Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Pelancaran THE NEW FORD FIESTA sempena Hitz Birthday Invasion

$
0
0

 

Hai assalamualaikum..

 

Nampaknya dah lama benar aku tak berkongsi dengan kalian mengenai event terbaru yang aku hadiri. Dan baru-baru ni selesai sahaja pengembaraan aku ke selatan tanah air, aku bergegas pulang untuk menghadiri satu event yang memang kebabomm di bawakan oleh Ford ! Ahaa apa yang best nihh ???

 

DSC01348

 

Baru-baru ni aku dijemput ke majlis pelancaran THE NEW FORD FIESTA di Taylor’s University di Sunway. Keterujaan yang teramat sangat menyelebungi diri sebab Ford Fiesta ni merupakan salah satu kenderaan yang amat aku minati ! Lagi-lagi Ford nak melancarkan rekabentuk baru Ford Fiesta dan juga memperkenalkan sedan terbaru rangkaian Fiesta !

 

DSC01344

Selain daripada melancarkan THE NEW FORD FIESTA , Ford juga membawakan satu lagi acara hebat penuh gah iaitu Hitz.fm Birthday Invasion ! Woww bertambah teruja pulak aku ! Bukan saja dapat cuci mata usha kereta cun, dapat pula menonton konsert !

 

DSC01396

Rekaan baru bahagian hadapan THE NEW FORD FIESTA. Aku masih ingat Ford Fiesta yang mula-mula dikeluarkan dulu agak lain rekaan bahagian depannya. Rekaan baru ni, pada aku ala-ala sporty dan kena dengan gaya hidup golongan remaja dan sosial. Jom usha fanpage Ford Fiesta in Malaysia yuhuuu!

 

DSC01382

DSC01375

Tengok design seat nya ! Sporty jugak kann. Macam sesuai je dengan jiwa raga aku yang masih muda remaja ni. Apa lagi aku pun try test duduk dalam nye, fuhh selesa betul. Ni belum drive lagi, kalau dapat test drive ni, risau taknak turun je dari kereta ni. HAHA !!

 

Jom nak share sikit antara kelebihan yang kita boleh expect dari FORD FIESTA yang baru ni :

  • Cool smart features like the push-button start and Ford SYNC
  • Remarkable safety technologies like Electronic Stability Programme and Hill Launch Assist
  • Eco-friendly features like smart regenerative charging and Ford EcoMode
  • Incredible performance and quality
  • Very competitive price.

Spesifikasi penuh dan harga bagi Ford Fiesta boleh rujuk sini : THE NEW FORD FIESTA dan like fanpage Ford Fiesta in Malaysia sekaliii~

 

 

DSC01357

Ahaaa sesudah aku membelek-belek Ford Fiesta rekaan hatchback itu tadi, aku usha rapat pula keluarga terbaru Fiesta iaitu, FORD FIESTA TITANIUM. Masih kekal dengan rekaan sporty dan trendy, bahagian belakangnya panjang sikit.

 

 

DSC01436

DSC01440

Jika anda impikan kenderaan yang sporty, trendy dan fun tapi dengan ruang yang lebih besar (ye lah maybe korang nak bawak family ke) korang boleh usha baekk punya FORD FIESTA TITANIUM nih ! Fuh aku dah sesak nafas melihatnya sebab sangat sepadan dengan ciri-ciri kenderaan idaman aku !

 

 

cats

Woahhhh tampak mewah dengan kemasan kulit untuk seat nya. Duduk pun selesa, kotor pun senang dibersihkan. Tak gitu? Ciri-ciri keselamatan, keselesaan, reka bentuk baru, moden dan bergaya memang sesuatu yang irresistable bagi remaja masa kini. Ye lah, tidak dinafikan mempunyai kenderaan adalah satu keperluan masa kini bukan?

 

 

DSC01364

Seperti yang aku sebut di atas tadi, THE NEW FORD FIESTA turut membawakan konsert hebat bersempena dengan Hitz.fm Birthday Invasion. Mensasarkan golongan muda yang germar bergaya dan bersosial, Ford melihat usaha ini sebagai satu cara untuk mereka menambat hati golongan muda terhadap FORD FIESTA ni.

 

Konsert Birthday Invasion ini turut mempamerkan komuniti Fiesta yang sama-sama cintakan muzik, gaya hidup yang bertenaga, bersemangat dan semestinya fun !

 

 

DSC01413

DSC01530

Persembahan hebat dan penuh bertenaga antara artis yang menghiburkan penonton pada malam konsert tersebut.

 

 

DSC01492

Betapa meriah dan bertenaga para penonton di konsert Hitz.fm Birthday Invasion.

 

 

Jadi jika anda sedang mencari kereta (macam aku ni haa), boleh la ke laman web THE NEW FORD FIESTA  untuk melihat gambar-gambar penuh kenderaan penuh gaya ni. Kat laman web tu jugak boleh korang baca senarai harga dan spesifikasi penuh. Uhuk uhukk aku mengaku aku dah habis baca semua specs dan price list Hahha ! Kemain kan. Maklumlah aku tengah mencari kenderaan yang tepat dan sesuai dengan jiwa remaja aku. Cewah (padahal baru dapat lesen L)

 

 

Jom like fanpage Ford Fiesta in Malaysia untuk lebih banyak info terkini~

 

 

Thank you Ford dan Hitz.fm Birthday Invasion rockss !!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 614