produk-produk di bawah jenama ini ialah untuk membantu orang ramai memiliki kulit yang sihat sekaligus membawa seri tersendiri terhadap wajah.




SALIMA SKIN SOLUTIONS membawakan produk-produk yang boleh dibeli satu persatu atau anda boleh satu set sekaligus. Best seller jenama ini adalah pakej produk untuk anti-penuaan untuk kulit matang yang mana rangkaian ini akan membantu para pengguna untuk melindungi kulit terhadap kerosakan, tanda penuaan yang ketara, hiper-pigmentasi dan kulit kusam. Haa siapa rasa kulit dia ada masalah ni boleh cuba produk untuk anti-penuaan dan sesuai untuk kulit kering :

  • Purifying Cleanser (120ml)
  • Derma Glow Toner (120ml)
  • Ultra Hydra Serum (60ml)
  • AHA Renewal Cream (60ml)
  • Derma Exfoliant (60ml)
  • Ultra Rejuvenating Mask (60ml)


Antara selebriti yang membuat kemunculan di majlis pelancaran Salima Skin Solutions di Malaysia.
Amira Othman, Indah Ruhaila & Siti Nordiana.

Produk di bawah jenama Salima Skin Solutions dihasilkan berdasarkan kajian selama bertahun-tahun untuk memastikan produk ini bebas dari bahan merbahaya dan selamat untuk semua jenis kulit.
Diformulasikan secara perubatan, Salima Skin Solutions memfokuskan untuk membantu orang ramai mendapatkan kulit yang sihat dan bersih. Kulit yang cantik mampu menaikkan seri semula jadi wajah.
Dihasilkan menggunakan teknologi terkini, produk Salima Skin Solutions alcohol-free, fragrance-free, paraben-free dan tidak menggunakan sumber dari haiwan (vegan).
Merupakan jenama yang pertamanya diiktiraf sebagai produk penjagaan kulit HALAL di Kanada dan kini ia boleh didapati di Malaysia.


Para hadirin dihiburkan dengan persembahan dari Siti Nordiana yang menyanyikan lagu Terus Mencintai.

Rangkaian penuh produk-produk Salima Skin Solutions memfokuskan kepada mereka dengan masalah seperti berikut :

  • Hyperpigmented / aging skin
  • Dehydrated / Sensitive skin
  • Oily / Acne Skin


Pendek kata, kebanyakan masalah di atas merupakan masalah kulit normal yang dihadapi ramai orang. Kalau dulu produk mereka hanya ada di luar negara, kini orang Malaysia boleh mendapatkannya. Produk Salima Skin Solutions memfokuskan kepada merawat kulit untuk kulit wajah yang sihat. Produk mereka juga dihasilkan dengan bahan dari kualiti yang tinggi. Jangan tak usah ragu-ragu kalau anda berminat nak cuba ya. Halal pun halal nii...





Jadi jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk SALIMA SKIN SOLUTIONS, boleh ikuti jenama ini menerusi link berikut :








NISA KAY.

Majlis Meet & Greet duta selebriti jenama MAYDAN

$
0
0


Assalamualaikum...


Haaa pernah dengar tak jenama MAYDAN ni ? Sejujurnya Nisa tahu mengenai jenama ini menerusi akaun Instagram selebriti popular di Malaysia iaitu Elfira Loy. Nisa duk perhati je Elfira promote produk Maydan yang beliau gunakan. Haa macam menarik je ? Baru-baru ini Nisa berpeluang mengikuti acara Meet & Greet Maydan bersama duta-duta selebriti mereka.



Acara Meet & Greet ni sebenarnya melibat ketiga-tiga duta Maydan iaitu Fattah Amin (duta produk syampu Maydan), Fazura (duta bagi Q-Tab) dan Elfira Loy (duta bagi produk Lock-It Hydrating Serum). Memandangkan Nisa cuma free waktu siang sahaja, jadi Nisa hanya berkesempatan menghadiri sesi bersama Elfira Loy.




Jenama MAYDAN ini ditubuhkan oleh dua adik beradik iaitu Maya Hamdan dan Dana Hamdan. Produk pertama mereka merupakan Strawberry Smoothies Shampoo & Hair Mosturizers. Asalnya mereka mendapatkan idea untuk mengeluarkan produk sendiri kerana suka menemukan produk yang sesuai dengan kondisi rambut mereka. Namun mereka kemudiannya membuat keputusan untuk berkongsi kebaikan produk mereka dan mengkomersialkannya lebih lagi.


Para pengasas MAYDAN bersama Elfira Loy, duta Lock-It Hydrating Serum.



Seterusnya sharing session bersama Elfira Loy. Beliau berkongsi pengalaman beliau mencuba produk Maydan, seterusnya jatuh cinta dengan serum Maydan dan bersetuju menjadi duta produk ini. Hampir setiap hari jugalah Nisa tengok Elfira berkongsi mengenai kebaikan serum ini di Instagram nya. Bagus betul ! Bila orang memang tengok kita pakai produk tu dan menunjukkan kesan positif, barulah orang percaya dan yakin nak beli ye dakkk..




Antara peminat Elfira yang membeli produk Maydan dan berpeluang bertemu dan bergambar dengan Elfira Loy. Haaa rasa rugi pulak tak borong banyak-banyak produk Maydan hari tu sebab ada harga promosi, dapat free gift lagi!



Terima kasih di atas jemputannya, Maydan ! Tak sabar nak cuba guna Strawberry Smoothie Shampoo & Hair Mosturizer ni. Menurut pengasas Maydan, produk syampu ini merupakan best-seller di Maydan ! Wah wah wahh... mesti best produk ni sampai jadi best seller !




Inilah produk Q-Tab yang Fazura jadi duta tuuu... tablet ini boleh dikunyah dengan mudah sebab rasanya sedap. Dan ianya bagus untuk pertumbuhan rambut, rambut lebih lebat dan bersinar. Selain itu, Nisa dimaklumkan bahawa tablet ini juga bagus untuk membantu mendapatkan kulit dan kuku yang cantik.




Inilah produk pertama di bawah jenama Maydan. Duta untuk Strawberry Smoothie Shampoo & Hair Mosturizer ialah Fattah Amin. Kalau tengok iklan promo produk ni, fuhhh heloknya Fattah! Hahaha. Maklumlah sebagai artis beliau mesti nak sentiasa pastikan rambut berada dalam keadaan baik dan sihat kan.






Seronok dapat menghadiri acara ini dan bertemu dengan salah satu duta jenama MAYDAN ni. Haa kalau ada yang berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk MAYDAN, boleh ke link di bawah :


Laman Web Maydan  |  http://www.maydan.my/

Facebook Page Maydan  |  https://www.facebook.com/maydanhq/




NISA KAY.

Senarai lagu-lagu layak ke pentas AJL 32

$
0
0


Assalamualaikum...


Nisa nak berterima kasih sangat sangat dekat abang Rashidee dari Kaki Foto sebab sudi bagi tiket ni pada Nisa. Sejujurnya Nisa memang nak sangat sangat pergi ke Sri Pentas 2 untuk menyaksikan sendiri acara Separuh Akhir Muzik Muzik 32 untuk minggu terakhir ni. Tapi Nisa sampai KL dah lambat dari kampung. Jadi... Nisa tak sempat ke sana...


Gambar-gambar oleh : @kakifoto_


Apa-apa pun, sampai je rumah Nisa terus bukak TV untuk menonton persembahan yang masih berbaki untuk minggu ini, seterusnya menantikan pengumuman lagu-lagu yang berjaya melayakkan diri ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 32 yang akan berlangsung pada Februari 2018 kelak.


Pendapat Nisa mengenai Semi Final Muzik Muzik 32 (SFMM32) kali ini ? 

Honestly it is very refreshing to see so many new faces yang layak ke peringkat separuh akhir. Kita harus akui, para pelapis ini sudah harus mulai memasuk ke fasa seterusnya. Bukanlah nak kata penyanyi lama semua tak perlu join AJL dah... tapi yang baru-baru ni perlu naik satu level lagi dalam karier masing-masing kan ? Plus kita tak boleh menafikan penyanyi yang lebih berpengalaman memang sangat berbakat dan lagu-lagu semua memang best!






SENARAI LAGU YANG LAYAK KE ANUGERAH JUARA LAGU 32 :

LAGU : Sejati (Faizal Tahir)
PENYANYI : Azmi Caliph Buskers
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Faizal Tahir & Mike Chan


LAGU : Tergantung Sepi
PENYANYI : Haqiem Rusli
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Ibnu & Gouffran


LAGU : Jampi
PENYANYI : Hael Husaini
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Hael Husaini & Ezra Kong


LAGU : Separuh Mati Ku Bercinta
PENYANYI : Dayang Nurfaizah
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Ajai


LAGU : Amboi
PENYANYI : Altimet
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Altimet


LAGU : Lebih Sempurna
PENYANYI : Syamel
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Syamel


LAGU : Aku Yang Sebenar
PENYANYI : Hazama The Penglipur Lara
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : M. Nasir & Ad Samad


LAGU : Akhirnya, Cinta
PENYANYI : Salma
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Ajai & Slen


LAGU : Menahan Rindu
PENYANYI : Wany Hasrita
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Ibnu & Gouffran


LAGU : Aku Cinta
PENYANYI : Syamel & Ernie Zakri
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Syamel


LAGU : Bayang
PENYANYI : Khai Bahar
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Alam & Patrick Anohada


LAGU : Warkah Untukku
PENYANYI : Ara Johari
KOMPOSER / PENULIS LIRIK : Hang Nadim & Laq



Kredit Gambar : Twitter TV3 Malaysia

Sejujurnya sebelum pengumuman lagu-lagu yang mara ke pentas akhir, Nisa takde expectations apa sangat. Memang Nisa rasa pencalonan kali ini sangat sengit sebab banyak karya yang bagus-bagus bertanding di peringkat separuh akhir dan ramai penyanyi baru yang berbakat turut tercalon. Inilah masa kita lihat perubahan demi perubahan di pentas AJL yang berprestij itu.


Penyanyi yang sudah berpengalaman seperti Hazama dan Dayang Nurfaizah berjaya ke peringkat AJL32. Altimet pun tak baru sangat kan ? Pun berpengalaman juga tu.. Dayang ? Fuhhh juara AJL31 tuuu ! Pastinya ramai yang expect kemenangan dari beliau.


Banyak jugak lagu yang mara ke pentas akhir dicipta sendiri oleh sang penyanyi, membuktikan banyak pelapis penyanyi Malaysia yang berbakat besar menghasilkan lagu di samping menyanyi dengan baik. Contohnya Syamel. Kedua-dua lagu ciptaannya tercalon dan dua-dua mara ke pentas AJL32 ! Fuhhh hebat sungguh rezeki beliau tahun ini. 


Terdapat juga lagu-lagu dari komposer dan penulis lirik yang sama tetapi berlainan penyanyi yang berjaya menduduki tempat di AJL32. Nama-nama yang tak asing lagi seperti Ajai serta Ibnu & Gouffran yang banyak menghasilkan lagu-lagu hit. Apa-apa pun Nisa jadi teruja nak menonton AJL32 nanti sebab banyak juga lagu yang best! Apa kata uols ?




NISA KAY.

REVIEW - NRC Treatment Foundation & Breena Beauty Blending Pearl

$
0
0



Assalamualaikum...


