Assalamualaikum...
Wahh bukan main ya bulan ni cuti panjang-panjang je hampir setiap minggu sebab banyak cuti umum jatuh pada Isnin dan Selasa. Seronok je tengok kawan-kawan berjalan sana-sini dengan keluarga, pakwe makwe, best friend.. Hahaa tapi bagi mereka yang tidak ke mana-mana di musim cuti ni, atau tengah mencari port baekkk nak isi perut, ini haa Nisa nak kongsi tempat best nak makan seafood segar dan sedap, macam makan dekat hotel tapi harga sangat berpatutan!
Haaa OMBAK KITCHEN terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam (boleh Waze je), kawasan pun tak crowded, senang jugak la nak dapat parking. So boleh datang beramai-ramai dengan kawan atau bawak keluarga makan kat sini. Memang kena beramai baru meriah haa, tapi kalau jenis boleh habisan semua boleh je datang dua tiga orang je haha. Deco OMBAK KITCHEN ni ala ala mood pelayaran camtu, macam kapal-kapal punya scene. Cantik!
Ya ampun... nampak sangat tak menyabar nye tu nak makan seafood yang dihidang... Berkonsepkan ala-ala "shell out", anda boleh menikmati hidangan makanan laut segar di Ombak Kitchen ni pakai tangan je. Barulah puas hati kan!! Di saat hidangan dituang di depan kita, fuhh.. aroma masakannya terus menggeletek selera makan Nisa! Terus rasa nak bolot sorang-sorang haha..
KEISTIMEWAAN HIDANGAN MAKANAN LAUT DI OMBAK KITCHEN :
- Makanan laut yang dihidangkan dipastikan segar ya, takde nye yang biasa-biasa, semuanya saiz besar-besar, segar dan memang puas hati nak makan!
- Rempah ratus istimewa turut dieksport dari luar negara untuk memastikan kualiti rasa bak hidangan hotel mewah!
- HEALTHY FOOD ! Makanan laut ini tidak dimasak menggunakan minyak ya, makanan laut direbus dan kemudiannya disalut dengan sos yang dimasak istimewa menggunakan butter.
Ombak Kitchen menawarkan lima jenis sos resipi istimewa mereka sendiri untuk pengalaman memakan makanan laut yang tiada tolok bandingnya fuhh!!
LIMA PERISA SOS MAKANAN LAUT ISTIMEWA OLEH OMBAK KITCHEN :
- Ombak Hot Cajun
- Dark Chilli Chocolate
- Zesty Lemon Butter With Cheese
- Creamy Tom Yam Sauce
- Butter Milk Sauce
Setelah mencapai kata sepakat dengan kawan-kawan, inilah hidangan pertama kami.. seafood with Ombak Hot Cajun sauce. Aummmm sangat kan presentation dia. Nisa awal-awal dah aim broccoli tu haha... cicah begitu saja dengan sos dia pun sedap! Apatah lagi menikmati seafood yang disalut sos ni kan! Fuhh.. rasa rempah dia memang lain dari yang lain. This one, walaupun kaya dengan rasa rempah, honestly bagi Nisa tak pedas mana pun.. jadi, kanak-kanak yang boleh makan pedas tu, sememangnya level perisa sos Ombak Hot Cajun ni juga sesuai untuk mereka. Nice giler !
Mana cukup satu hidangan je kan!! Kami datang beramai-ramai ni...!! Hahaa.. hidangan kedua, kami memilih untuk menikmati seafood with Zesty Lemon Butter with Cheese sauce. Wahhh kalau ada butter, ada cheese.. memang kegemaran Nisa!! Nisa rasa semua pun setuju yang sos ni sedap sangat! Licin tau kami makan! Mujur tak berebut je tau haha. Memang lemak berkrim menjilat jari, diselangi rasa rempah ratus yang memang ada "kick" !! Haa susah nak explain dengan perkataan, anda kena pergi ke Ombak Kitchen sendiri untuk menikmatinya !!
Anda boleh nikmati hidangan seafood ni begitu saja, pakai tangan jer.. dan boleh jugak makan dengan nasi, haaa dekat Ombak Kitchen ni, dorang hidang nasi beras wangi tauu. Bukan biasa-biasa sungguh! Betullah rasa macam makan hidangan bertaraf hotel berbintang bulan planet! Alhamdulillah sangat puas hati dengan hidangan seafood mereka, ternyata memang seafood segar je dihidang tau! Senarai pilihan minuman pun ada bermacam jenis dan sedap-sedap.
Bukan itu sahajaaa... haaaa chef di sini pun ada menyediakan "spread-out style" dessert ! Ahaaa first time Nisa tengok orang spread out manisan atas meja depan mata niii.. Ada buah-buahan, durian crepe, marshmellow dan sos manisan serta gula dan kacang. Haaaa kalau nak experience sendiri pencuci mulut dan seafood macam yang Nisa kongsikan ni, kena lah pergi sendiri ke OMBAK KITCHEN okayy..
Memang bila dah asyik sangat makan seafood yang sedap tu, memang tak pandang kiri kanan kan? Bila nak balik Allahu baru perasan meja sebelah pun rakan-rakan sosial media kami yang turut datang OMBAK KITCHEN ni untuk makan seafood sedap! Haaa power ke idokk OMBAK KITCHEN ni??? Anda semua kena alami sendiri tau! Bawak kawan-kawan atau keluarga datang menjamu selera kat sini okay!
OMBAK KITCHEN
Alamat :
No 5.G.01 D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101,
Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam.
(Boleh Waze "Ombak Kitchen")
Instagram :
@ombakkitchen
@ombakkitchen
5.00 petang - 11.00 malam (Hari Bekerja)
12.00 tengahari - 11.00 malam (Hujung Minggu / Cuti Umum)
Untuk maklumat lanjut / tempahan, sila hubungi :
010 220 5946 / 03 7734 4699
Selamat menikmati seafood, pakai tangan jer tau!
NISA KAY.