Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

SALIMA SKIN SOLUTIONS - Formulasi dari Kanada kini tiba di Malaysia !

$
0
0



Assalamualaikum...

Wah wahh sebenarnya Nisa excited nak kongsikan dengan pembaca semua. Ada antara rakan blogger yang turut sama ada di majlis pelancaran produk ini dah pun kongsikan kisah mereka. Okay kali ini Nisa pula baru ada masa nak kongsikan cerita dari majlis pelancaran produk penjagaan kulit wajah iaitu SALIMA SKIN SOLUTIONS.


Mrs Salima Amsa - CEO & Pengasas Salima Skin Solutions

Sedikit lewat menghadiri majlis dek kerana sedang bekerja, Nisa tidak ketinggalan terlalu banyak sebaik tiba di lokasi acara. Puan Salima Amsa, CEO dan juga pengasas rangkaian SALIMA SKIN SOLUTIONS baru sahaja naik ke pentas bagi berkongsi mengenai kisah perjalanan beliau menemukan jenama ini.


Sebenarnya Puan Salima sudah pun berkecimpung dalam industri estetika perubatan selama 15 tahun. Beliau bekerja dengan beberapa doktor terkenal dunia bagi merealisasikan produk SALIMA SKIN SOLUTIONS yang selamat dan baik untuk semua jenis kulit. Dan fokus utama beliau menghasilkan produk-produk di bawah jenama ini ialah untuk membantu orang ramai memiliki kulit yang sihat sekaligus membawa seri tersendiri terhadap wajah.




SALIMA SKIN SOLUTIONS membawakan produk-produk yang boleh dibeli satu persatu atau anda boleh satu set sekaligus. Best seller jenama ini adalah pakej produk untuk anti-penuaan untuk kulit matang yang mana rangkaian ini akan membantu para pengguna untuk melindungi kulit terhadap kerosakan, tanda penuaan yang ketara, hiper-pigmentasi dan kulit kusam. Haa siapa rasa kulit dia ada masalah ni boleh cuba produk untuk anti-penuaan dan sesuai untuk kulit kering :

  • Purifying Cleanser (120ml)
  • Derma Glow Toner (120ml)
  • Ultra Hydra Serum (60ml)
  • AHA Renewal Cream (60ml)
  • Derma Exfoliant (60ml)
  • Ultra Rejuvenating Mask (60ml)


Antara selebriti yang membuat kemunculan di majlis pelancaran Salima Skin Solutions di Malaysia.
Amira Othman, Indah Ruhaila & Siti Nordiana.

Produk di bawah jenama Salima Skin Solutions dihasilkan berdasarkan kajian selama bertahun-tahun untuk memastikan produk ini bebas dari bahan merbahaya dan selamat untuk semua jenis kulit.
Diformulasikan secara perubatan, Salima Skin Solutions memfokuskan untuk membantu orang ramai mendapatkan kulit yang sihat dan bersih. Kulit yang cantik mampu menaikkan seri semula jadi wajah.
Dihasilkan menggunakan teknologi terkini, produk Salima Skin Solutions alcohol-free, fragrance-free, paraben-free dan tidak menggunakan sumber dari haiwan (vegan).
Merupakan jenama yang pertamanya diiktiraf sebagai produk penjagaan kulit HALAL di Kanada dan kini ia boleh didapati di Malaysia.


Para hadirin dihiburkan dengan persembahan dari Siti Nordiana yang menyanyikan lagu Terus Mencintai.

Rangkaian penuh produk-produk Salima Skin Solutions memfokuskan kepada mereka dengan masalah seperti berikut :

  • Hyperpigmented / aging skin
  • Dehydrated / Sensitive skin
  • Oily / Acne Skin


Pendek kata, kebanyakan masalah di atas merupakan masalah kulit normal yang dihadapi ramai orang. Kalau dulu produk mereka hanya ada di luar negara, kini orang Malaysia boleh mendapatkannya. Produk Salima Skin Solutions memfokuskan kepada merawat kulit untuk kulit wajah yang sihat. Produk mereka juga dihasilkan dengan bahan dari kualiti yang tinggi. Jangan tak usah ragu-ragu kalau anda berminat nak cuba ya. Halal pun halal nii...





Jadi jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk SALIMA SKIN SOLUTIONS, boleh ikuti jenama ini menerusi link berikut :








NISA KAY.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 614