Wahh teruja tau nak berkongsi dengan semua. Memang kalau Nisa buat review, agak lama Nisa ambil masa sebab Nisa sebolehnya nak berkongsi produk yang bagus, Nisa nak review yang jujur. Jadi Nisa mesti akan gunakan sesuatu produk tu untuk beberapa lama sebelum betul-betul berkongsi dengan followers sama ada Nisa menyukainya atau tidak. Untuk review kali ini, Nisa nak kongsikan dua produk yang telah beberapa lama Nisa gunakan iaitu NR Cosmetics Perfection Treatment Foundation dan juga Breena Beauty Blending Pearl.



NR COSMETICS PERFECTION TREATMENT FOUNDATION

  • Diasaskan oleh Nuex Rosli, seorang jurumekap terkenal & berpengalaman di Malaysia 
  • Diperkayakan dengan Vitamin C serta Honey Bee Venom
  • Produk mekap yang turut berfungsi untuk merawat wajah
  • Dewy healthy finish look
  • Medium to Full Coverage
  • Harga : RM89.00 / unit
  • Terdapat 5 kod warna semuanya.
  • Boleh dibeli menerusi butik Absolute di Bangi Sentral, laman web ABSOLUTE atau menerusi ejen sah NR Cosmetics
  • Laman Instagram : @nrcosmetics_my
  • Laman Facebook Page : NR Cosmetics Malaysia




BREENA BEAUTY BLENDING PEARL

  • Diasaskan oleh Sabrina Tajudin. Kalau tak silap Sabrina ni beauty blogger juga.
  • Bermula dengan produk berus mekap, jenama Breena Beauty terus berkembang kepada liquid lipstick dan span mekap yang dikenali sebagai "Blending Pearl"
  • Terdapat di dalam dua pilihan warna : Pink & Black
  • Bahan span ini sangat lembut dan mampu meratakan foundation / concealer dengan baik
  • Boleh digunakan untuk apply foundation, concealer dan setting / loose powder
  • Harga cuma RM35.00 per unit. Murah sangat !
  • Laman Instagram : @breenabeauty
  • Laman Facebook Page : Breena Beauty


Haaa itu dia sedikit sebanyak info mengenai jenama dan produk yang Nisa nak review. Kalau Nisa tulis panjang-panjang kat sini nanti sampai dua tiga muka surat pulak kan ? Ada baiknya kalian tonton terus video Nisa di YouTube ni mengenai review kedua-dua produk di atas okay ?




Haaa on tak on ? Keh keh keh.. Nisa mintak maaf sangat sangat kalau terlalu banyak merepek je dalam video ni. Maklumlah, jangan bagi Nisa start bercakap. Haaa kan dah tak mau stop. Kekeke. Nisa ternyata sangat menyukai kedua-dua produk ni. Alhamdulillah.. serasi orang kata ya ? Sebab kita semua sedia maklum, kesukaan dan kegemaran setiap individu itu berbeza, jadi mungkin ada yang tak suka dengan produk yang kita suka... agituhhh.


Jangan lupa klik video di atas, tonton di laman YouTube dan jangan lupa komen di YouTube ya ! Klik SUBSCRIBE button jika anda belum subscribe channel YouTube Nisa hew hew hew... Moga-moga Nisa punya lebih masa untuk buat review sebegini lagi... Terima kasih semua!




NISA KAY.

Mitos dan Fakta mengenai penjagaan wajah

$
0
0

Pic credit : here


Assalamualaikum...

Wahh lamanya tak berkongsi apa-apa di laman blog Nisa ni. Tak syok pula rasanya kalau tak update apa-apa kan.. sebab nya nanti blog jadi tak aktif. Bila takda entry baru, orang tak masuk baca blog, seterusnya trafik blog akan merudum. Bila takde trafik dan engagement, macam mana nak jana pendapatan melalui blog kan ? Haa hari ini Nisa nak kongsikan sesuatu dari pembacaan Nisa di laman-laman web.


Baru-baru ini, Nisa ada terbaca mengenai senarai MITOS dan FAKTA mengenai penjagaan wajah. Sejujurnya, mungkin insan yang berkongsi tidak Nisa ketahui sejauh mana kepakaran beliau dalam bidang ni, Tapi bila dah baca senarai dia, memang make sense juga lah sebab berkaitan dan sama info dari pelbagai laman web yang Nisa pernh baca. Jom teruskan !


Pic credit : here




Ini Nisa rasa betul. Banyak perkongsian mengenai skrub wajah ni. Skrub berfungsi untuk membuang kotoran dan sel kulit mati. Jadi jangan terlalu ghairah nak skrub wajah ya. Nanti kulit tu menipis dan makin sensitif pula. Cukup dua kali seminggu. Tapi Nisa sendiri akan skrub dua hingga tiga kali seminggu. Kalau dalam minggu tu kerap bermekap untuk urusan shooting, jadi Nisa akan skrub wajah selang tiga hari. Gosok pun jangan kerterlaluan, urut lembut je muka tu.



Sebelum ni, Nisa memang tak suka pakai toner. Tapi ramai yang bagitahu Nisa patut pakai toner, lebih-lebih lagi bila muka mula breakout teruk dan kulit nampak kusam. Bila dah beli toner dan habis pakai sebotol, memang banyak bezanya. Kulit nampak lebih fresh dan bermaya. Alhamdulillah jerawat pun kurang. Yang penting, guna toner yang sesuai dengan kulit ya.





Pic credit : here


Nisa kerap guna tisu dan tekap di muka untuk serap air. Baru-baru ni Nisa mula menggunakan tuala kecil khas untuk wajah sahaja. Memang pakai untuk lap wajah je. Dah lap muka tu jangan tenyeh kuat-kuat lak. Tekap lembut je untuk keringkan air selepas cuci muka tu haa..





Okay I have something to say about this. Untuk jerawat tu, yes memang TIDAK DINASIHATKAN untuk pecahkan jerawat guna kuku sebab pada kuku ada bakteria yang mungkin boleh buat jangkitan kuman dan jerawat makin merebak. Plus, kuku boleh sebabkan luka yang membuat parut kekal lama dan sukar nak hilangkan.

Untuk facial machine tu, bukan untuk buang jerawat, tapi untuk pastikan bila kita cuci muka, kita dapat cuci dengan lebih menyeluruh dan lebih jauh ke dalam pori-pori di mana kotoran atau lebihan mekap sering tersumbat, seterusnya menyebabkan jerawat timbul. Pendek kata kena cuci muka bersih-bersih untuk pastikan kurangnya jerawat di wajah. Bukanlah guna facial wash machine terus hilang jerawat tu. 




Ada banyak jenis facial wash device dekat pasaran. Ada yang mahal harga beratus.. memang bagus, Nisa pernah cuba jenama Philips VisaPure yang harga dia lebih kurang 800 lebih tu. Memang lembut sangat berus dia, tak kasar kat wajah dan alhamdulillah bila hari-hari pakai, muka rasa bersih dan jerawat pun kurang. Tapi mesin tu dah rosak sebab lama sangat dah haa. Beberapa tahun juga dia tahan.


Kemudian, Nisa terpengaruh nak beli device pencuci wajah yang jauh lebih murah. Alaa yang warna pink pink tu banyak jual online. Harga dekat kedai MrDIY sekitar RM10 sahaja. Tapi bila pakai, berusnya keras dan kasar! Muka rasa pedih bila lama sangat guna masa nak cuci muka. Dan yeah that's it. I dont see any reasons for me to continue use it anymore. Bila berus kasar dan tak berkualiti, ianya akan mengakis kulit dan buat kulit sensitif, menipis dn merah-merah.


Kemudian Nisa kumpul duit lebih sikit, beli facial wash device yang berkualiti tapi lebih murah, iaitut OGAWA Unique Lite, gambar belah kanan di atas yang dalam bekas hijau tu. Berusnya jauh lebih lembut dan tak rasa rimas bila cuci pakai alat ni. Harga dia dalam 100 lebih dan boleh dibeli di SaSa. Nisa faham ramai yang akan bangkitkan isu "kemampuan" dalam membeli. Tapi nak lawa, nak sihat.. kenalah melabur. Kumpul wang sikit-sikit inshaAllah dapat beli yang bagus dan tahan lama. 



Ramai akan nasihatkan Nisa untuk dapatkan rehat dan tidur yang cukup bila muka ni mula naik jerawat. Yelah kadang-kadang sukar nak rest kan wajah dari bermekap sebab Nisa bekerja memang sebagai host. Jadi, selain dari mencuci wajah dengan bersih, tidur sangat penting. Sebab tu ramai yang panggil "beauty sleep". Dalam hal ni, kita kena pandai mengatur jadual agar kerja sempat disiapkan dan kita boleh tidur awal.




Ada sesetengah facial wash device ni dilengkapi dengan alat untuk urutan wajah. Depends kepada masing-masing la, tapi personally Nisa suka pergi facial spa. Sebulan sekali pun jadi. Haa sekali lagi Nisa nak ingatkan. Beauty tak dapat percuma (unless anda memang lahir-lahir dan lawa), some people need to work hard to be better and look better. So pendek kata, nak facial, nak produk bagus, nak beli facial device berkualiti.. semua tu kerja keras dan menyimpan wang. Haa... semuanya atas diri kita ya. 



CREDIT : Semua printscreen di atas adalah dari bebenang tweet saudara Naufal Antezem

Baiklah.. nanti Nisa akan kongsi lagi mengenai penjagaan wajah, badan atau rambut. Suka pulak nak buat blogpost begini lagi. Jumpa lagi!



NISA KAY

My current go-to makeup tutorial + foundation review !

$
0
0



Assalamualaikum...


Lama dah rasanya tak berkongsi makeup tutorial dengan pengikut di Youtube channel mahupun di laman blog Nisa. I'm getting busier as 2018 is coming, dan inshaAllah I'm up to new challenge to improve myself in terms of my job. Nervous. Takut tak tergenggam semua yang dijanji, tapi I will try my best to do it inshaAllah...

By the way Nisa dah pun kembali berkongsi mengenai tips mekap dan kecantikan di blog.. mana-mana yang Nisa rasakan Nisa boleh huraikan dan kongsikan menurut sisi pandangan Nisa lah kan. Pandangan peribadi setiap orang boleh jadi berbeza-beza.. Jadi jika anda juga ada perkara atau tips yang yang dikongsikan boleh lah komen di bawah ya..




Rasanya ada di antara followers Nisa yang tahu, muka Nisa mengalami breakout yang agak teruk baru-baru ini. Yalah, agak teruk juga bagi Nisa - sebab Nisa tak biasa breakout banyak banyak dan untuk tempoh yang lama. Berbulan jugalah muka ni berbiji, jerawat besar-besar, merah-merah dan gatal-gatal. Alhamdulillah my skin is far from flawless yet, but it's recovering. Jadi I'm back at makeup tutorials! Jom Nisa kongsikan step by step makeup routine Nisa yang terkini.



Okayyy ini dia serba sedikit my current go-to makeup.. ada masa togel je muka ni pergi kerja. Kalau rasa nak shoot video, Nisa mekap la sikit. Biasanya step step dia macam dalam video ni je la. Kecuali bulu mata palsu tu hua huaa sebab Nisa tak pandai pakai, nampak sangat dalam video di atas yang Nisa pakai tak kemas mana haha. Masih belajar..




