Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Majlis Meet & Greet duta selebriti jenama MAYDAN

$
0
0


Assalamualaikum...


Haaa pernah dengar tak jenama MAYDAN ni ? Sejujurnya Nisa tahu mengenai jenama ini menerusi akaun Instagram selebriti popular di Malaysia iaitu Elfira Loy. Nisa duk perhati je Elfira promote produk Maydan yang beliau gunakan. Haa macam menarik je ? Baru-baru ini Nisa berpeluang mengikuti acara Meet & Greet Maydan bersama duta-duta selebriti mereka.



Acara Meet & Greet ni sebenarnya melibat ketiga-tiga duta Maydan iaitu Fattah Amin (duta produk syampu Maydan), Fazura (duta bagi Q-Tab) dan Elfira Loy (duta bagi produk Lock-It Hydrating Serum). Memandangkan Nisa cuma free waktu siang sahaja, jadi Nisa hanya berkesempatan menghadiri sesi bersama Elfira Loy.




Jenama MAYDAN ini ditubuhkan oleh dua adik beradik iaitu Maya Hamdan dan Dana Hamdan. Produk pertama mereka merupakan Strawberry Smoothies Shampoo & Hair Mosturizers. Asalnya mereka mendapatkan idea untuk mengeluarkan produk sendiri kerana suka menemukan produk yang sesuai dengan kondisi rambut mereka. Namun mereka kemudiannya membuat keputusan untuk berkongsi kebaikan produk mereka dan mengkomersialkannya lebih lagi.


Para pengasas MAYDAN bersama Elfira Loy, duta Lock-It Hydrating Serum.



Seterusnya sharing session bersama Elfira Loy. Beliau berkongsi pengalaman beliau mencuba produk Maydan, seterusnya jatuh cinta dengan serum Maydan dan bersetuju menjadi duta produk ini. Hampir setiap hari jugalah Nisa tengok Elfira berkongsi mengenai kebaikan serum ini di Instagram nya. Bagus betul ! Bila orang memang tengok kita pakai produk tu dan menunjukkan kesan positif, barulah orang percaya dan yakin nak beli ye dakkk..




Antara peminat Elfira yang membeli produk Maydan dan berpeluang bertemu dan bergambar dengan Elfira Loy. Haaa rasa rugi pulak tak borong banyak-banyak produk Maydan hari tu sebab ada harga promosi, dapat free gift lagi!



Terima kasih di atas jemputannya, Maydan ! Tak sabar nak cuba guna Strawberry Smoothie Shampoo & Hair Mosturizer ni. Menurut pengasas Maydan, produk syampu ini merupakan best-seller di Maydan ! Wah wah wahh... mesti best produk ni sampai jadi best seller !




Inilah produk Q-Tab yang Fazura jadi duta tuuu... tablet ini boleh dikunyah dengan mudah sebab rasanya sedap. Dan ianya bagus untuk pertumbuhan rambut, rambut lebih lebat dan bersinar. Selain itu, Nisa dimaklumkan bahawa tablet ini juga bagus untuk membantu mendapatkan kulit dan kuku yang cantik.




Inilah produk pertama di bawah jenama Maydan. Duta untuk Strawberry Smoothie Shampoo & Hair Mosturizer ialah Fattah Amin. Kalau tengok iklan promo produk ni, fuhhh heloknya Fattah! Hahaha. Maklumlah sebagai artis beliau mesti nak sentiasa pastikan rambut berada dalam keadaan baik dan sihat kan.






Seronok dapat menghadiri acara ini dan bertemu dengan salah satu duta jenama MAYDAN ni. Haa kalau ada yang berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk MAYDAN, boleh ke link di bawah :


Laman Web Maydan  |  http://www.maydan.my/

Facebook Page Maydan  |  https://www.facebook.com/maydanhq/




NISA KAY.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 614