Assalamualaikum...
Wahh sejak dua menjak ni agak aktif juga Nisa menghadiri pelbagai jenis acara (event) dan juga buat beberapa appearance untuk rancangan di TV, cuma mungkin kurang update... dan baru-baru ini Nisa ada cuba skincare baru.. jadi excited jugak lah nak share dengan pembaca semua. Sebab Nisa memang jarang buat review skincare, unless skincare yang Nisa memang guna. Kebetulan pula, Nisa dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran produk tersebut.. Wahh bertambah excited lah nak share !
Yesss semua ! Produk yang Nisa sedang guna adalah Blackmores Natural Vitamin E Creams ! Dan kebetulan minggu lalu Nisa dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis pelancaran produk terbaru Blackmores ni. Memandangkan Blackmores lebih terkenal dengan produk supplement nya, sudah tiba masa semua pencinta skincare tahu mengenai rangkaian produk Natural Vitamin E Cream mereka ! Acara pelancaran diadakan dengan kerjasama Watsons Malaysia.
Ini diaaa 4 jenis produk di bawah rangkaian Blackmores Natural Vitamin E Cream ni.. Jom kita berkenalan secara ringkas dengan keempat-empat produk ni.
BLACKMORES Natural Vitamin E Cream + Lanolin (RM 35.00)
- Krim pelembap asas di datangkan dalam bungkusan tube 50g
- Mengandungi Vitamin E semulajadi, lanolin, minyak avokado, minyak biji aprikot &
Vitamin A - Melembap secara mendalam sesuai untuk wajah & badan
BLACKMORES Natural Vitamin E Cream Skin Bright (RM65.00)
- Melembap & mengembalikan keserian kulit wajah
- Mengandungi bahan-bahan anti oksidan membantu mencerahkan kulit wajah
- Vitamin A, minyak avokado dan minyak biji aprikot membantu menyihatkan & melicinkan kulit.
BLACKMORES Natural Vitamin E Cream Skin Barrier (RM65.00)
- Melindungi, menghidrasi dan melembutkan kulit
- Membentuk lapisan pada kulit wajah untuk melindungi dari partikel pencemaran
BLACKMORES Natural Vitamin E Cream Firm & Smooth (RM65.00)
- Melembap, menegang dan mengurangkan tanda tanda penuaan seperti garis halus
- Mengandungi bahan yang membantu mengembalikan keanjalan kulit
- Melembut dan memperbaiki tekstur kulit wajah.
KULIT NISA JENIS YANG MACAM MANA ?
Untuk pengetahuan pembaca semua, kulit Nisa jenis combination skin. Ini bermakna ada bahagian wajah yang kering, ada bahagian yang nampak macam oily gituu.. Tapi berdasarkan skin analysis yang Nisa buat, kulit Nisa memerlukan lembapan yang lebih sebab lembapan kulit di tahap sederhana, dan mungkin sebab umur makin meningkat *batukkk* Nisa memerlukan produk yang sesuai untuk wajah kekal remaja. Wah gituu.
Okay, di permulaan blogpost Nisa ada cakap yang Nisa sebenarnya sudahpun mula menggunakan produk Blackmores Natural Vitamin E Cream ni even sebelum majlis launching ni lagi kan.. So far, dah lebih dua minggu Nisa menggunakan produk ini setiap hari, dan ada dua produk utama dari rangkaian ini yang Nisa memang gunakan.
REVIEW - Blackmores Natural Vitamin E Cream Firm & Smooth
Nisa ada masalah garis halus yang agak ketara di bahagian smile lines, yang memang akan jelas kelihatan lebih-lebih lagi bila memakai mekap, sekaligus buat Nisa nampak lebih tua daripada umur sebenar! Lepas hampir dua minggi guna krim Firm & Smooth ni, Nisa perasan garus halus di sekitar mata dah nampak kurang kelihatan, dan boleh disorok di bawah mekap! Smile line di tepi mulut masih ada, cuma makin less visible dan kurang menyakitkan hati lah berbanding sebelum ini! Haha.
Memandangkan smile line tu antara masalah utama, mungkin ia akan mengambil sedikit masa lagi untuk menunjukkan kesan sepenuhnya, tapi Nisa gembira dengan hasilnya setakat ini ! Memandangkan kulit Nisa acne prone dan ada kesan tekstur yang tidak diingini dari jerawat lama, Nisa perasan tekstur tu pun dah makin berkurang dan pipi tampak lebih smooth ! Wahhh makin bersemangat lah nak pakai setiap hari lepas ni. Nisa pakai Natural Vitamin E Cream Firm & Smooth ni setiap malam sebelum tidur.
REVIEW - Blackmores Natural Vitamin E Cream Skin Bright
Memandangkan Nisa mempunyai banyak parut jerawat dan tona kulit yang tidak sekata, Nisa memilih untuk menggunakan krim Skin Bright di waktu siang. Selepas lebih dua minggu penggunaan, Nisa perasan parut jerawat especially yang dark spots tu, makin kurang ketara! Wahhh tengok parut memudar sikit pun dah happy sangat! Inikan pula bila parut tu pudar dengan sangat ketara!
I do still have a lot of scars all over my face, and most of them have already faded so much after two weeks of this cream's usage! Memang sangat sangat happy sebab dah tak payah pakai corrector bila nak mekap. Wajah Nisa pun nampak agak mencerah. lagi-lagi bahagian pipi kanan (seperti dalam gambar) sebab ada kesan sun burn. Pipi belah kiri masih ada beberapa dark spots tapi serius banyak dah pudar ! Oh yaa gambar yang ini nampak lebih cerah sebab Nisa ambil gambar betul-betul mengadap cahaya matahari!
Ada beberapa lagi sebab kenapa Nisa suka produk-produk BLACKMORES Natural Vitamin E Cream ni... Jom baca !
- Harga yang sangat sangat affordable untuk produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi !
- Mudah didapati - boleh dibeli melalui laman web Watsons atau di outlet Watsons.
- Blackmores adalah jenama yang sangat sangat dipercayai dan sudah established.
- Tak perlu pakai produk pelembap dan rawatan yang berlainan, rangkaian Natural Vitamin E Cream ini ada beberapa fungsi dalam satu produk !
- Mengandungi bahan-bahan semulajadi yang selamat untuk wajah.
Ada banyak lagi kebaikannya! Korang boleh Google sekarang dan jangan lupa dapatkan di Watsons berhampiran anda tau! Jom cantik sama-sama !
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
GIVEAWAY
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peluang memenangi set lengkap Blackmores Natural Vitamin E Cream !!
1. Tinggalkan komen di bawah mengenai skin concern anda.
Adakah kulit anda berminyak ? Kulit anda kusam ? Banyak parut ?
Ceritakan kisah anda secara ringkas di ruangan komen!
Ceritakan kisah anda secara ringkas di ruangan komen!
4. Contest berlangsung : 21 - 26 Ogos 2018.
5. Pemenang akan diumumkan melalui laman instagram Nisa pada 27 Ogos 2018 (Isnin).
GOOD LUCK !
NISA KAY.