Untuk video kali ini Nisa nak kongsikan mengenai foundation baru yang Nisa gunakan untuk look ini. Hello Virgin Foundation dari LustXCosmetics ni datangnya dengan satu code sahaja. Jujur bagi Nisa, jika anda berkulit cerah, anda sesuai dengan code ini. Tetapi jika anda berkulit sedikit tanned, atau dalam range medium dark.. anda perlu mencampurkan foundation ini dengan foundation yang lebih gelap untuk dapatkan warna yang balance.



Jadiii.. ini lah dia Hello Virgin Foundation dari LustXCosmetics. Okay Nisa akan bagi honest review mengenai foundation ni sebab Nisa dah gunakan. Nak bagi lebih mudah anda fahami, Nisa akan senaraikan dalam bentuk points apa yang Nisa suka dan apa yang Nisa tak suka, okay ?


APA YANG NISA SUKA !

  • Coverage macam medium to full. Buildable. Boleh blend lagi untuk capai coverage yang anda mahukan.
  • Texture tak tebal dan light di wajah.
  • Finishing agak smooth. First time pakai pun orang tegur smooth.
  • Tak capuk after hours of wearing.
  • Tak rasa gatal-gatal pada kulit bila foundation dah set dengan bedak. (Ada foundation buat muka gatal-gatal!! Tapi yang ni takk..)
  • Mengandungi ingredients yang juga berfungsi untuk merawat kulit macam Witch Hazel water.
  • Mengandungi argan kernel oil untuk hidrasi kulit so kulit tak kering bila pakai mekap.
  • Botol kaca, sturdy and rasa premium. And ada pump. 

**Diingatkan Nisa ada campur sedikit foundation ini dengan foundation lain untuk dapatkan tona warna yang balance for my own skin tone.


ALAMAK !! YANG NISA KURENGGG SIKIT...

  • Ada campuran esen coklat kot, sebab tu bau coklat. First time bau Nisa pelik bau apa.. rupanya coklat. Nisa kurang gemar produk letak kat muka ada bau-bauan makanan.
  • Hanya ada satu kod warna. I dont believe that 1 foundation code can fit all skin tones. There's no such thing. Orang yang kulit gelap tak boleh pakaiiii nanti nampak kelabu huu~



HARGA ?? Haaa Hello Virgin Foundation dijual dengan harga RM89.00. Boleh beli menerusi laman web Hello Virgin Foundation untuk pembelian. Cuba check kot mereka ada promo ke, ada sale ke kan ?? Boleh dapatkan okayyy ? Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti LustXCosmetics di laman-laman sosial media mereka seperti di bawah :







NISA KAY.


My 2017 best nine !!

$
0
0



Assalamualaikum...


Selamat tahun baru semuaaa !!! Pejam celik pejam celik je dah masuk tahun baru, tahun 2018 !! Rasa macam baru lagi aku memulakan tahun baru dengan berita baik di mana aku bakal memulakan karier sebagai pengacara TV di Astro Oasis.. Dan setahun telah pun berlalu... macam tu je.. hehe..



Dan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, ada sebuah website wujud yang membolehkan para pengguna mengenalpasti 9 gambar terbaik di laman instagram mereka ! Haa macam mana tu ? Baiklah.. Website yang Nisa maksudkan ialah laman web 2017 Best Nine. Di laman web ini, sesiapa sahaja boleh memeriksa 9 top posts dari laman Instagram mereka dengan hanya memasukkan Instagram ID.



Cuma perlu ke laman web 2017 Best Nine, dan masukkan Instagram ID anda.. atau Instagram ID sesiapa sahaja ! Ya.. pengguna bebas memeriksa 9 top posts mana-mana pengguna Instagram di muka bumi ini. Hohohoo.. so kalau uols nak check 9 top posts selebriti pujaan anda, atau crush anda.. anda boleh berbuat begitu ! 



MY 2017 BEST NINE ??



Pada 1 Januari 2018, Nisa kembali ke laman web 2017 Best Nine untuk memeriksa kembali 9 gambar top di laman Instagram Nisa. Ya lah.. kan ada upload gambar baru, mana tahu ada gambar yang dapat likes tinggi berbanding gambar sebelum ni kan..


Secara asasnya, laman web ini akan mengumpulkan 9 post anda yang mendapat like tertinggi sepanjang tahun 2017. Jadi anda boleh lihat gambar atau post yang bagaimana yang mendapat likes yang banyak dari followers anda. 


Well... my first top post merupakan gambar bersama artis terkenal Malaysia iaitu Ayda Jebat. Tapi serius la kan, selama Nisa ada akaun Instagram, memang belum pernah gambar yang Nisa post mendapat likes sampai berbelas ribu !! Ketika entry ini Nisa taip, likes pada gambar dengan Ayda Jebat sudah melebihi 11,000 likes dan post tersebut di-save sebanyak lebih 400 kali ! Hebat betul penangan peminat Ayda Jebat ya !!




Oh yaa... di laman web 2017 Best Nine ini juga, anda boleh save gambar top 9 anda dengan gaya seperti Instagram post ni haa.. Dan pada gambar template ini lengkap dengan Instagram ID anda, gambar profile Instagram dan statistik yang menyatakan berapa jumlah likes dan posts anda di Instagram sepanjang tahun 2017. Wohooo hebat nya ! 


Selain gambar dengan AJ, gambar dengan patung shark pun menjadi tumpuan. Mungkin sebab tengah musim baby shark doo doo doo doo. Ehh ternyanyi pulak ! Gambar ketika menghadiri majlis konvokesyen Budak Lelaki Sebelah Pintu pun mendapat sambutan hangat ye uols. Sampai 3 foto di majlis konvokesyen beliau mendapat likes tertinggi sepanjang 2017! Haha mungkin sebab korang ingat aku yang konvo gamaknya haha.


Okay lah dah boleh boleh dah tu check 9 post yang paling banyak menerima likes di Instagram masing-masing ! Byee !



NISA KAY

Kebaikan WITCH HAZEL untuk kulit wajah

$
0
0
Photo credit : here

Assalamualaikum...


Haa sebenarnya tiba-tiba je dapat idea nak tulis mengenai "witch hazel" ni.. Rasa-rasa ada lagi tak yang belum familiar dengan nama ni ? Haa Nisa pun dulu tak tahu apa itu "witch hazel". Tapi disebabkan selalu tengok nama "witch hazel"sebagai bahan-bahan dalam produk kecantikan, tu yang rasa nak google kejap..



WITCH HAZEL merupakan astringen topikal yang datangnya dari kulit kayu serta daun tumbuhan yang dikenali sebagai "Hamamelis virginiana", dan tumbuhan ini dikatakan berasal dari Amerika Utara. Menurut apa yang Nisa baca menerusi pelbagai laman web, dikatakan bahawa orang asli Amerika sejak dahulu lagi merebus tumbuhan ini untuk merawat skin irritation dan juga tumor. Wahh macam hebat je bunyinye kan?



Pic credit : here

Zaman kini, Witch Hazel begitu diiktiraf sebagai bahan utama dalam kebanyakan produk kecantikan terutama sekali toner wajah, kerana ia dapat membantu dalam membersihkan wajah dan mengecilkan liang pori. Tapi lagi Nisa baca mengenai Witch Hazel ini, rupanya banyak lagi kebaikan Witch Hazel untuk kecantikan dan kesihatan. Jom baca !


# MERAWAT JERAWAT
Mungkin ramai yang fikir toner yang mengandungi witch hazel hanya untuk bersihkan dan kecilkan liang pori. Tapi witch hazel juga berfungsi untuk mengawal inflammation, mengurangkan minyak dan mengecilkan pori-pori agar jerawat tidak terus merebak. Toner yang mengandungi witch hazel juga ringan di wajah dan sesuai di pakai setiap hari.


# MERAWAT LEBAM DAN PARUT
Penggunaan produk yang mengandungi witch hazel secara berterusan mampu membantu memudarkan parut jerawat, memudarkan lebam dan mempercepatkan proses untuk kerosakan di bawah lapisan kulit.


# MENCERAHKAN SEKELILING MATA
Kemampuan witch hazel untuk menegangkan kembali kulit dan mengurangkan inflammation menjadikan ia bahan yang ideal untuk merawat discoloration dan puffiness di sekitar mata, dan ini merupakan antara kegunaan witch hazel yang agak popular. Ketikan menggunakan witch hazel di sekitar mata, pastikan ia tidak termasuk ke dalam mata. 


# BAIK DIGUNAKAN SELEPAS MENCUKUR / WAXING
Selepas anda mencukur atau melakukan rutin waxing, boleh sapukan witch hazel di kawasan yang berkenaan untuk mengelakkan "razor burn" selepas mencukur. Jika digunakan selepas waxing dan mencukur juga ia mampu mengelakkan keradangan yang sering berlaku selepas dua aktiviti ini dilakukan.





# MELEGAKAN SUNBURN
Campurkan witch hazel solution dengan aloe vera gel serta sapu di kawasan sunburn. Fungsi anti-inflammatory pada witch hazel akan membantu proses penyembuhan kulit manakala aloe vera akan membantu untuk menyejukkan sunburn. Cara ini juga boleh membantu menghalang pengelupasan kulit yang teruk selepas sunburn.


# MERAWAT KEGATALAN & GIGITAN SERANGGA
Kalau suka piknik di kawasan air terjun atau camping, boleh bawa witch hazel solution letak dalam botol spray kecik dan spray di bahagian yang terkena gigitan serangga seperti nyamuk untuk mengurangkan kegatalan.


# MELEMBAPKAN WAJAH & MENGAWAL MINYAK
Witch hazel mempunyai properties untuk melembapkan kulit dan dalam masa yang sama mampu mengawal minyak jika disapukan ke wajah. Jadi ianya sesuai baik untuk yang berkulit kering dan kulit berminyak juga.






Jadi ini adalah antara kebaikan dan kegunaan witch hazel. Mana nak beli witch hazel ni ??? Kebanyakan witch hazel muncul dalam bentuk toner, dan Nisa gunakan toner yang mengandungi witch hazel dari jenama Thayers yang ada Rose Petal tu, so bau dia bau bau rose gitu dan memang Nisa pakai as facial toner sahaja.


Plus, jenama ini agak popular dan ada beberapa reseller di Malaysia jual secara ready stock. Boleh refer di laman web Beautyspot.my dulu Nisa beli Thayers toner ni dari dia lah. Haa ada yang ready stock ada yang pre-order. Lama dah Nisa pakai, dah nak habis pun. Satu botolnya besar dan berbaloi jugalah beli sebab lama boleh pakai.


Dan anda boleh refer laman web iHerb untuk pelbagai produk berasaskan witch hazel yang lain (seperti dalam gambar di atas). Harganya jauh lebih murah, tapi produk ini tak jual di Malaysia. Reseller mungkin jual mahal sikit dan kalau beli direct dari laman web iHerb ini kena bayar shipping cost ke Malaysia. Haa ajak kawan-kawan shopping sekali boleh share shipping cost tu.




Rujukan : di sini dan di sini, serta wikipedia




NISA KAY

AirAsia Open Doors Contest - Alang-alang menyeluk pekasam !

$
0
0



Assalamualaikum...


