Quantcast
Channel: Nisa Kay
Viewing all articles
Browse latest Browse all 614

Sarung lengan selesa dan berpatutan - KULSOCS !

$
0
0


Assalamualaikum...


Haaa lama dah tak share dengan you guys kan.. Alhamdulillah masih banyak lagiii orang orang yang baik hati nak baca blog Nisa ni.. Hikss. doakan Nisa dikurniakan banyakk waktu lapang dan kesempatan untuk berkongsi banyak lagi benda lain di blog ni ya.. Ada satu benda yang Nisa nak sangat share dengan korang, lama dah.. haa pasal sarung lengan.




Sejujurnya, Nisa bukanlah pengguna sarung lengan (atau armsocks) yang tegar.. Ada hari, Nisa pakai, ada hari tidak.. masih mencuba-cuba untuk kekal memakainya inshaAllah... Tapi bergantung juga dengan pakaian, ada yang lengan terlalu lebar dan mudah tersingkap, haa memang Nisa akan pakai sarung lengan. Sama juga jika baju lengan tiga suku yang menampakkan kebanyakan bahagian lengan, pun akan Nisa kenakan sarung lengan juga..




Jenama sarung lengan yang menjadi pilihan Nisa untuk dikongsikan kepada pembaca hari ini ialah KULSOCS. Seperti yang anda lihat, gambar yang Nisa attach di atas adalah gambar pada tahun 2017, ketika Nisa mengacarakan rancangan Khabar Haji di Astro Oasis. Pada waktu itu, KULSOCS merupakan antara penaja untuk pakaian Nisa. Masa ni lah awal-awal kenal jenama ni. Dah pakai hari-hari ketika mengacara Khabar Haji, jadi jatuh cinta pula.



➤ MATERIAL BERKUALITI

Serius kalau pakai sarung lengan KULSOCS ni, memang selesa sangat! Material tak kasar, tidak panas, Nisa pakai di tengah-tengah hari yang panas terik pun tak rasa rimas!


➤ JAHITAN KEMAS

Workmanship produk KULSOCS memang tip top! Jahitan kemas, cutting pun cantik dan selesa. Untuk orang yang terlalu kurus dan ada lengan kecil macam Nisa, sarung lengan KULSOCS ni tak terlalu ketat, tak pula terlalu longgar, sedang elok je dipakai!



➤ PELBAGAI PILIHAN WARNA

Nak warna nude yang mudah match dengan pelbagai warna pakaian pun ada... nak yang warna gelap-gelap pun ada.. yang bercorak pun banyak! Pendek kata, kalau pergi website KULSOCS memang berpinar jugaklah mata ni nak memilih!



➤ SESUAI DENGAN PELBAGAI GAYA

Siapa kata nak tunggu berjubah berbaju kurung je baru nak pakai sarung lengan ni ? Tak salah nak mula memakainya.. lama-lama nanti biasalah... Padankan sarung lengan dengan style sehari-hari anda, sedikit demi sedikit, improve pulak bahagian lain. Mudah kan ?


➤ HARGA BERPATUTAN

Harga yang dipamerkan di laman web KULSOCS ni semuanyaaa berpatutan! Students ke, surirumah ke, wanita bekerjaya ke.. inshaAllah semua mampu beli... dengan kualiti yang ditawarkan, memang berpatutan habis dah harga mereka ni!



➤ EXTRA LONG ARMSOCKS

Haaa di KULSOCS pun ada jual sarung lengan extra panjang, bagi mereka yang memakai baju lengan pendek atau tiga suku (yang atas siku). Nisa tak pakai pula baju lengan pendek, tapi dalam gambar di atas, sarung lengan warna grey ni adalah sarung lengan extra long. Panjang dia sampai bawah ketiak tau. Kalau anda masuk marathon ke, aktiviti sukan atau acara di luar, haa kan baju event banyak lengan pendek. So boleh lah pakai yang Long Armsocks ni.



Haaaa... apa lagi korang tunggu? Kalau nak cuba pakai sarung lengan, atau nak sarung lengan extra long untuk dipakai dengan baju lengan pendek, atau memang suka pakai sarung lengan.. semua boleh beli! Tak ada pilih kasih! Hehehee..




SENARAI KEDAI / AGENT JUALAN : https://www.kulsocs.com/outlet



NISA KAY. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 614