Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Mencuba EXTREME WARRIOR course di Skytrex Melaka!!!

$
0
0



Assalamualaikum..

Wahh lamanya rasa tak share apa-apa kat blog ni. Rindu nak menaip macam dulu-dulu. Setiap hari ada je perkara yang dibuat. Oh yaaa. Pada cuti CNY yang lalu, Nisa pulang ke kampung, kemudian menghabiskan baki cuti dua hari ke Melaka pulak. Amboi amboi kalah orang kawin balik kampung sendiri dengan kampung mertua ye dakk? Haha! Takdelah, Nisa ke Melaka untuk spend time masa dengan kawan-kawan pulaaa...




Seawal jam 8.00 pagi (ehh ke 8.30 pagi) Nisa dan rakan-rakan (Hizami Li, Yus dan Qarl) dah keluar rumah, memandu lebih kurang 30 ke 40 minit ke Ayer Keroh, Melaka. Kalau tak silap lokasinya tak jauh dah dari tol Ayer Keroh tu. Tapi kami dari daerah Alor Gajah. Tu yang lebih kurang setengah jam lebih juga waktu perjalanan kami ke sana. Ye lah nak beraktiviti macam ni kena datang awal. Nak briefing lagi, dan ikut turn lagi. Waktu pelepasan pertama adalah jam 9.00 pagi ya ! Kami datang waktu cuti umum pun ramai tau orang. Waktu pelepasan terakhir untuk aktiviti Skytrex ni pula sekitar jam 3.00 petang.



Part briefing sangat penting ya, sebab di platform rendah ni, korang akan diajar macam mana nak guna harness dan nak bergerak dari stau platform ke satu platform. Semua anda kena buat sendiri di atas pokok sana nanti. Guide akan tolong anda hanya bila anda ada masalah je, macam tersangkut ke, clip tak boleh bukak ke.. Nak bukak dan pasang semua ada cara dia tau. So pay extra attention semasa sesi ini !




PERINGKAT - PERINGKAT : SKYTREX ADVENTURE, MELAKA

Ada tiga jenis peringkat cabaran yang anda boleh pilih bersesuaian dengan kemampuan anda dan rakan-rakan anda. Kalau jenis yang memang suka cabaran yang sukar, tempat-tempat tinggi, boleh ambil yang advance, kalau anda datang dengan keluarga, ada budak-budak, ada peringkat beginner dan juga boleh bersiar-siar di sekitar kawasan Skytrex Adventure ni.

Beginner : Little Dino - RM45
Intermediate : Pahlawan Thrill - RM55
Advance : Extreme Warrior - RM65

Kalau ambil course Extreme Warrior macam kami, ada sekitar 35 jenis obstacle yang menanti anda! Muahahaa.. mula-mula je dah kena panjat tangga tinggi lepas tu turun ke bawah dengan flying fox tertinggi tau! Aduhaiiii gugur jantung ni bila Nisa sampai kat platform pertama tu tau! Sebab platform pertama merupakan platform tertinggi.




Sejujurnya memang enjoy sangat beriadah keluar peluh macam ni di waktu-waktu cuti panjang. Maklumlah Nisa pun macam dah lama je tak lepak Melaka kan.. so, ini waktu yang sesuai sebab yang lain pun bercuti. Aktiviti ni memang mencabar dan penat! Tapi seronok betul bila cabar diri, sebab Nisa memang tak suka ketinggian!! Tapi alhamdulillah everything went well and we had so much fun!

And bagi Nisa rate Skytrex Adventure ni sangat affordable tau. So semua mampu pergi dan buat aktiviti-aktiviti yang disediakan. Boleh ajak geng-geng sekepala korang, mesti gamat suasana! Haha.. jangan lupa follow Skytrex di laman sosial media mereka !


LOKASI :
Jalan Taman Botanikal, 75450 Durian Tunggal, Melaka.

(Boleh Waze untuk terus ke lokasi)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI : 
+6011-26111859 


INSTAGRAM :




Terima kasih Skytrex Melaka!! Kitorang dah, anda bila lagi ???



NISA KAY.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 614