Haa meriah sana sini berkejaran mencari pintu-pintu AirAsia demi sebuah penyertaan untuk contest AirAsia Open Doors. Peserta dari seluruh Malaysia meneyrtainya dengan menjejaki pintu-pintu yang telah AirAsia letakkan di beberapa lokasi seluruh Malaysia dan mengambil gambar bersama pintu tersebut serta upload di Instagram. 


My first door - IOI Putrajaya Mall

Setiap gambar pintu akan diberikan markah tertentu, juga bila gambar pintu anda diundi, anda akan mendapat markah. Setiap hari, anda perlu share mengenai laman web AirAsia Open Doors ini di Facebook atau di Twitter untuk mendapat markah tambahan. One thing about this contest kan, anda tidak boleh undi gambar yang sama.


Total pintu ada 16 yang diletakkan di seluruh Semenanjung Malaysia - 3 pintu terletak di Sunway Pyramid Selangor, 2 pintu terletak di IOI City Mall Putrajaya, 1 pintu di 1Utama PJ, 1 pintu di Setapak Central Mall, 1 pintu berada di luar butik H&M di Lot 10, 1 pintu di KLIA2, 1 pintu di Johor Bahru (tak ingat nama mall), 2 pintu ada di Dataran Pahlawan Mall Melaka, 2 pintu lagi berada di East Coast Mall Kuantan dan 2 pintu terakhir di Gurney Plaza Pulau Pinang.


Dari kiri : IOI Putrajaya Mall, KLIA2 dan 1Utama Shopping Centre

Asalnya Nisa mendaftar di website AirAsia Open Doors ni sebab nak mengundi kawan-kawan. Semua yang menyertai atau nak mengundi wajib berdaftar menggunakan akaun Facebook masing-masing. Jadi tujuan asal adalah untuk support dan undi gambar kawan-kawan yang sudahpun menyertai contest Open Doors ini.


Tapi entah macam mana boleh terjoin sekali door hunt dorang dorang ni. Hahahaa.. Pintu pertama yang Nisa upload ialah pintu yang berada di IOI City Mall Putrajaya. Secara spontan, Nisa terus menuju ke sana lepas waktu kerja sebab kawan-kawan nak pergi beramai-ramai. Maka bermulalah journey Nisa untuk Air Asia Open Doors contest ni. Memang tidak dijangka langsung !


Ketiga-tiga pintu ini di Sunway Pyramid Mall.

Memang excited tau "mengejar pintu" ni. Keghairahan nak mengumpul mata dan berposing di pintu-pintu yang telah diselerakkan di seluruh Semenanjung Malaysia. Yang best nya sebab ada kawan-kawan yang sama-sama join contest ni, jadi kami tolong satu sama lain. Kau amik gambar aku, aku ambik gambar kau. Yang penting kami posing puas-puas di depan pintu dan upload pic yang kami rasakan paling lawa hahaha.





CABARAN MENGEJAR PINTU :

Siapa kata join contest takde cabarannya. Mungkin ada yang beranggapan, alah ambil gambar bersama pintu je pun, siapa pun boleh buat. Ya memang betul tu. Tapi bekerja mengikut office hours juga mencabar sebab ada masa yang agak terhad untuk mencari pintu dan ambil gambar cepat-cepat. Lagi-lagi Nisa join contest ni dah lambat. Ramai peserta lain yang sudah mencapai ribu-ribu markahnya, kita pula baru terkedek-kedek nak masukkan penyertaan. 


Selain itu, pintu-pintu yang terletak di lokasi yang agak jauh jugak membuatkan Nisa tertanya-tanya berbaloi ke tidak nak travel all the way ke negeri lain untuk mengutip mata ? Kalau dah pergi sana tu lebih mudah kalau pergi dengan kawan agar ada yang boleh tolong ambilkan gambar berbanding mintak tolong strangers kan ? Kalau dengan kawan, nak bergambar 1000 kali pun takde hal.


Selain itu, apabila penyertaan semakin banyak, sistem website pula makin slow dan gambar-gambar yang kita dah upload di laman Instagram kita tak muncul di profile kita di laman web AirAsia Open Doors. Ada gambar yang Nisa terpaksa re-upload banyak kali dan mujurlah Nisa ada beberapa pilihan gambar. Kalau re-upload gambar yang sama pun tak best haha.



PINTU PALING JAUH ???

Sangat tidak dijangka apabila Nisa dan beberapa rakan blogger lain duduk minum jus Boost di KLIA2 selepas ambil gambar di pintu di sana.. kami terus dapat idea gila untuk terjah Penang bagi mengejar dua pintu yang terletak di Gurney Plaza! Tengok tiket flight, macam murah la jugak sebab bawah RM150. Hmmm boleh tahan lah. Neyra pula ditugaskan mencari hostel yang murah dan selesa.


Perjalanan kami bermula kurang 24 jam dari tempoh kami merancang. Memang impromptu dan serius tidak dijangka langsung! Jadi di Penang kami sempat melakukan beberapa aktiviti umpama pelancong haha ! Tapi itu Nisa cerita lain la ya.. Memang gila betul sampai ke Penang cari pintu ! Melaka pun Nisa pergi.. dengan bantuan Budak Lelaki Sebelah Pintu, Nisa bergambar di pintu yang terletak di Dataran Pahlawan Mall.





Contest tersebut sudah pun lama tamat. Dan diharapkan agar Nisa dapat la menang something daripada contest tersebut. Memandangkan masa dah suntuk, Nisa siap buat giveaway untuk mengaut lebih banyak undi dari followers. InshaAllah kalau ada rezeki tu, ada lah. Kalau tak silap, contest berakhir pada pertengahan Januari yang lalu. Keputusan masih belum diumumkan.. marilah kita sama-sama doakan ada rezeki Nisa ya. Thank you !



NISA KAY.


Nak rapat dan ketat ? Mari dekat kenali SIS PERAPAT !

$
0
0



Assalamualaikum...


Wah wah kemain lagi Nisa ni ya.. Mentang-mentang dah lama tak update blog, sekali update je fuhh kasi bakar line ehh.. Amende yang RAPAT ?? Apa pulak yang KETAT ??? Haishhh macam-macam kan Nisa ni? Haha sebelum kalian cekap mencipta spekulasi dan andaian, Nisa cadangkan agar para pembaca semua baik-baik baca mengenai SIS PERAPAT nii... sebelum kita mulakan, jom bisik bersama-sama dengan Nisa.. "S.... i... ssssss".




Sebelum Nisa bercerita dengan lebih lanjut mengenai produk penjagaan alat sulit wanita seperti yang anda sudah lihat di dalam intro, Nisa nak kongsikan sedikit mengenai acara pelancaran produk oleh Del Billionaire Sdn Bhd yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah lebih kurang seminggu yang lalu. Iya deknon, sampai ke Sabah kami terbang untuk pelancaran produk anak tempatan. Fuhh bangga !



Del Billionaire merupakan syarikat yang dinaungi Pn Sarzielawatie Samad. Kini seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak, Pn Sarzielawatie kerap melakukan video live di laman Facebooknya untuk berkongsi mengenai tips dan berbicara mengenai hal-hal kewanitaan serta rumah tangga. Sering menggunakan nickname "Sis Perapat" di laman sosial memberi idea kepada beliau untuk mengeluarkan produk penjagaan kebersihan khusus wanita dan menggunakan SIS PERAPAT sebagai jenama.



PENJAGAAN ALAT SULIT WANITA

Dunia sekarang sudah semakin terbuka, kita tak perlu malu lagi jika berbicara mengenai kesihatan dan kebersihan bahagian intim wanita. Sudah banyak produk penjagaan miss V yang wujud di pasaran dan ada banyak perkongsian info mengenai cara penjagaan bahagian intim wanita ini. Yang penting kita sendiri meneliti segala info dan study sikit la mengenai do's and don'ts dalam menjaga alat sulit ni kan.


Lebih-lebih lagi bahagian sulit wanita merupakan antara bahagian paling sensitif pada tubuh badan wanita. Ada yang makan supplement untuk menguatkan bahagian tersebut dari dalaman, ada yang gigih mencari produk mencuci miss V yang bersesuaian dengan kondisi miss V masing-masing. Haa ini yang Nisa nak ceritakan, mengenai cara-cara untuk menjaga bahagian intim wanita yang mudah dan cepat !





SIS PERAPAT - SEMBUR SEMBUR FUHHH RAPAT !!

Biasanya kalau pencuci alat sulit wanita yang banyak di pasaran tu, kita akan gunakan bila selepas mandi je kan? Ramai ke yang rajin nak bawak ke sana sini mencuci miss V korang kalau buang air? Haa macam leceh pulak kan sebab nak kena bilas betul-betul. Nak yang mudah, nak yang cepat... SIS PERAPAT lah jawapannya ! Nak rapat dan ketat ? Mari dekat-dekat baca cepat-cepat!


#1 MUDAH DIBAWA KE MANA-MANA

Spray SIS PERAPAT mula dikeluarkan dalam saiz trial iaitu 30ml, dan dalam 30 hari sahaja sudah terjual 1000 botol ! Fuhh betapa cepatnya terjual. Ternyata walaupun baru di pasaran tidak menjadi halangan untuk memikat pengguna. Saiznya yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil memudahkan para wanita untuk membawa produk ini ke mana-mana. Kalau tak percaya, pergi bacablog backpacker tegar Neyra Shazeyra, SIS PERAPAT ni antara keperluan wajib travel tau !


#2 MUDAH DIGUNAKAN - SPRAY AJE !!!

Memandangkan mudah untuk anda bawa ke mana-mana, cara penggunaannya juga begitu mudah sejajar dengan kesibukan para wanita masa kini. Anda tidak perlu bilas, tidak perlu gosok beria-ia, hanya SPRAY SAHAJA. Iyeee kakak-kakakkk... semburan alat sulit wanita ini wajib anda dapatkan segera !


#3 MEMBANTU MEMBASMI KUMAN

Bahagian sensitif wanita ini boleh mendatangkan penyakit seandainya tidak dijaga betul-betul. Hishh mintak jauh la kan, maka kita pun kena lah menggunakan produk miss V yang betul. SIS PERAPAT mempunyai bahan-bahan anti bakteria untuk memastikan miss V kekal segar dan bersih selain memberikan banyak manfaat lain.





#4 BOLEH DIGUNAKAN PADA BILA-BILA MASA !

Memandangkan SIS PERAPAT dalam bentuk spray, anda bebas menggunakannya pada bila-bila masa sahaja untuk kekal segar dan yakin sepanjang hari. Bila dah bawak bersama-sama tu, setiap kali ke tandas pun boleh guna ! Takde masalah ye.. Yang penting bahagian intim terjaga..


#5 BERSIH DAN RAPAT FUHHH... !!!

Selain membantu mengekalkan kebersihan dengan ciri-ciri anti bakteria, SIS PERAPAT juga mampu membantu merapatkan dan mengetatkan miss V - lebih-lebih lagi bagi golongan yang sudah berkahwin. Ehhh malu pulak kite nak cakap kite tak kawen lagi hew hew ~ Tapi kalau pergi Facebook Page SIS PERAPAT boleh tengok sendiri testimoni dari para isteri hiks. Makin rapat dan ketat, suami pulak sering lekat adududuuuu !!


