Assalamualaikum…
Yeahhh dah bape hari duk bermalas-malasan nak update belog kan, maka kini aku merajinkan diri jugak nak update! Tak kira tak kira nak kena update jugak belog huduh ni haaa… Kalau tak lagi banyak entry aku hutang / bertangguh haishhh…
Hari tu dah pok pek pok pek pasal aktiviti TREASURE HUNT kan.. Dan seperti yang aku janjikan dalam entry tu, aku akan cerita pasal restoran yang sangat sangat best iaitu RESTORAN PASAR IKAN BAKAR, Awana Genting Highland.
Hahaha ni gambar masa tengah TREASURE HUNT. Sempat lagi stop nak bergambar! Ye lah, kang malam kang kawasan tu gelap ya amat maka tak merasa lah nak bergambar depan sign board kan. Restoran ni terletak nun jauh ke dalam Eco Park Awana Genting.
So pada penginap hotel yang nak pergi restoran ni, malam tu akan ada van yang datang ambik depan lobi hotel, bawak ke restoran ni.
So inilah dia rupa restoran Pasar Ikan Bakar.Aku pun tak faham kenapa nama restoran dia macam tu. Hohoo.. Masa kami sampai tu para pekerja Awana Genting Highland dah siap sedia menanti kat depan menyambut kedatangan kami woot woot.
PENGUMUMAN : Restoran ni hanya akan dibuka atas tempahan sahaja okay. Biasanya tempahan yang diterima ialah untuk 40 orang. Jadi kalau korang nak stay beramai-ramai kat Awana Genting Highland ni boleh lah hubungi pihak hotel untuk booking.
Masuk je kat dalam restoran tu.. aku terus ternganga “woahhhh” giler best tempat duduk macam ni. Selesa betul! Oh yee maafkan lah kalau lepas ni semua gambar aku kuning-kuning macam ni sebab lampu dorang kuning, so kamera aku abeh absorb warna kuning tuh. Sobsss.
Tengoklah muka masing-masing yang kegembiraan teramat sebab dah penat satu hari main TREASURE HUNT kan… muka pon dah terbakar. Haruslah seronok dijamu dengan makanan best dalam suasana yang best kann.. GAMBAR ATAS : Mira , Hanys & Cik Lily Putih. GAMBAR BAWAH : Rabiatul Adawiyah , Putra dan Nazrul Ashraff.
Aum aumm.. kuih muih sedap dan buah-buahan segar. Pergghh best best best!!
Mungkin inilah sebabnya kenapa restoran ni dinamakan PASAR IKAN BAKAR. Makanan laut dan darat semua dipamer segar di atas himpunan ais, jadi membolehkan kita pilih apa yang nak di makan dan mintak chef kat situ bakar kan untuk kita. Superb!!
Ngeh ngeh ngeh jom kacau chef bakar membakar ikan, ayam, sotong dan udang! Weee….
Udang bakar yang memang segar an sedap!! Aku duk berulang kot amik udang. Pinggan aku lah paling banyak kulit udang (it indicates how many prawns I ate that night! LOL). Ye, memang aku makan udang buang kulit sebab aku tak suka kulitnya, aku suka isinya yang fresh and juicy je.
Nyam nyam nyam… bila buat entry ni memang teringat-ingat balik malam yang sungguh murha rezeki buat kami tu. Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan kami untuk hirup udara segar di atas sana, menikmati pula makanan yang sedap-sedap macam ni. Ya Allah bersyukurnyaa!!!
Bergambor lagi dan lagi yeh.. Seronok je muka masing-masing.. Alhamdulillah semuanya gembira, semua berjalan dengan lancar. Maksud aku makan dengan lancar. Kekekee..
So korang semua yang nak naik Genting Highland, bolehlah stay kat Awana Genting Highland. Boleh book untuk pergi JUNGLE TREKKING (entry akan datang) dan semestinya book untuk makan malam kat Restoran Pasar Ikan Bakar yang tersangat lah best nih! Thank you Nuffnang dan Resorts World Genting !!