Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Ayo Ke Padang, Indonesia (PART 3)

$
0
0


Assalamualaikum..

Allahu.. sebenarnya tak move on lagi dengan percutian Nisa ke Padang, Indonesia tak lama dulu.. Hahahaa okay okay Nisa janji ini part last mengenai butiran percutian Nisa okay? So lepas ni, korang yang dah baca ni, boleh laa plan jalan-jalan ke Padang, Indonesia. Less crowded and traffic compared to big city like Jakarta. Boleh rujuk entry PART 1 dan jugak PART 2 ya! 



BERSIAR-SIAR DI KOTA PADANG

Hari ketiga kami di Padang, Indonesia sebenarnya merupakan hari terakhir kami di sana. Tapi disebabkan flight pulang kami di waktu petang, sempat juga Nisa dan rakan blogger yang lain bersiar-siar sekitar kota Padang, melihat aktiviti masyarakat tempatan dan menghirup udara pagi di sana. Kalau korang nampak dalam gambar di atas, ada papan tanda PADANG di atas gunung di belakang nunnn. Haa boleh jadi port bergambar juga ni.



Kebetulan pagi tu, warga Padang ada aktiviti macam marathon ke apa, Nisa pun kurang ingat dah. Haa tu lah tangguh lagi tulis blogpost kan. Hahaha kan dah lupa! Tapi memang ramai gila pesertanya, penuh di jalan-jalan mereka yang berbaju kuning hijau ni. Tapi seronok la tengok aktiviti masyarakat tempatan kan, semua peringkat usia ada. Memang awal pagi mereka dah keluar rumah! Mercu tanda yang di tepi pantai ni pun boleh dijadikan port nak bergambar.



GUNUNG PADANG

Kalau anda nak tahu, di kota Padang, boleh naik bas pelancong dan dia akan bawak jalan-jalan ke sekitar tempat tarikan yang ada di Padang. Kami turun di hentian hadapan pintu masuk Gunung Padang ni. Haaa hiking sikit la kan sebelum balik ke Malaysia? Jom kita tengok apa lagi yang menarik kat sini...



Nak hiking naik ke Gunung Padang tu takdelah extreme mana.. santai-santai sajor lah kan.. sekadar nak hirup udara pagi, naik sikit-sikit boleh je.. budak-budak kecik pun boleh je naik.. ada laluan yang telah dibina, tapi agak bertangga. Jadi kalau sakit-sakit kaki ke lutut ke, susah jugak lah kot nak naik? Tapi sepanjang perjalan mendaki, kita akan melalui rumah penduduk yang tinggal di kaki Gunung Padang dan melihat tinggalan sejarah di kaki gunung ini.



MAKAM SITI NURBAYA

Antara tarikan yang terletak di atas Gunung Padang ini adalah makam Siti Nurbaya. Lokasinya agak terlindung di balik batu yang sangat besar. Jadi kena berhati-hati nak ke sini. Boleh google kisah Siti Nurbaya dan apabila di tanya mengenai simbolik lokasi makam ini, penduduk tempatan beranggapan lokasinya yang agak terlindung itu mungkin untuk melindunginya dari musnah dek kerana peperangan yang melanda pada zaman dahulu.



PUNCAK GUNUNG PADANG

Alhamdulillah puas hati rasanya berjaya sampai ke puncak, walaupun agak mengah sebab tak fit! Hahaha.. Tapi pemandangannya mashaAllah cukup cantik, tenang, berangin dan aman damai je rasa. Haaa kan dah rindu Padang! Rasa nak fly ke sana sekarang jugakk! Syok jugak ni, dapat minum minuman panas (boleh beli dari penjual yang atas berjual di puncak), baca buku atau dengar lagu. Layan je pemandangan. Sangat refreshing!



PUSAT OLE-OLE

Ada banyak jenis pusat ole-ole yang ada di sekitar Kota Padang untuk anda singgah dan membeli cenderahati untuk dibawa pulang. Tapi kami singgah di Pusat Oleh-oleh Ummi Aufa Hakim. Ada pelbagai jenis ole-ole yang ada boleh bawa pulang. Tapi kalau di Padang, yang famousnya mestilah bawak balik aneka juadah Padang.



Di pusat ole-oleh seperti ini ada banyak pilihan makanan kering atau makanan pre-cooked yang anda boleh beli dan bawa pulang. Antara yang famous orang selalu beli adalah Rendang Padang. Nisa tak pernah pulak rasa tapi beli jugak lah sekotak dua untuk family. Sebab ada kawan yang memborong berkotak-kotak haa.. Kerepek dan biskut-biskut pun banyak ni. Boleh beli banyak, nanti dorang akan pack kan di dalam kotak besar.. alaa saiz dia macam kotak air mineral botol kecik tu je.




Kalau nak cari kain ke, batik ke, tshirt atau keychain untuk di bawa pulang, betul-betul di sebelah pusat ole-ole ni ada kedai cenderahati yang jual produk seumpama itu. Haa nak beli kain pasang pun boleh, nanti balik Malaysia boleh buat baju ye dak. Keychain dan fridge magnet pun dijual dengan harga yang berpatutan. Boleh la beli banyak banyak untuk diberi kepada sahabat handai!



RUMAH MAKAN LAMUN OMBAK

Haaa sebelum ke lapangan terbang, tak sah lah kalau kami pulang tanpa merasa masakan asli Padang buat terakhir kali kan? Pilihan kami adalah Rumah Makan Lamun Ombak. Agak ramai jugak pelanggan di kedai ini. Saiz kedainya agak besar jugak, ada bilik tertutup berpenghawa dingin di tingkat atas.



Mungkin ada yang merasakan "alahh kat KL pun ada restoran nasi Padang!" tapi sungguh Nisa katakan, lain sungguh air tangan masyarakat asli Padang tau! Lauk-pauk mereka semua sedap-sedap. By the time kami sampai ni, banyak lauk sudah habis kerana waktu puncak makan tengahari. Lauk famous mereka rendang Padang pun yillek! Habis! Haa petanda suruh datang lagi ke ni? Apa-apa pun alhamdulillah puas hati kami makan tengahari di sini.



Alhamdulillah... tamat sudah percutian kami di bumi Padang, Indonesia. Pastinya tidak akan dapat kami lupakan kenangan di sana.. Seronok sebenarnya explore bandar kecil, yang ada hidden gem seperti pulau-pulau dengan air yang sangat cantik dan jernih! Terima kasih kepada Dinas Pariwisata  dan Kebudayaan Padang kerana sudi bawak kami blogger Malaysia jalan-jalan selama tiga hari dua malam di sini!


Kalau ada yang berminat nak explore Padang, Indonesia ni, boleh direct kepada :




NISA KAY.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 614