#6 ANAK DARA DAN LELAKI PUN BOLEH GUNAKANNYA !

Siapa kata produk sebegini hanya sesuai untuk wanita berkahwin sahaja ? Menjaga kebersihan adalah tertakluk kepada semua ya... Yang gadis-gadis boleh mencuba SIS PERAPAT sebagai penyelesaian masalah keputihan.. yang lelaki boleh beri kepada isteri anda.. atau boleh gunakan ketika di tandas - sembur pada mangkuk tandas untuk membunuh bakteria.




Ada banyak lagi yang Nisa nak huraikan, tapi takut sampai esok pun tak sudah-sudah menaip niii muahaha.. Boleh rujuk pamphlet di atas untuk senarai kelebihan produk SIS PERAPAT ni.. Bila kurangnya masalah bau dan keputihan alat sulit wanita, kita pun rasa lebih selesa dan yakin nak keluar berdepan dengan orang kan !




Menjaga bahagian intim wanita ini merupakan perkara yang sangat kita perlu titikberatkan. Jangan ambil mudah ya. Ini berkaitan dengan kesihatan kita juga. Alat sulit yang tidak bersih juga boleh mendatangkan pelbagai masalah dan penyakit. Jadi, jangan ambil mudah.. haa dah boleh boleh dah tu korang usha SIS PERAPAT ni...


BERAPA HARGANYA ??? 
Sis Perapat kini telah mula dijual di dalam botol saiz penuh iaitu 50ml dengan harga RM59.00 sahaja tidak termasuk postage RM8 ke Sabah / Sarawak dan RM10 pos ke Semenanjung Malaysia.


BAGAIMANA NAK BELI ???
Boleh dapatkan terus dari :



Selain dari SIS PERAPAT, syarikat Del Billionaire Sdn Bhd juga ada mengeluarkan serum untuk wajah.. boleh check out blog Yatie Owner untuk baca mengenai Delia Gold Serum. Haa banyak banyak nak masukkan ke dalam satu blogpost susah jugak ! Singgah blog rakan blogger Nisa pulak la ye.. Hahah.. 

Dan sekali lagi, for those yang suka atau kerap travel tu, boleh ke blog Neyra Shazeyra untuk tips menjaga miss V ketika travel. Haa berjalan tu berjalan jugak, jangan sampai lupa kebersihan bahagian intim kite. Kite kan pompuannn, kite ade sense tu.. yang miss V kite tak bersih dan tak selesa !!!! Ehhh. 





Sekali lagi... jom bisik bersama Nisa... "S.... i... ssss...."

NISA KAY.

MY OWN BAKES CAFE @ 8 Kinrara pilihan Nisa !

$
0
0



Assalamualaikum...

Hujung minggu yang panjang bakal menghampiri kita dan semestinya rata-rata dari kita sudahpun merancang untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti termasuklah bercuti atau pulang ke kampung masing-masing, ada yang nak pergi picnic, hiking dan sebagainya. Bagi warga kota yang tidak ke mana-mana, kafe yang ingin Nisa kongsikan ini mungkin boleh menjadi salah satu destinasi santai untuk korang !




MY OWN BAKES CAFE @ 8 KINRARA 

My Own Bakes Cafe bermula dengan sebuah kiosk makanan pencuci mulut di Subang Parade, dan kiosk tersebut masih lagi beroperasi di sana. Dan sekitar Julai 2017, My Own Bakes Cafe membuka cawangan baru di 8 Kinrara yang terletak di Bandar Kinrara Puchong. Dan sejak dari itu, sambutan yang mereka dapat begitu di luar jangkaan. Nisa sendiri pun sepanjang berada di kafe ini, ramai pelanggannya... FULL HOUSE !



Suasana yang begitu cozy dan relax sewaktu Nisa mula-mula sampai. Gaya yang ditampilkan oleh kafe ini begitu moden dan bersahaja, tidak melebih-lebih dan sangat santai. 




Antara yang menarik perhatian Nisa sewaktu mula-mula melangkah masuk ke My Own Bakes Cafe ini ialah ruangan bermain untuk kanak-kanak turut tersedia di dalam Cafe ini. Jadi jika ada yang membawa anak kecil atau adik boleh lah alih perhatian mereka dengan permainan-permainan yang ada di sini. 



Sebuah sinki juga disediakan di cafe ini. Sambil melangkah masuk ke kafe tu kan, sempat lah jeling dekat cermin tu, tengok diri ini helok ke tidak. Hahaha..

Baiklah... jom kita beralih ke menu-menu yang terdapat di My Own Bakes @ 8 Kinrara ni.




CUPCAKES !!! Ada pelbagai jenis cupcakes yang nampak sangat cantik , kemas dan enak !! Huiiii terus rambang mata nak pilih yang mana satu. Bagi mereka yang menyukai makanan pencuci mulut seumpama ini, pasti akan sukakan pilihan manisan yang terdapat di kafe My Own Bakes Cafe @ 8 Kinrara ni..




COOKIES and CAKES !!! Ada beberapa pilihan kek dan juga biskut. Sayangnya Nisa tak berkesempatan merasa biskut tersebut. Sebab duk order makanan lain hew hew hew. Maklumlah bila banyak makanan yang nampak enak di depan mata ni, susah sikit nak buat pilihan. Mujur datang bersama rakan-rakan, boleh order beberapa jenis menu dan berkongsi rasa dengan semua orang!



Bagi mereka yang nak makan makanan yang berat dan lebih mengenyangkan, jangan risau di My Own Bakes Cafe @ 8 Kinrara turut menyediakan menu-menu yang terdiri daripada pasta dan ianya boleh diorder dalam bentuk Combo Set Meal. Lebih mudah dan jimat begitu.


Selain itu juga, kafe ini menerima tempahan untuk majlis-majlis tertentu. Contohnya nak tempah cupcakes atau kek untuk majlis hari jadi, cenderahati dan sebagainya.. Boleh hubungi mereka menerusi laman Facebook Page My Own Bakes @ 8 Kinrara untuk maklumat lanjut ya. 




Nisa minum air ICED TROPICAL SHAKEN TEA. Ya Allah.. teguk je air ni fuhh terus jatuh cinta ! Sebab fresh sangat rasa dia. Tak manis sangat, just nice ! Memang antara yang wajib korang cuba kalau datang ke kafe ni tau. Rasa nak order dua gelas lagi !



Ini senarai makanan yang kami order hari tu :

Carbonara Pasta
Aglio Olio Pasta
Bolognese Pasta
My Own Bakes Tuna Sandwich
My Own Bakes Special Waffle



My personal favourite ? BOLOGNESE PASTA. Well.. bolognese has always been my preference, all the times. So of course aku ada expectation tersendiri when it comes to bolognese pasta. Guess what ?? Memang jatuh cinta sangat dengan bolognese pasta dekat kafe ni.. Gravy dia sedappp dan rasa isi daging kisar di dalam sos tomato nya. Semuanya cukup balance. 



Haaa.. tidak dilupakan CARBONARA PASTA dan juga AGLIO OLIO PASTA.. kedua-duanya sedap ! Kalau tanya kawan yang lain, ada yang suka carbonara, ada yang suka pedas-pedas dan memilih aglio olio. Haa pendek kata semua sedap laaa...



M.O.B. TUNA SANDWICH
Loveeee the softness of the croissant and the rich flavor of the tuna !

M.O.B. SPECIAL WAFFLE
Pencuci mulut yang lembut dan enak ! Love thisss. Sesuai sangat untuk kanak-kanak juga.




This is their best seller cakes !!! Wajib sangat try kek BABA NYONA, CARROT CAKE dan RED KEBAYA kalau datang ke My Own Bakes Cafe @ 8 Kinrara ini okayyy !! Suka sangat kek mereka tidak dilimpahi icing sahaja.. Memang rasa yang balance, icing dan kek nya. Tak terlampau manis dan I loveee the softness of the cake.. Boleh tempah untuk beli sebiji kek terus haaa boleh hidang di majlis-majlis yang anda inginkan !



Jadi, kesimpulannya.. kenapa Nisa pasti akan datang lagi ke sini ?
  • Suasana cozy dan sangat relax.
  • Boleh buat tempahan untuk makan-makan.
  • Menu yang pelbagai, dari makanan yang berat hingga ke pencuci mulut.
  • Harga yang berpatutan.
  • Lokasi yang tidak begitu padat, just nice. (Mungkin akan lebih padat dan busy di masa akan datang)
  • Terdapat ruang bermain untuk kanak-kanak.




Jadi bagi mereka yang ini ke kafe ini untuk maklumat lanjut, boleh rujuk butiran di bawah :

Facebook Page : My Own Bakes Cafe

Instagram : @myownbakescafe

Alamat : My Own Bakes Cafe
8 Kinrara, B-LG-11, Jalan 5A/3B, Bandar Kinrara 5





NISA KAY.

SURF THIS LOVE - Filem berkenaan surfing PERTAMA di Malaysia !

$
0
0


Assalamualaikum...

Wahhh busy betul Nisa ni ke sana sini sampai lupa nak update mengenai sebuah filem tempatan yang Nisa sempat tonton baru-baru ini. Terima kasih pihak filem SURF THIS LOVE sebab sudi jemput Nisa datang ke majlis Malam Gala untuk tayangan filem ini. Excited jugak sebab hello, first movie berkaitan surfing di Malaysia kot ?




Nyanyian lagu teman filem Surf This Love :
GUA TARAK GOYANG oleh Bee.Ru ft Shukri Yahya.



Lagu OST Surf This Love : NANTI DULU oleh Fareez Zen




INFO & REVIEW NISA MENGENAI FILEM SURF THIS LOVE :

  • Ini adalah filem mengenai SURFING yang PERTAMA di Malaysia. Mungkin kerana surfing tidak begitu menjadi keutamaan buat warga Malaysia. Namun terdapat beberapa lokasi surfing di Malaysia yang anda mungkin belum tahu.

  • Jalan cerita yang santai dan disulami dengan humor terutamanya watak Billy (Shukri Yahya) dan kakaknya. Memang kelakar dan ngam la kedua-duanya sebagai adik beradik.

  • Watak yang dibawakan oleh Shukri Yahya memang lain dari yang lain berbanding dengan watak-watak yang pernah beliau galas sebelum ini. Anak pulau yang bercita-cita besar ingin mengikut jejak langkah surfer terkenal.

  • Antara cabaran untuk filem ini adalah shot ketika surfing. Dan Nisa mendapat tahu mereka juga turut menjalani penggambaran di Bali untuk shot surfing. Apa yang Nisa harapkan adalah lebih banyak skill atau teknik surfing dipaparkan, mungkin dengan bantuan stunt / surfer sebenar?

  • Percubaan yang harus diberikan pujian bagi filem mengenai surfing pertama di Malaysia. Jalan cerita yang tidak terlalu berat, santai, disulami adegan lucu.. sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat!

  • Watak "soul surfer" yang dibawakan oleh Pekin Ibrahim agak meninggalkan kesan kerana watak yang digalas beliau adalah seorang surfer lagenda yang give up dengan surfing dan Billy berusaha sedaya upaya untuk memujuk beliau mengajarnya teknik surfing.



