Assalamualaikum…
Hmmm dah tua dah aku hari ni. Dah layak mengundi pon. Undi? Argghh malas fikir lagi buat masa ni okayh. Puas aku fikir, apakah wishlist aku? Ade wishlist ke selama ni? Aku pernah ade wishlist, tapi lepas seminggu aku dah lupakan pon wishlist tu. Harharharr…
Alhamdulillah sesungguhnya ALLAH MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHI hamba-hambaNYA… Telah aku menikmati pelbagai rezeki yang DIA turunkan pada aku. Sesungguhnya aku amat terharu dan bersyukur ke atas apa yang aku ada.. Bila aku duk fikir apa yang aku nak masukkan dalam wishlist aku, hampir tak terfikir aku dibuatnya! Namun, setelah aku fikir-fikir, ada dua perkara yang aku target tahun ini..
Pertama sekaliii! Aku mengidamkan DSLR Canon EOS 1100D ini. Walaupun sekarang aku dah ada OLYMPUS PEN MINI, tapi aku tetap nak kan DSLR. Sebab dah terbiasa pakai DSLR kot sebelum ni. Kalau ada duit lebih nak je aku trade in dengan Pen Mini aku tu. Ihikss…
Item kedua dalam wishlist aku.. Sony Walkman Digital Media Players - E Series. Yang warna pink ni tau! Warna lain aku tak mau! Aku tak pernah lagi ada MP3. And sejak dua menjak ni aku selalu travel naik tren dan bas. So aku nakkan pemain MP3 supaya aku tak bosan sangat. Aku malas guna phone aku untuk dengar lagu, nanti cepat habis bateri. Dah lah aku ni kuat online guna phone.
Tu je lah hasrat aku, nak memiliki dua gadjet di atas. Target aku, hujung tahun ni.. Boleh? Hikhikhik… Kalau ada yang nak bagi hadiah pon kecik tapak tangan stadium Melawati aku tadahkan! Hakhakhak. Kbai… Muah!