Assalamualaikum..
Ciss ciss patutnye aku update entry ni lebih awal! Tapi mood swing aku datang lagi maka blog ni aku pandang sebelah mata je. Silap-silap dengan satu mata pon aku tak pandang! Aku cuma memandang trafik yang merudum dengan pandangan sepi wahhh! Sastera betol aku.
Baru-baru ni seorang rakan blogger awek cun yang sangat sangat aktif pergi events iaitu KELLY CHIN atau dikenali juga dengan nickname Miss Sunshine telah menjemput aku untuk menyertai event yang best iaitu Afternoon Hi-Tea & Fashion Workshop with Crocs Official Stylist Calvin Cheong.
Memandangkan event ni buat kat Bangsar Village, so memang mudah aku nak pergi, just naik bas and teksi je. Aku ingat aku dah lambat, tapi alhamdulillah masa aku sampai tu they were about to start the event. Ohh ya, CROCS kini menyambut ulang tahu ke 10! Semua yang hadir diminta bagi ucapan untuk CROCS!
Konsep event ni, seperti tajuk entry ni, ialah Hi-Tea. So kami dihidang dengan finger foods yang memang sedap! Chocolate cake and red velvet cake that were very tempting and delicious! Oh my~
Ucapan pembukaan oleh Shirleen Low, PR Associate untuk Accent Edge Communications.
Gambar kiri ialah blogger KELLY CHIN : Beliau ialah pemenang bagi pertandingan makeover “New Crocs, New You”. Beliau telah memenangi sesi makeover stail peribadi bersama stylist fesyen Malaysia iaitu Calvin Cheong dan juga membeli belah bernilai RM15000 !!
Gambar kanan ialah stylist fesyen Malaysian CALVIN CHEONG. Semasa event tersebut beliau telah mengajar dan menurunkan tips fesyen dan cara-cara untuk mix-n-match pakaian serta pemilihan kasut kepada semua blogger yang hadir.
1 tops, 1 pants and 4 different relaxed styles! COOL gila!! Baiklah gambar pertama menunjukkan stail yang sangat santai, just sehelai top berwarna oren muda, dipadankan dengan seluar warna beige, selendang di leher penambah warna dan padankan dengan Crocs’ Wedges yang berwarna putih beige.
Gambar kedua pula, gantikan selendang dengan thin belt, masih dengan Crocs’ Wedges yang sama. Gaya yang minimalis dan santai. Gambar ketiga pula, gandingkan cardigan berwarna cream dan tambah belt di bahagian luar. Padankan dengan Crocs warna putih yang bertutup. Gambar keempat pula, gandingkan top tadi dengan cardigan warna oren, ikat supaya ia lebih santai dan padankan dengan Crocs berbatu.
Ingin gaya lebih ranggi? Padankan dress bercorak dengan cardigan jeans (sleeve / sleeveless) berwarna pudar. Pakai pulak Crocs’ Wedges berwarna hitam. Padanan mudah, tetapi masih tampak menarik dengan warna menyerlah dress.
Cuba seluar bercorak dan padankan dengan pakaian berwarna tanpa corak. Gayakan dengan Crocs warna menyerlah bagi penampilan berani.
Let’s partyyyy!! Gaya ringkas namun ranggi dan menyerlah! Gayakan dengan Crocs warna menyerlah atau warna sepadan bagi melengkapkan penampilan.
Jom bersiar-siar atau berkelah! Padanan yang paling mudah untuk digayakan. Dress dan cardigan. Cardigan tu boleh pakai atau letak je kat bahu. Ala-ala nak ke pantai atau tasik gituuu. Padankan dengan Crocs rona menyerlah.
Summer has come! Gaya ringkas sesuai dengan musim panas, padanan warna yang tidak terlalu terang, sesuai untuk mereka yang baru nak mencuba gaya mix-n-match warna. Pakai pulak dengan kasut Crocs yang memang menyerlah, warna hijau!
DINNER WITH LOVED ONES. Rangkaian kasut Crocs bukan sahaja sesuai untuk pemakaian sehari-hari, untuk gaya santai dan sporty, malah boleh jugak padankan dengan pemakaian dress untuk ke majlis makan malam dan sebagainya. Psttt, love her dress!!
Antara koleksi Crocs Spring/Summer 2012.
Warna-warna Crocs yang menyerlah sangat menarik perhatian aku!
Antara blogger yang hadir ke event tersebut.
And yeahhh aku takkan lepaskan peluang untuk mencuba-cuba kolek terbaru Crocs! Ternyata sangat selesa dan cantik pulak tuh! Memandangkan setiap yang hadir dapat satu media voucher, maka kami boleh dapatkan sepasang Crocs percuma di outlet terpilih! Yeahh tak sabar nak pergi redeem Crocs! Tapi tengah pening ni nak pilih yang mana!
Mesti ramai yang kata Crocs ni mahal lah… MAHAL? Pernah dengar pepatah “alah membeli menang memakai” tak? Bagi aku, harga yang ditawarkan oleh Crocs cukup berbaloi dengan kualiti produknya. Lembut, selesa dan yang penting tahan lama! Sekali sekala beli barangan berkualiti macam Crocs ni apa salahnya.. Nak pakai lama kan?
Thank you lovely KELLY CHIN for the invitation! Love you to bits! Hehehe…
Kelly yang dah menang pertandingan makeover “New Crocs, New You” telah menjadi wakil Malaysia untuk pertandingan NEW CROCS, NEW YOU MAKEOVER CONTEST seluruh Asia! Undi Kelly setiap hari hingga 15hb Jun ni tau! Klik sini untuk mengundi : http://ncny.crocsasia.com/ :)
P/S : Like Saya Suka Menaip's fanpage for more pictures!