Sumber foto : di sini

SURF THIS LOVE boleh dijadikan pilihan untuk anda menonton filem bercorak santai dan humor dengan keluarga dan rakan-rakan di hujung minggu. Masih bertayangan di pawagam berhampiran anda ! Dan jangan lupa dengarkan lagu OST filem ini di laman youtube GSR Production.





NISA KAY.

SAMYEANG SHOWDOWN oleh Domino's Pizza ! Pizza berperisa Korea kini melanda Malaysia !

$
0
0

Shamsul Amree, Senior General Manager, Operations, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore and Linda Hassan, General Manager, Marketing, Domino's Pizza Malaysia and Singapore showcasing Domino's Pizza's latest Samyeang Pizzas layered with uniquely developed Samyeang sauce.

Assalamualaikum...

Lebih kurang seminggu yang lalu Domino's Malaysia telah melancarkan rangkaian produk yang berasaskan perisa popular dari Korea iaitu PIZZA SAMYEANG yang terdiri daripada 3 pizza berperisa Samyeang : Piza Tuna Samyeang, Piza Ayam Samyeang dan Piza Daging Samyeang. Melengkapi trio pizza berperisa samyeang ini ialah kepak ayam yang sangat diminati ramai iaitu Kepak Ayam-haseyo.



Nisa berkesempatan mengikuti majlis pelancaran PIZZA SAMYEANG bersama KEPAK AYAM-HASEYO ini yang berlangsung di Evolve Concept Mall, Ara Damansara. Memang meriah sangat ! Dengan muzik kpop, games yang berasaskan kpop.. haa memang Korean habis lah ! Peminat kpop mesti seronok niii bertambahnya lagi makanan yang berasaskan Korea.



Haaa ini peminat kpop tengah main games di atas pentas. Memang meriah lah kan ! Pandai dorang menyanyi lagu Kpop ye. Nisa pun tak reti nak hafal perkataan-perkataan Korea. Hahaa.. Apa-apa pun tahniah kepada peserta yang sangat sangat sporting dan berjaya memenangi voucher Domino's Malaysia. Memang seronoklah selalu dapat Domino's Pizza lepas ni! Hehe~



Wahhh inilah dia ketiga-tiga Piza Samyeang dari Domino's Pizza Malaysia ! Seperti yang kita tahu, perisa Samyeang telah melanda negara kita dengan ganasnya. Kalau diingatkan kembali fenomena mi segera perisa sos samyeang ni kan.. Fuhhh! Memang bergegar satu Malaysia sampaikan susah betul nak cari ! Tapi kini tak susah lagi.. Domino's Pizza pun dah keluarkan pizza berperisa Samyeang! Fuhh pedas pedas tapi nak lagi! 



Turut bersama dengan para jemputan dan peminat Korea di hari pelancaran Samyeang Showdown adalah THE SAMYEANGS ! Haaa Domino's Pizza Malaysia pun dah ada their very own Kpop Superstar ! Boleh tonton music video lagu Samyeang Showdown mereka di sini



TUNA SAMYEANG PIZZA - Nisa tak berkesempatan nak rasa Tuna Samyeang di hari pelancaran ni! Tapi Nisa sememangnya sukakan tuna. Tak sabar nak pergi ke Domino's Pizza dan order Tuna Samyeang ni ! Sesuai untuk mereka yang tak makan ayam atau daging.



CHICKEN SAMYEANG PIZZA - Fuhhh pedasssssss ! Bagi Nisa yang tak makan makanan pedas ni, pedas pizza perisa samyeang ni lain maciam beb! Ada masam manis pedas yang sesuai betul dengan tekak orang Malaysia ni kan.. rasa macam nak lagi dan lagi !



BEEF SAMYEANG PIZZA - Pedas wehhh yang ni ! Bagi tahap kepedasan yang Nisa boleh handle, yang ini paling pedas kot Nisa rasa! Tapi pedas-pedas dia pun, memang sangat mengingatkan Nisa kepada perisa mi segera samyeang tu haa ! Fuhh terbaekkk lah Domino's Malaysia ! Pedas sampai hidung dan mata berair pun, rasa nak makan lagi !



KEPAK AYAM-HASEYO ! - Tak sah dan tak lengkap ciri-ciri makanan Korea kalau takde kepak ayam bersalut perisa samyeang tau ! Haaa didatangkan sekali dengan tiga Pizza Samyeang Showdown, Kepak Ayam-Haseyo disalut dengan sos samyeang kaya dengan rasa pedas-pedas manis yang disukai warga Malaysia. Jangan lupa cuba tau! Konfem sedap sehingga menjilat jari !



Untuk mendapat nilai yang lebih baik lagi, para pelanggan boleh memesan 2 Pizza Deal dan menikmati Piza Samyeang terbaru dengan lebihan keju. Harga yang ditawarkan adalah daripada RM33 untuk 2 piza bersaiz regular, RM55 untuk 2 piza bersaiz besar dan RM77 untuk piza bersaiz Ekstra Besar.

Manakala Piza Samyeang bersaiz personal adalah sah untuk tawaran Super Tuesday pada setiap hari Selasa dengan tawaran harga bermula serendah RM3.90 untuk tempahan dalam talian dan RM4.90 untuk tempahan di kaunter.


Dapatkan segera Piza Samyeang dan Kepak Ayam-haseyo dari mana-mana outlet Domino's Malaysia kerana hidangan ini sudahpun boleh didapati bermula 26 Februari yang lalu. Haaa Nisa pun nak kena pergi Domino's Pizza berdekatan ni, nak makan sekali lagi hidangan Piza Samyeang ni ! Fuhh Kpop sungguh ku rasa !



NISA KAY.

WARDAH BEAUTY Brunch with Dewi Sandra

$
0
0


Assalamualaikum...

Sebenarnya acara ini dah berlangsung beberapa minggu yang lalu. Memandangkan sejak dua menjak ni Nisa sedikit berkelapangan, jadi Nisa korek kembali album gambar dalam hard disk dan tengok mana yang Nisa masih boleh kongsikan dengan kalian. Baca tajuk pun dah tahu this was an exciting session, because I was going to meet someone I like so much since my schoold days !!





WARDAH BEAUTY adalah jenama kosmetik dan skin care yang sudah lebih 20 tahun bertapak lama di Indonesia dan sangat popular di sana. Kalau sebelum ni jenama ini belum masuk ke Malaysia, setiap kali ke Jakarta mesti ada seorang dua rakan yang mengirimkan produk Wardah untuk Nisa tolong belikan dari sana. 



Melangkah je masuk ke Orchid Conservatory Room di Majestic Hotel ni, mata Nisa tertancap kepada sosok yang dinanti-nantikan. Ohhh dia sudah sampai! Dek kerana jalan yang sesaknya luar biasa pagi itu, lambat sedikit Nisa tiba. Tetapi masih antara yang paling awal. Wuiyooo makin cantik dan berseri tauu Dewi Sandra ni !



Minum pagi bukan sebarang minum pagi, WARDAH turut menyediakan aktiviti untuk para hadirin. Kami kena hias kotak produk WARDAH ni dengan bunga-bunga segar dan barang hiasan yang sudah disediakan. Pemenang of course akan dapat hadiah.. Hehe nervous la kejap sebab Nisa tak pandai nak hias hias ni, lagi lagi gubah bunga. Aduuuu ~




Haa.. ini ada sedikit sedutan mini vlog semasa acara tersebut berlangsung.




Seperti yang anda tonton di dalam mini vlog Nisa, Nisa berjaya memenangi hadiah untuk pemenang pilihan Dewi Sandra. Hew heww kembang hidung kejap. Hiks alhamdulillah ! Terima kasih WARDAH buat aktiviti macam ni, totally not something I'm used to... but it was so much fun playing around with the flowers.



Dayah Bakar berkongsi mengenai single terbaharu beliau yang bertajuk "Imamku".



Group photos ! All pinky pinky.. What a sweet and lovely day with the girls !


ALHAMDULILLAH terima kasih Wardah adakan sesi brunch bersama-sama dengan duta Wardah dan juga bintang filem terkenal Indonesia, Dewi Sandra. Ternganga kejap tengok Dewi menyanyi secara live lagu "Melayang" yang banyak melonjakkan nama Dewi. Sweet sangat ! Bersyukur sangat diberikan peluang ini.



Lots of love !




NISA KAY.



Siri Realiti Kehidupan NUR SAJAT di tonton dan single terbaharu beliau !

$
0
0


Assalamualaikum semua...

Wahhh nampak nama NUR SAJAT dekat tajuk, laju je korang klik blog post ni kan ??? Kalau nak tahu, dua hari yang lalu telah berlangsungnya majlis pelancaran siri realiti kehidupan usahawan terkenal Nur Sajat dan juga beliau melancarkan single terbaharu beliau!!



NUR SAJAT TIDAK PATAH SEMANGAT : TAMPIL DENGAN SINGLE TERBAHARU "MAKHLUK PENGGODA"

Ternyata kolaborasi beliau dengan Dato' Aliff Syukri sebelum ini mendapat kritikan hebat dari netizen, tapi apa-apa pun minat Sajat untuk menghasilkan masterpiece seterusnya tidak dipatahkan dengan komen-komen yang diterimanya. Beliau kini kembali dengan single terbaharu yang diberi tajuk "Makhluk Penggoda". Single ini dihasilkan oleh penyanyi dan komposer berbakat besar iaitu Aepul Roza dari Drama Band. 



KOLABORASI BERSAMA DATO' ALIFF SYUKRI 

Kalau dulu, Nur Sajat yang ditampilkan di dalam single Dato' Aliff Syukri menerusi lagu Abang Nak Tegur, single dari Nur Sajat juga menampilkan insan yang sama berkolaborasi dengan beliau. Haaa kalau nak dengar lagu penuh Makhluk Penggoda ni, boleh tonton video lirik penuh di sini :



Sayanggg aduhai sayanggg... boleh melekat dalam kepala ni ! 




"NUR SAJAT RATED XTRA"
SIRI REALITI "VLOG" DI SEBALI KEHIDUPAN FIGURA BERNAMA NUR SAJAT

Eksklusif di portal tonton, anda kini dapat menonton siri realiti yang ditampilkan dengan format vlog yang berdurasi sekitar 7 hingga 11 minit setiap satunya. Siri ini telah bermula siarannya di portal tersebut bermula 28 Februari lalu. Dan terdapat dua episod baru setiap minggu yang akan dimuat naik ke portal tonton setiap hari Rabu dan Khamis. Dengan melanggan akaun VIP, anda akan dapat menonton siri ini.


Sumber gambar : di sini

BERTEMU DENGAN SAJAT DI MAJLIS BERBUKA PUASA TONTON

Segeralah menjadi VIP tonton untuk berpeluang memenangi jemputan ke majlis berbuka puasa bersama tonton dan berpeluang bertemu dengan Nur Sajat ! Langganan VIP kini mempunyai potongan 50% hingga akhir Mei ! Jadi cepat-cepat subscribe segera okay !

Bermula 1 sehingga 15 April 2018, sertai peraduan khas di www.xtra.com.my untuk memenangi jemputan istimewa ke Majlis Berbuka Puasa tonton bersama Nur Sajat. Daftar sebagai tonton VIP, jawab soalan berkenaan Nur Sajat berdasarkan siri vlog dan berpeluang menyertai pengalaman makan malam istimewa bersama Nur Sajat!
Guna kod promo NURSAJAT di www.tonton.com.my bermula 1 sehingga 15 April 2018 dan nikmati potongan langganan tahunan tonton VIP sehingga 50%.


Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) Kembali !! Jom ramai-ramai sertainya !

$
0
0



Hai semuaaa !!

Rindunya nak update blog ! Sebenarnya entry ini telah Nisa karang beberapa hari lepas namun di atas kesilapan teknikal, entry ini tidak muncul di blog ini seperti yang sepatutnya dan Nisa terpaksa menulis semua dari awal hingga ke akhir ! Allahu.. sesungguhnya tiada ujian dari-Nya yang kita tidak mampu hadapi. Tak mengapalah kan. Haa kepada gadis-gadis melayu di luar sana, ada berita baik untuk anda !



Masihkan anda ingat mengenai pertandingan ratu cantik yang digelar PENCARIAN WANITA MELAYU (PWM) yang dianjurkan saban tahun oleh Plaza Shah Alam ??? Haa tahun 2018 merupakan tahun ke-5 Plaza Shah Alam menganjurkan pertandingan ini, membuka peluang kepada gadis-gadis melayu di luar sana mempamerkan bakat masing-masing di samping mengekalkan ciri-ciri gadis melayu yang dicari.


PWM2018 KEMBALI ! LEBIH RAMAI PESERTA DICARI !

Haaaa tahun 2018 merupakan tahun ke-lima penganjuran PWM2018 dan dengan platform mempromosi yang lebih meluas berbanding tahun-tahun sebelum ini, pihak Plaza Shah Alam menjangkakan lebih ramai penyertaan kali ini dan terdapat beberapa syarat penyertaan sudah diubah untuk mencapai misi ini.




BAGAIMANA HENDAK SERTAI PWM 2018 ??

1. Pertama sekali anda hendaklah mendaftar secara online menerusi laman web Plaza Shah Alam

2. Isi borang di link tersebut dan buat pembayaran yuran secara online.

3. Tarikh tutup penyertaan : 5 APRIL 2018 (Khamis)

4. Had umur : 18 hingga 30 tahun pada tarikh tutup penyertaan.

5. Tinggi hendaklah minima 160cm tanpa kasut.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut syarat-syarat penyertaan yang lain di sini.





PENYERTAAN DIBUKA UNTUK GADIS-GADIS 'CURVY' !

Masyarakat kita sudah lebih terbuka when it comes to "beauty". Kecantikan bukan sahaja perlu putih cerah, perlu kurus ramping. Kecantikan itu subjektif, dan dari dalam. Menyokong kenyataan ini, pihak Plaza Shah Alam membuka ruang dan peluang buat gadis-gadis curvy di luar sana untuk menyertai PWM 2018 dan membuktikan bahawa saiz bukanlah ukuran atau penghalang untuk anda bergelar "ratu cantik" !


Jangan lepaskan peluang untuk menyertai PWM2018 !! Mungkinkah anda yang dicari ???



Ikuti PLAZA SHAH ALAM menerusi laman sosial mereka :

LAMAN WEB   |   FACEBOOK PAGE   |   INSTAGRAM   |   TWITTER



Nisa Kay.

Kekal bertenaga, sihat dan cantik dengan SISTA STARDUST !!!

$
0
0



Assalamualaikum..


Banyak sebenarnya nak update dekat blog ni. Masa je tidak mengizinkan lantaran ada masalah kesihatan, banyak travel dan banyak meeting Nisa kena lunaskan terlebih dahulu. Tapi memandangkan Nisa ke hulu ke hilir kemain sibuknya Ya Allah.. maka kita perlukan makanan tambahan untuk pastikan badan sentiasa bertenaga, di samping dapat menjaga dalaman dan luaran sekali. Ecewahhh!!!



SISTA STARDUST merupakan jenama supplement yang agak baru di pasaran.. tapi jangan risau!!! Sebab kilang yang menghasilkan Sista Stardust ni merupakan kilang yang bertaraf GMP dan sebenarnya mereka sudah pun mempunyai produk kesihatan yang sangat established dan dijual dengan meluas di drugstores di seluruh Malaysia ! Haaa Sista Stardust ni merupakan antara jenama baru mereka dan memfokuskan kepada pasaran online. So tak perlu risau okay ? Memang ternyata kilang yang mengeluarkanSista Stardust ini ESTABLISHED dan SELAMAT !




Okay Nisa nak kongsikan dengan korang pengalaman Nisa consume sendiri Sista Stardust Berries Rose ni. Kenapa Nisa memilih Berries Rose ??? Haa ini merupakan kelebihan-kelebihan yang ada pada Sista Stardust Berries Rose ini.

  • Diperbuat daripada campuran bahan botani.
  • Ramuan istimewa Ramuan Kelopak Rose (Japan Whitening Techonology)
  • Membantu masalah jeragat, pigmentasi, bintik hitam dan lain-lain.
  • Mencerahkan kulit seluruh badan
  • Membantu menghalang pembentukan black head dan white head
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat dan jeragat
  • Membantu mengatasi masalah kulit berminyak dan pori terbuka
  • Kulit menjadi lebih lembap dan tona kulit lebih sekata
  • Sesuai untuk mereka dengan kulit sensitif
  • Ramuan yang baik untuk kesihatan mata.




PENGALAMAN PERIBADI BERSAMA SISTA STARDUST

Sejujurnya, when it comes to makanan tambahan yang kena bancuh begini, jarang Nisa dapat mengikuti betul-betul pengambilan setiap hari. Kiranya tak disiplin la kan. Kompem ada je skip atau tak jaga makan. Bila consume Sista Stardust Berries Rose ni, rasa taknak skip langsung ! Sedap rasanya sedap... tak terlalu manis ! Just nice ! Nisa suka.. !


Anda boleh pilih sama ada nak consume setiap malam sebelum tidur atau setiap pagi sebelum sarapan. Tapi bagi Nisa, Nisa selesa mengambilnya setiap pagi. Kiranya mulakan hari dengan Sista Stardust la katakan ! Sebab Nisa akan rasa lebih bertenaga kalau Nisa consume setiap pagi. Dan Nisa perasan badan rasa lebih lega sebab membuang angin ! Hahaa. Angin ni kalau tak buang memang rasa kembung je, rasa nak sendawa tapi tak lepas-lepas, eiii rimas kan !




Haaa... cara penyediaan pun senang sangat! Bancuh je dengan 150ml air sejuk, goncang sikit then siapp!!! Bila dah lama-lama minum ni (Nisa nampak kesan dengan pengambilan selama sebulan - 1 kotak Sista Stardust), Nisa perasan yang bila Nisa sunburn, kesan sunburn tu lebih cepat hilang dan sembuh. Kulit wajah pun semakin kurang pori pori yang terbuka luas tu. Nampaknya bukan produk skincare saja kena titik beratkan, pengambilan makanan tambahan pun penting untuk result yang lebih optimum !



Baru sahaja beberapa hari lepas Nisa bertemu dengan seorang rakan mekap artis untuk sebuah event. Sebelum mekap tu, beliau menegur Nisa "kenapa nampak makin cerah ni ??" Sebab si makeup artist tersebut tahu benar keadaan kulit Nisa sebelum ini. Pelik jugak sebab takde langsung ambil apa-apa supplement untuk whitening. Memang minum Sista Stardust secara konsisten sahaja !! Alhamdulillah syukur sangat Sista Stardust Berries Rose ni serasi dengan Nisa.


Takdelah putih seputih dinding atau kertas A4, haha ! Maksud Nisa.. tona kulit tu lebih sekata dan nampak lebih cerah berbanding dulu.. padahal minggu lalu baru sahaja pulang dari utara untuk event dan kat sana panaihh lit lit sampai burn kulit tau! Alhamdulillah gembira tau bila orang tegur macam tu. Memang Nisa akan terus consume Sista Stardust ! Tapi kena ingat, kita kena minum air masak banyak-banyak untuk kesan yang lebih best!




HARGA JUALAN : RM150 - 60 sachet

Harga yang tertera di atas merupakan harga untuk sekotak Sista Stardust yang mengandungi 60 sachet. Anda hanya perlu mengambil 1 sachet sehari, jadi sekotak boleh tahan dua bulan !! Haaa dua bulan sekali, memang berbaloi sangat lah harganya ni.


Perkongsian yang Nisa lakukan ni semestinya perkongsian yang jujur setelah Nisa sendiri consume dan rasakan kesannya. Kepada yang nak mencuba produk Sista Stardust, boleh check laman web Sista Stardust untuk senarai produk dan butiran lanjut mengenai setiap produk. Ikuti mereka di laman sosial untuk lebih perkongsian testimonial.







NISA KAY.

Ini 12 gadis yang merebut gelaran Juara PWM 2018 !

$
0
0



Assalamualaikum..



Hai semua !!! Haaa hari tu Nisa ada update mengenai Pencarian Wanita Melayu 2018 kann ?? Setelah sesi ujibakat dan pusingan saringan dijalankan.. Kini daripada beratus yang datang, 12 gadis bertuah telah terpilih untuk ke pertandingan akhir dan merebut gelaran Juara PWM2018 ! Jom ! Berkenalan dengan mereka dan lihat apa aktiviti yang mereka perlu lakukan sepanjang pertandingan berlangsung sebelum tiba hari untuk pentas akhir.


Dari kiri : Huda, Fatihah, mentor Nurhazwani dan Alya

Huda Saber (29)
Pernah beberapa kali mencuba untuk menjadi finalis PWM namun gagal tidak membuatkan Huda putus asa. Kali ini dengan kematangan dan visi yang lebih jelas Huda berdiri sama hebat dengan 11 finalis yang lain. Kini Huda masih lagi meneruskan pelajarannya di peringkat Master.


Nur Fatihah Sazali (25)
Wajah tidak asing lagi dalam mana-mana pertandingan kecantikan juga pencarian model, Fatihah sentiasa tampil yakin dan mahu menjadi inspirasi buat wanita di luar sana. Berpengalaman dalam peragaan.


Alya Iman (26)
Aktif sebagai travel blogger, Alya Iman yang memiliki pendidikan dalam bidang Bio-Chemical salah satu university di United Kingdom ini percaya PWM2018 mampu menjadikan dia lebih dekat dengan budaya Melayu dan sekali gus mahu membawa etika budaya Melayu ke peringkat lebih tinggi.



Dari kiri : Nur Ezzeyanti, mentor Ashira, Nadja Liza dan Siti Mastura.

Nur Ezzeyanti Natasha (20)
Masih muda dan cukup dikenali di landasan media sosial, Ezzeyanti memiliki pendidikan dalam bidang Seni dan Kebudayaan daripada Universiti Bandung. Minat dalam bidang ini membawa Ezzeyanti ke pertandingan PWM2018 untuk mencabar dirinya sendiri.


Nadja Liza (30)
Bidang kerja yang membawa dia terbang jauh ke sana sini membuatkan Nadja, seorang pramugari semakin mahu berkongsi akar budaya Melayu dengan orang luar. Kali ketiga menyertai pertandingan ini, Nadja membuktikan kesungguhannya kali ini terbayar kali ini apabila terpilih sebagai finalis PWM2018.


Siti Mastura (29)
Pernah viral sebagai Wartawan Dikejar Anjing ketika membuat laporan langsung bersama saluran TV terkemuka tempatan, Mastura merupaka ibu kepada tiga anak ini mahu membuktikan, wanita mampu melakukan apa jua yang mereka mahukan tanpa mengira batasan komitmen dan tanggungjawab menguruskan keluarga.



Dari kiri : Raihana, mentor Ema, Aunee dan Nurtinie

Siti Raihana (18)
Peserta paling muda dalam pertandingan ini, Raihana yang meminati bidang peragaan ini percaya Pencarian Wanita Melayu 2018 mampu menjadi platform terbaik buat dirinya untuk memulakan langkah awal dalam bidang ini.


Aunee Azrina (25)
Pernah menjadi wakil Malaysia dalam memperagakan busana tradisi Melayu di Jepun, anak kelahiran Perak ini berkemampuan bertutur lancar dalam Bahasa Jepun. Memiliki pendidikan Kejuruteraan electrikal, Tokyo University of Sience, Japan.


Amy Nur Tinie (22)
Cukup berpengalam dalam bidang peragaan tidak meletakkan dirinya terlalu besar berbanding peserta lain. Mengusahakan perniagaan Spa dan Kecantikan yang berlokasi di Ipoh, Perak – Tinie percaya visi PWM dan visinya seiring dalam memartabatkan Wanita ke peringkat global.



Dari kiri : Syuhada, mentor Nurul Ain, Athiyah dan Aisyah.

Nur Syuhada (22)
Percubaan pertamanya dalam Pencarian Wanita Melayu membuahkan hasil pabila berjaya ke peringkat akhir PWM2018. Mahu mencabar dirinya dalam melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan dan mahu meningkatkan keyakinan diri.


Nur Athiyah Hazirah (23)
Pelajar dalam bidang perakaunan ini meminati bidang peragaan ini mahu mencari jati diri dan meningkatkan keyakinan yang ada dalam dirinya menerusi program ini sekali gus berharap PWM2018 mampu menjadi platform terbaik mengembangkan bakatnya.


Nuraishah Razak (25)
Tujuan Aishah memasuki PWM2018 adalah untuk keluar daripada zon selesanya. Dia mahu lebih yakin, berani dan ke depan setiap kali berhadapan dengan orang. Sekali gus menjadi contoh juga inspirasi buat wanita di luar sana.





PLAZA SHAH ALAM merupakan penganjur utama pertandingan Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) dan PWM2018 diselia oleh Yann Rift sepanjang ia berlangsung. Menjadi 12 finalis, kesemua gadis-gadis ini perlu melalui pelbagai aktiviti dan cabaran sebelum beraksi di pentas akhir.

Dibahagikan kepada jagaan 4 orang mentor, kesemua finalis akan menjalani sesi fitting, aktiviti outdoor rock-climbing, makeup workshop bersama penaja ELIANTO, dan pertandingan memasak yang akan menyerlahkan lagi skil memasak serta kemahiran di dapur. Haa jangan kata wanita yang menjaga kecantikan dan aktif di pentas peragaan tidak pandai memasak ! Semua finalis pasti memberikan saingan yang sengit !






Pentas akhir yang akan diacarakan oleh pengacara terkenal Karl Shafek ini menampilkan 3 juri yang cukup berkaliber untuk menilai dan memberi markah kepada kesemua finalis. Meraka adalah : Encik Faizal Hamid (Pensyarah Kanan UiTM) , Kiffy Razak (Editor Majalah Nona) serta Puan Azura Mokhtar (Senior Centre Manager). Penyanyi remaja yang kian meningkat naik, Ismail Izzani juga akan hadir memeriahkan suasana!


Wahhh... nampaknya para finalis semua sama cantik, sama bergaya nih.. Bagaimana dengan skil mereka ? Siapakah yang akan merangkul gelaran JUARA PWM 2018 tahun ini ? Tak sabar nak menyaksikan pentas akhir PWM2018 yang berlangsung di Plaza Shah Alam, 28 April 2018. Jom datang beramai-ramai saksikan pentas akhir ini !






Pastikan OOTD post anda paling meletop ! Ini tips OOTD di pagi raya untuk anda !

$
0
0

-->

Assalamualaikum..

Hai semua ! Haa dah dalam sedar tak sedar kita dah pun memasuki minggu pertama berpuasa kan ! Memang excited dapat luangkan masa berbuka bersama keluarga dan kawan-kawan.. Dan ia adalah antara momen yang kita nanti-nantikan di penghujung hari setelah seharian menahan lapar dan dahaga.. wah dah macam ayat dari buku motivasi pulak kan ?? Selain berbuka puasa, ibadah sunat solat terawih juga amalan yang kita sentiasa nantikan.




Bercerita mengenai kemeriahan bulan Ramadan, masuk je minggu kedua nanti konfem kita dah mulakan pencarian persiapan raya.. contohnya, kuih raya sudah ditempah, dah mula merancang nak kemas rumah atau tukar langsir.. kalau yang ada budget lebih mungkin tukar perabot atau cat rumah.. Dan yang paling utama.. baju kena meletop vass di pagi rayaa !! Baju dah meletop vass macam baju dari CIRGARO Apparel (pilihan Nisa untuk raya tahun ni), gambar OOTD di laman sosial mestilah kena nampak gempak jugak kan ! Meh Nisa nak kongsikan tips menarik untuk mendapatkan gambar OOTD yang awesome !



Koleksi CIRGARO RAYA 2018 uiii rambang mata !

#1  |  BAJU RAYA KENA LAH UP-TO-DATE DAN MELETOPS !!!

Haaa.. berlumba-lumbalah kita semua mencari baju raya yang paling terkini, warna paling meletop.. nak baju raya sedondon dengan yang tersayang, sedondon dengan keluargalah.. haha macam-macam lagi lah. Antara brand yang sangat Nisa nak sarankan ialah brand CIRGARO Apparel di mana tahun ni they really step up the game ! Mengekalkan material dan hasil kerja yang berkualiti tinggi, CIRGARO tampil dengan pelbagai design baju raya trendy 2018 yang sangat up-to-date setara dengan pelbagai jenama di luar sana. Dah dua tahun berturut-turut Nisa beli kutra CIRGARO untuk abang-abang Nisa dan tahun lalu pun Nisa beraya dengan baju CIRGARO.. Haaa tak sudah-sudah ditanya saudara mara beli baju dari mana ! Keh keh keh..





#2  |  KENALPASTI SIAPA YANG PANDAI AMBIL GAMBAR!

Ini langkah yang sangat penting yaaa… dalam adik-beradik atau sepupu sepapat yang beramai-ramai tu.. pastikan anda mengenalpasti siapa di antara mereka yang pandai ambil gambar, tidak kiralah menggunakan kamera atau telefon pintar. At least yang ambil gambar tak blur, tak senget dan tahu basic rule of third ! Haha macam over pulak kan… Ye lah, kalau penat-penat beli baju kurung moden paling terkini, kenalah ada orang yang pandai ambilkan gambar kan !





#3  |  KENAL PASTI YOUR BEST SIDE !

Haaa nak gambar tampak seperti photoshoot professional ke ? Haa sekali lagi over nau.. Basic la kan kalau nak mengambil gambar kena lah lebihkan sikit “best side” kita kan ? Ada orang best side dia belah kanan, ada orang belah kiri.. macam Nisa sendiri, my good side belah kanan.. Bila berposing tu, lebihkan belah kanan sebab rasa macam nampak lebih cantik / lebih kurus / lebih menawan kalau dari kanan tu. Keh keh keh…




Nisa personally lebih prefer background yang plain dan cerah.

#4  |   CARI BACKGROUND YANG MENARIK !

Okay.. dah boleh mula ambil gambar ni ! Tapi macam tak kena pulak kalau bergambar latar belakangnya rumah yang bersepah-sepah, atau ada tong sampah di belakang ! Nisa sarankan korang cari background yang cerah dan minimalis. Less is more. Lebih plain background tu, lebih bagus untuk menonjolkan baju raya terkini dan pose anda. Dan pastikan background kita tu kontras dengan baju kita. Jangan pula background gelap, baju pun kaler gelap.. nanti tak nampak pulak details baju. Kalau baju warna deep atau gelap, carilah background yang cerah. Kalau baju warna yang bold seperti pink, purple atau oren, boleh cari background ala-ala kehijauan seperti di kebanyakan kampung halaman kita !





#5  |  LIGHTING TU PENTINGGG.. !

Percayalah, kalau lighting tu onz, automatiknya gambar jadi lagiii cantik ! Warna akan lebih naik, dan gambar akan nampak lebih sharp. Jadi hasil gambar yang dah sedia cantik akan mengurangkan usaha anda untuk edit menggunakan empat belas jenis filter ! Gambar yang lighting nya on-point memang terlihat cantik dan sangat onz, percayalah.. Boleh terus post dekat Instagram !



Koleksi raya CIRGARO Apparel tahun lalu. Memang favourite Nisa, selalu dipakai ke acara-acara !

#6  |  POSE YANG MENARIK.

Dah tahu baju tu banyak details yang cantik-cantik.. jangan pula sorokkan ! Ada pulakk baju berkepuk-kepuk kembang setaman, awak pergi posing belakang kayu balak la.. belakang tiang laa.. belakang daun kelapa.. macam mana nak isytiharkan post OOTD ?? OOTD itu sendiri bermaksud “outfit of the day”.. jadi anda kena berikan pose yang top-notch supaya baju atau outfit raya anda nampak menyerlah. Haa macam baju raya CIRGARO Nisa yang last year.. kenalah menampakkan kepok-kepoknya kan ? Tak sabar nyee nak pakai koleksi raya CIRGARO 2018 niii.. !!!






Dah alang-alang Nisa pun masih dalam misi mencari baju raya online.. haaa jom lah join Nisa usha sebahagian dari koleksi raya CIRGARO Appareluntuk tahun 2018 ni.. Suka pulak Nisa tengok kepelbagaian design baju kurung moden dan baju melayu lelaki moden, semuanya up-to-date, setanding pelbagai butik di luar sana.. Nak beli baju raya untuk diri sendiri pun boleh.. nak pakai sedondon dengan yang tersayang atau sekeluarga pun boleh sebab CIRGARO memang menyediakan koleksi yang boleh dipadan-padankan.. Tak percaya pergi baca blog Khai Artzfar, dia ada kongsi mengenai koleksi baju raya sedondon nii.. Ehemm siapa nak sedondon dengan iols tahun niii.. ?


Dan mengikut pengalaman Nisa sendiri selaku pelanggan jenama CIRGARO dua tiga tahun kebelakangan ni, CIRGARO memang mementingkan kualiti material yang digunakan dan kualiti jahitan agar baju tahan lama. Haa baju tahun lalu yang Nisa dah basuh dan pakai banyak kali pun masih lawa dan tak nampak lusuh tau !


Apa-apa pun selamat memburu baju raya ye semua ! 
Tengah-tengah survey tu boleh usha brand CIRGARO :

Laman Web  |  https://cirgaro.com/ 
Butik  |  Plaza Shah Alam
Laman Instagram  |   instagram @cirgaroapparel 
Booth Raya #1  |  GF Plaza Shah Alam (berhadapan Giordano)
Booth Raya #2  |  GF Aeon Shah Alam (hadapan Padini)




NISA KAY.

Viewing all 614 articles
Browse latest View live